Bagi penggemar donat, resipi Donat Keju perkongsian saudari Safiyya Zaidziqry ni antara yang anda perlu cuba. Bukan donat biasa tau. Ni donut keju. Bila digoreng, meleleh keju cair. Memang menggoda habis! Teksturnya yang garing diluar dan gebu didalam menjadikan hidangan ni sangat enak dan tak puas dimakan. Jom cuba. Nak buat pun mudah je.
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 sudu makan susu pekat manis – beli online disini
1 sudu makan marjerin – beli online disini
1/2 sudu makan gula
1 sudu makan susu tepung – beli online disini
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh serbuk vanilla/vanilla powder – boleh abaikan jika tiada. Fungsinya untuk bagi bau wangi.
1 sudu makan yis ( mauripan) – beli online disini
Air suam secukupnya
Keju cheddar – potong 4
1. Gaul bahan kering ( tepung gandum, gula, susu tepung, baking powder, serbuk vanilla dan yis). Gaul hingga sekata.
2. Kemudian masukkan susu pekat manis dan marjerin. Gaul dan ramas hingga jadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli sampai doh tidak melekat di tangan. Jangan letak air terlalu banyak sekaligus bagi mengelakkan doh jadi terlalu lembik.
4. Perap doh selama 1/2 jam supa kembang. Kemudian tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
Kredit resipi & foto: Safiyya Zaidziqry
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official