Resipi Donut Lembut Ala Bakery, Anak-Anak Mesti Suka

Share

Nak buat donut lembut dan gebu macam beli di kedai bakeri? Boleh saja dan resipinya sangat senang!

Resipi yang dikongsikan Khairunnisa Mohammad ini, bahan-bahannya mudah didapati. Yang penting, ikut tip dan cara yang diberikan, donut pasti menjadi.

DONAT LEMBUT ALA BAKERY

BAHAN-BAHAN:

250g tepung roti – beli online di sini
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil k fine cream super (sudu KFC kecil tu, jangan terlebih sangat ye)
1 biji telur
125ml susu segar (dari peti sejuk)


1 sudu besar gula – beli online di sini
1 sudu besar susu pekat manis – beli online di sini
1 sudu besar yis segera (rata, jangan membukit) – beli online di sini
1 sudu besar marjerin – beli online di sini

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]

CARA MEMBUAT:

1. Tepung roti, telur, k fine cream, yis dan garam satukan dalam bekas. Garam jangan terkena yis.


2. Susu segar, gula dan susu pekat manis campur dalam cawan dan kacau rata. Kemudian tuang dalam bekas tepung tadi.
3. Adun sampai sebati dan rata.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Masukkan marjerin dan uli sampai doh elastik. Doh mesti elastik.


5. Bila doh dah elastik, tak perlu perap. Terus bahagikan sama besar. Saya timbang 25g-30g sebiji. Dapat 17-18 biji.


6. Bulatkan, penyekkan dan cucuk di tengah dengan jari.


7. Perap dalam 30 minit. Cara nak tahu dah cukup perap atau tidak, tekan donat dengan jari. Kalau tak cukup perap, rasa keras. Kalau berbekas tapi melantun semula ke bentuk asal, cukup perap. Kalau penyek terus, terlebih perap. Nak dapat ring, kena cukup perap.


8. Goreng dalam minyak panas, api perlahan. Balikkan sekali je.
9. Dah siap goreng, boleh salut dengan apa-apa yang kita suka. Paling sedap bagi saya, salut gula yang dicampur sedikit susu tepung. Sangat sedap.

Kredit resipi: Khairunnisa Mohammad

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff