Teringin nak makan donut buat sendiri, tapi yang nak makannya tak ramai. Kalau begitu ikut sukatan Khairunnisa ini.
Hanya guna satu cawan tepung hasilnya dapat 8 biji donut comel gebu. Cukuplah untuk dua atau tiga orang makan. Bolehlah buat hidangan minum petang.
1 cawan tepung gandum (cawan metrik)
1 biji telur
1 sudu kecil yis (sudu KFC)
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/4 cawan air suam
1. Campur semua bahan, gaul dan uli sekejap.
2. Kemudian masukkan 1/2 sudu besar marjerin. Jika doh melekit, tambah 2 sudu besar tepung. Sambung uli sampai doh licin. Perap 1 jam.
3. Selepas satu jam, bahagikan doh kepada 8 atau 10 bahagian kecil.
4. Buat bentuk bulat dan lubangkan di tengah.
5. Perap lagi selama 30 minit, kemudian bolehlah digoreng.
6. Dah siap, boleh salut dengan gula atau susu.
8 biji rasa macam banyak jugak? Jangan risau. Kecik saja donatnya. Makan suami isteri sambil duduk depan TV, tak sedar dah habis.
Semoga Bermanfaat!
Sumber: Khairunnisa Mohammad