Donut super gebu yang ada boleh cuba resipinya di rumah. Macam yang kita sedia maklum, donut ni kalau tak kena gaya, adunan jadi tak kembang. Bila digoreng, memang keras dan tak sedap. Kadang-kadang, ramai yang tak larat nak buat sebab kena uli lama. Naik lenguh tangan dibuatnya. Istimewa buat para penggemar donut, RASA kongsikan satu resipi mudah perkongsian saudari Mida Asmida yang anda boleh cuba. Tak perlu uli tepung pun. Adun manja je.
CARA BUAT DONUT SUPER GEBU YANG SANGAT MUDAH & TAK PERLU ULI
CARA MEMASAK: 1. Satukan bahan-bahan A. Sebatikan dan biar mengembang.
Ads
2. Dalam bekas berlainan, satukan bahan-bahan B. Ramas sehingga menjadi seakan serbuk roti.
3. Masukkan campuran yis. Gaul rata. Biarkan selama 1 jam dan pastikan bekas ditutup. (info: adunan memang lembik. Jangan campur tepung)
4. Selepas satu jam, tumbuk doh bagi mengeluarkan angin.
5. Ambil sedikit doh, canai dan terap atau cara paling mudah ialah ambil doh dan bulatkan.
6. Kemudian leperkan sedikit dan lubangkan doh menggunakan penutup botol. Pastikan sapu sedikit tepung pada acuan.
7. Biarkan donut selama 30 minit. Kemudian barulah digoreng menggunakan api sederhana hingga kuning keemasan. Pstikan minyak betul-betul panas sebelum mula menggoreng.
8. Angkat donut dan salutkan dengan gula. Sedia untuk dinikmati.
Andai berkunjung ke restoran masakan Thailand, pelbagai menu sedap dari hidangan utama sehingga pencuci mulut yang boleh anda cuba. Semuanya enak-enak belaka. Terasa nak makan sajian siam hari ni? Mi Celup Daging ni salah satu yang mudah dicuba. Nak ke Thailand rasanya jauh sangat. Jadi boleh cuba buat sendiri di rumah. Puas makan dan memang berbaloi. Sedap weh!
MI CELUP DAGING SIAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu berdaging
4 ulas bawang putih – dimayang
4 ulas bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
1 batang serai
2 pokok ketumbar | ambil bahagian akarnya
Sos ikan ikan
Gula kabung
Garam
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN REMPAH PENUMIS:
4 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN SAMPINGAN:
Mi kuning | rendam dan celur
Hirisan daging
Bawang putih goreng bersama minyak chili flakes
Daun ketumbar
Taugeh | dicelur
Kangkung | dicelur & dihiris
Limau nipis
CARA MEMASAK:
Rebus tulang hingga empuk, kemudian ketepikan.
Panaskan minyak, bahan rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah, halia hingga naik bau.
Kemudian masukkan tulang yang telah direbus bersama-sama air rebusan. Tambahkan air secukupnya.
Masukkan serai dan akar pokok ketumbar. Rebus sehingga mendidih, kemudian perasakan dengan sos ikan, gula kabung dan juga garam.
Matikan api.
Untuk menyediakannya, masukkan mi ke dalam mangkuk.
Diikuti semua bahan sampingan yang lain dan tuangkan kuah sup.
Mi Celup Daging Siam sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Mi Celup Siam ini sedikit berbeza daripada mi sup biasa kerana kuah supnya sedikit masam selain daripada bahan sampingan yang digunakan.
Sambal belacan Siam ini sesuai sangat dibuat dan dijadikan stok kalau di rumah ramai yang suka pedas.
Tak dinafikan memang sedap, kalau ke kedai makan Thai memang wajib kita pesan sekali. Kali ini kita cuba buat sendiri
Cara buat sambal belacan Siam
Bahan-bahan
1 mangkuk cili padi merah
1/2 mangkuk cili padi hijau
1 labu bawang putih
1 labu bawang besar holland
1 inci belacan
1/2 cawan air asam jawa
5- 6 sdb besar cuka makan
Garam, gula & serbuk perasa secukup rasa
Jika di rumah hanya ada telur ayam sahaja, jangan risau. Anda masih berpeluang membuat lauk sedap yang cukup menyelerakan.
Telur air asam adalah antara lauk yang kerap dijadikan sebagai makanan bagi golongan mahasiswa dan juga orang bujang.
Melalui instagram, Syira Lokman berkongsi resipi ini dan ianya amat mengimbau memori ketika menjadi mahasiswa dahulu. Lauk ringkas sebegini memang sedap dan mengenyangkan.
Jom cuba!
TELUR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
2 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 bawang merah kecil (ditumbuk)
Belacan -(dibakar dan ditumbuk)
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil kicap manis
1 tangkai cili hijau (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi (dihiris)
Bawang (dihiris)
Tomato (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur. Kemudian dikupas dan dibelah dua.
2. Masukkan cili padi, bawang merah kecil dan belacan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kicap manis, bahan hiris dan tomato.
4. Perahkan limau kasturi. Tambah garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan telur rebus tadi.
6. Sedia dihidangkan.
TIP: Anda boleh tambah air lagi dan kerisik jika suka.