Menurut empunya resipi, saudari Shahmila Radha, resipi Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat ni memang sangat sedap. Sesuai dijadikan menu bagi anda yang tercari-cari menu diet yang ringkas dan mudah disediakan. Menu ini menggunakan bahan segar yang mudah didapati dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom cuba!
CARA MEMBUAT EGG SALAD BELL PEPPER @ CUCUMBER BOAT
BAHAN-BAHAN:
Timun
Lada Benggala @ bell pepper hijau
Daun salad
4 biji telur
Garam secukup rasa
2 sudu makan yogurt
Mix herbs secukupnya – beli online disini
Cayenne pepper secukupnya – beli online disini
Parsley secukupnya
1 sudu makan jus perahan lemon (limau nipis pun boleh)
Emping cili @ serbuk lada hitam secukupnya – jika suka – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Mula-mula sekali, belah tengah timun dan lada benggala. Keluarkan biji dan bersihkan.
2. Rebus telur hingga masak kemudian kupas kulitnya.
3. Masukkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam, yogurt, mix herbs, cayenne pepper, parsley, jus perahan air lemon (limau nipis pun boleh) dan jika suka, boleh tambahkan emping cilia tau serbuk lada hitam dengan secukupnya.
4. Hancurkan telur dan gaul semua bahan hingga sebati.
5. Ubah suai rasa mengikut selera masing-masing.
6. Letak salad atas lada benggala dan isi dengan inti telur tadi. Lakukan yang sama untuk timun juga.
7. Tabur parsley dan chili flakes jika mahu rasa lebih pedas.
8. Egg Salad Bell Pepper @ Cucumber Boat siap disediakan dan sesuai dijadikan menu saraoan, makan tengahari, makan malam dan juga snek.
Kredit resipi & foto: Shahmila Radha
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official