Biasanya cendawan enoki dibuat sup atau digoreng kilas. Sebenarnya ia lebih sedap kalau dibuat snek. Tidak sukar pun, hanya dengan menggunakan beberapa bahan sahaja anda boleh menghasilkan enoki goreng yang sesuai dinikmati seisi keluarga.
Anda boleh menjadi lebih kreatif untuk sos. Boleh dinikmati dengan sos cili dan tomato atau anda boleh mempelbagaikan resipi sos mengikut citarasa anda.
ENOKI GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 600gm cendawan enoki
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung beras
- 2 biji telur
- 1 sudu besar pati ayam
- 1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
- Minyak untuk menggoreng
BAHAN SOS:
- 5 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar mustard
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu besar jus lemon
- 2 biji cili api
CARA MEMBUAT:
- Satukan campuran tepung bersama pati ayam dan lada hitam.
- Kemudian pecahkan telur dalam mangkuk lain dan aduk rata.
- Celupkan enoki ke dalam telur dan campuran tepung.
- Goreng dalam minyak panas sehingga keemasan dan angkat.
- Untuk membuat sos, satukan semua bahan dan kacau sebati.
Info chef: Jika mahukan salutan tepung yang lebih rata dan tidak mengotorkan tangan, anda boleh masukkan cendawan yang telah dicelup dalam telur ke dalam ‘zip lock bag’ yang sudah diisi campuran tepung.
Untuk melihat cara membuat enoki goreng, lihat video ini:
http://www.dailymotion.com/video/x63xegj
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sajian Barat Kesukaan Rakyat Malaysia. Homemade Lagi Sedap Lagi Jimat.
Makanan barat ni sebenarnya ringkas aje buatnya. Terutama menu snek dan kudapan, punyalah sedap boleh kenyang sampai ke malam. Tapi hati-hati tak boleh makan selalu nanti gemuk la pulak.
Apa pun sajian sebenarnya memang tak boleh ‘terlebih’makan. Okay, ni dia resipi ori dari barisan tenaga pengajar Chef Muhammad Aizat Sha’rani dan team chef Sg Academy yang terletak di Putra Majestik, Jln Kasipillay, Kuala Lumpur.
Buat sendiri kan lagi jimat…
1. MAC N CHEESE PRAWN
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm makaroni
- 50 – 80 gm mentega
- 2 sudu makan tepung gandum
- 500ml susu segar
- 250 gram keju parut (shredded)
- 6 ekor udang | dibuang kulit
- Setangkai daun parsli | dicincang
- Garam secukup rasa
- Lada sulah atau lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masak makaroni di dalam periuk mengikut arahan masa di bungkusan. Tos dan masukkan kembali ke dalam periuk.
2. Udang direbus. Angkat dan tos.
3. Cairkan mentega di di dalam kuali dan masukkan tepung. Goreng tepung sambil dikacau selama 1 minit atas api perlahan.
4. Perlahan-lahan tuang susu sambil kacau.
5. Masukkan udang dan cendawan.
6. Kacau sehingga ianya hampir mendidih, kecilkan api dan biarkan mereneh selama 2 minit. Tutup api.
7. Masukkan keju dan kacau sehingga ianya cair dan sebati.
8. Tuangkan sos keju ke atas pasta dan kacau sehingga bergaul dan bersalut rata
9. Tabur garam dan lada hitam secukup rasa
10. Masukkan daun parsli dan kacau rata.
11. Teruskan hidang sementara masih panas.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 25 hingga 30 minit
Cara memasak: Rebus dan reneh
Jenis masakan: Sajian barat
Keistimewaan: Rasa yang begitu enak berkrim dengan udang segar.
Info Chef : Selain udang anda boleh menggantikan dengan makanan laut yang lain atau pun ayam
2. BELGIUM WAFFLES
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur gred A
- 1 cawan tepung serbaguna @gandum
- 2 sudu teh serbuk penaik
- 3/4 cawan susu segar
- 1/2 cawan mentega | dicairkan
- 1 1/2 sudu makan gula kasterr
- 1/2 sudu teh esen l vanilla
CARA MEMASAK :
1. Panaskan pembakar waffle (waffle maker). Ayak tepung bersama baking powder.
2. Pukul telur hingga betul-betul kembang.
3. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain dan pukul lagi hingga sebati.
4. Apabila pembakar waffle maker sudah panas, masukkan sesenduk adunan bater dan ratakan.
5. Tutup penutup pembakar (waffle maker) dan masak sehingga waffle masak.
Saiz hidangan: 4 0rang
Waktu memasak:15 hingga 20 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Waffle Belgium
Keistimewaan: Sedap dimakan dengan krim dan buah-buahhan
Info chef: Waffle juga enak dimakan dengan madu, mentega, coklat , jem dan sirap maple.
3. FUNNEL CAKE FRIES
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung serba guna
- 1sudu teh serbuk penaik
- ½ sudu teh garam
- 2 biji telur
- 4 cawan gula putih
- ½ cawan susu
- 1 sudu teh esen vanilla
- 4 cawan minyak masak
- Serbuk kayu manis secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Tuang tepung ,serbuk penaik dan garam dalam satu mangkuk.
2. Dalam bekas yang lain masukkan telur,gula,susu dan vanilla pukul dengan mixer sehingga berbuih.
3. Campurkan bahan yang dipukul dengan mangkuk yang mengandungi tepung,serbuk penaik dan garam.
4. Gaul sehingga sebati.
5. Letakkan adunan di dalam beg piping.
6. Tuang minyak kedalam periuk yang besar setinggi 2.5 sm. Panaskan minyak 350 darjah F.
7. Paip adunan membentuk garis panjang dan lurus ke dalam minyak dan goreng sehingga keemasan.
8. Angkat dan toskan minyak seketika seblom disalut dengan cinimon gula.
9. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 4- 5 orang
Waktu memasak:25 hingga 30 minit
Cara memasak: Goreng
Jenis masakan: Kudapan Amerika Syarikat (U.S.A)
Keistimewaan:Enak dimakan dengan coklat sos dan sos/jem buah-buhan beri
Info chef : Adunan bater tradisi menggunakan tepung , gula, susu , vanilla dan tepung, seaakan sama dengan adunan membuat penkek tradisi Amerika Syarikat tetapi adunannya tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
4. CALZONE
BAHAN-BAHAN:
Bahan untuk doh :
- 300gm tepung gandum
- 6 gm yis
- 20 gm mentega
- 10 gm gula halus
- 1 sudu teh bread improver
- ¼ sudu teh garam
- 1½ sudu makan madu
- 170ml air
- 1 sudu makan mayonis
Bahan untuk inti ayam :
- 1 cawan isi ayam | dicincang halus
- 1 biji bawang besar | dihiris dadu
- 2 ulas bawang putih | ditumbuk halus
- 2.5 sm halia | ditumbuk halus
- 1 sudu makan pes cili
- 1 sudu makan rempah kari daging
- ½ sudu makan sos tomato
- Sedikit daun bawang | dihiris halus
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh gula
- 5 biji cili padi
- ¼ batang lobak merah
- Sedikit parutan keju cedar
- Sedikit air
CARA MEMASAK :
Doh:
1. Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu.
2. Tambah mentega dan terus meNggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung.Kemudian bulatkan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda.
Inti ayam :
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, halia, sos tomato dan cili kisar hingga garing.
5. Masuk rempah kari daging dan kacau rata. Tambah daging ayam cincang dan cili padi yang diketuk, kacau dan tuang air.Masak hingga pekat.
6. Perasakan dengan garam dan secubit gula.Masak hingga kering. Matikan api, masukkan hirisan daun bawang, kacau rata dan sejukkan.
Calzone :
7. Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. bahagikan pada 4 bahagian sama besar, bulat-bulatkan.
8. Ambil 1 bahagian, canai hingga leper.Sapukan permukaan doh yang dicanai dengan kuning telur agar mudah lekat bila di klim nanti.
9. Letak daun salad 1/4 bahagian inti ayam dan taburkan parutan keju, kemudian lipat dua dan tekan hujungnya biar bercantum. Buat hingga siap pada baki adunan.
10. Susun dalam loyang pembakar yang telah disapu sedikit minyak masak, biarkan doh mengembang sedikit kemudian sapu kuning telur pada setiap permukaan calzone dan cucuk2 sedikit dengan garfu
11. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 25 minit. Sejukkan sebelum dihidangkan.
Saiz hidangan:4 orang
Waktu memasak:30 hingga 40 minit
Cara memasak: Bakar
Jenis masakan: Sajian berasal dari Itali
Keistimewaan: Inti yang lazat dengan kulit yang lembut
Info chef : Doh juga boleh dikelim seperti karipap di kelilingnya
5. SLOPPY JOE
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg daging cincang
- 3 ulas bawang putih | dicincang
- 1 biji bawang besar holland |dicincang
- 1 cawan sup tomato
- 1 cawan puri tomato
- ½ cawan sos cili
- 1/3 cawan gula perang
- 3 sudu besar kicap
- 2 sudu makan | boleh letak lebih jika suka
- 12 biji bun burger
CARA MEMASAK :
1. Tumis bawang besar, bawang putih hingga sedikit garing.
2. Masukkan daging cincang dan goreng hingga masak.
3. Campurkan semua bahan-bahan lain dan reneh 20 minit. Kacau sekali sekala
4. Sudukan daging cincang di atas roti burger.
5. Siap untuk dihidangkan.
Saiz hidangan: 12 biji burger
Waktu memasak:30 hingga 35minit
Cara memasak: Tumis
Jenis masakan: Burger
Keistimewaan: Tidak menggunakan kepingan daging burger sebaliknya daging cincang yang dimasak lazat
Info chef : Berbeza dengan burger daging biasa, sloppy joe burger hanya dilapisi daging cincang yang dimasak tanpa perlu meletakkan bahan lain. Anda boleh menambah keju jika suka.
RESIPI : CHEF MUHAMMAD AIZAT SHA’RANI, CHEF NADZIRAH ABDUL RAZAK DAN CHEF FARIBUS ANAK KANDAU
TERIMA KASIH : MR PRABHA, SG ACADEMY, Lot D-00-03A, Putra Majestik , Jalan Kasipillay, Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Snek Enak Guna Keju Ni Gerenti Jadi Rebutan Anak-Anak
Masih tercari-cari menu yang boleh dihidangkan untuk minum petang nanti? Apakata buat menu yang diolah oleh Chef Abang Brian ni. Anak-anak kalau dengan keju pasti menyukainya. Anchor Cheese Slices ini boleh dijadikan sebagai satu bahan tambahan mudah dalam sesuatu masakan yang boleh digunakan pada bila-bila masa, yang akan menjadikan rasa masakan tu memang rasa sedap dan berkrim! Jomlah cuba buat.
BEBOLA SALMON KEJU ANCHOR
Bahan-bahan:
Bahan A :
- 2 cawan beras sushi
- 2 cawan air
- 1 sudu besar kecil gula kastor
- 1 sudu kecil cuka putih
Bahan B :
- 12 keping Anchor Cheese Slices
- 2 sudu besar Anchor Butter (Unsalted)
- 1/2 cawan bawang kuning, dicincang
- 1/2 cawan lada benggala, dicincang
- 2 helai daun bawang, dihiris nipis
- 150g salmon, dibakar dan dicarik-carik
- 6 kepingan seaweed
Untuk sos:
- 2 sudu besar mayo + 1 sudu besar wasabi
Untuk hiasan:
- Daun bawang, bijan dan radish
Cara Memasak:
- Tanak bahan A seperti nasi biasa dalam periuk nasi elektrik. Biarkan menyejuk sebelum digunakan.
- Dalam kuali leper, tumiskan bahan B sehingga cukup lembut. Biarkan menyejuk.
- Dalam mangkuk besar gaulkan nasi bersama bahan tumis B, salmon dan seaweed yang dihancurkan.
- Gunakan 6 kepingan Anchor Cheese Slices untuk dijadikan bentuk bebola. Salutkan dengan campuran nasi dan ikan salmon. Padatkan dan bentukkan bebola besar.
- Letakkan bebola nasi atas loyang pembakar dan letakkan sekeping Anchor Cheese Slices atas setiap satu bebola. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C atau sehingga keju cair dan keperangan.
- Hidangkan dengan sos mayo wasabi dan hiaskan dengan daun bawang, bijan dan radish.
MAC AND CHEESE SAMBAL TEMPE
BAHAN-BAHAN:
- 200gm Anchor Cheese Slices
- 200gm Anchor Cheese Slices | dihiris kasar
- 2 ½ cawan Anchor Cooking Cream
- 1 ½ cawan Anchor Susu UHT
- ½ cawan Anchor Butter (Unsalted)
- 450g pasta elbow, dimasak ikut arahan paket
- ½ cawan tepung gandum
- Secubit garam
- Lada hitam
Sambal Tempe
Bahan tumbuk:
- 1 biji tomato, dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah kecil
- 2 biji cili api
- 1 paket tempeh, dipotong dadu dan digoreng garing
- Gula dan garam secukup rasa
Untuk hiasan:
- Cili merah, ketumbar
CARA MEMASAK:
- Dalam kuali tumiskan bahan tumbuk dengan minyak secukupnya sehingga lembut. Kisarkan dan gaulkan bersama tempeh dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Dalam periuk, cairkan Anchor Unsalted Butter. Masukkan tepung gandum sekali gus dan masak sambil mengacau sehingga bau tepung menghilang. Masukkan Anchor Susu UHT sambil mengacau. Masukkan Anchor Cooking Cream dan reneh sehingga memekat. Tutupkan api. Gaulkan bersama sambal tempeh yang disediakan di langkah 1 dan Anchor Cheese Slices yang dihiris kasar.
- Gaulkan bersama pasta yang telah dicelur. Tuangkan dalam loyang tahan haba. Susunkan Anchor Cheese Slices atas permukaan. Bakarkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 200C untuk 15 minit atau sehingga keju cair dan mula menjadi keperangan.
- Taburkan cili merah dan daun ketumbar.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Step By Step Buat Cakoi Yang Lembut & Gebu, Sedap Makan Dengan Kaya Atau Boleh Cicah Kopi
Apa menu minum petang hari ini? Kalau belum ada, apa kata anda cuba buat Cakoi. Cara penyediaanya sangatlah mudah. Cakoi ini bukan sahaja sesuai untuk minum petang, sarapan pagi pun sesuai. Boleh cuba ikut resipi yang dikongsikan oleh Zaini Talib ini. Cakoi tetap lembut walaupun sudah sejuk. Cubalah!
RESIPI CAKOI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum atau tepung roti – beli online
1 sudu kecil serbuk penaik (satukan dalam tepung)
1/2 paket yis segera (dalam setengah sudu makan) – beli online
3/4 cawan air suam
2 sudu besar minyak masak – beli online
2 sudu besar gula
Sedikit garam
CARA MEMBUAT:
1. Masukkan yis, gula dan air suam dalam satu bekas. Kemudian tunggu dalam 20 minit sampai yis mengembang.
2. Kemudian campurkan garam dan minyak.
3. Selepas itu bolehlah masukkan bancuhan tadi ke dalam tepung dan uli. Adunan memang agak lembik melekat ditangan. Tapi teruskan menguli doh sehingga tak melekat.
4. Boleh perap sekejap. Selepas itu tumbuk keluar angin dan canai serta bentukkan. Atau jika tidak mahu perap pun boleh. Bentukkan terus. Biarkan mengembang barulah goreng.
5. Boleh cuba cara ini juga. Biarkan doh kembang sedikit kemudian tumbuk supaya angin keluar. Selepas itu canai dan potong bentuk disukai.
6. Biarkan sebentar supaya adunan lebih kembang. Semasa menggoreng, minyak mesti betul-betul panas dan banyak.
7. Doh itu tarikkan sikit memanjang sepanjang lebar kuali anda. Goreng dan balik-balikkan selalu. Siap untuk dihidangkan.
Sumber kredit: Zaini Talib
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Rahsia Pulut Tanak Cantik Berkilat, Basuh 3-4 Kali Lepas Itu Masak Guna Periuk Nasi
Rupanya Kena Guna Api Kuat Barulah Nasi Goreng Kampung Terlajak Sedap, Ikut Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official