Sedapnya melihat aneka kek ikan / fishcake homemade perkongsian dari saudari Norlaila Dlaila ni. Harus cuba resipi ni. Mudah je cara pembuatannya malah kosnya juga tidak mahal. Anggaran RM20 sahaja dan boleh hasilkan pelbagai jenis kek ikan sedap untuk sajian keluarga. Wow… Bolehlah buat stok banyak-banyak. Dari segi kebersihan pula, tentunya lebih terjamin, diyakini halal dan dapat makan puas-puas. Selamat mencuba!
CARA BUAT FISH CAKE HOMEMADE PALING SEDAP, MUDAH & TANPA PENGAWET
BAHAN-BAHAN:
10 ekor isi udang (RM6) 10 ekor sotong kecil (RM5) 1 keping ikan dory (RM6) 2 ulas bawang putih – beli online disini 1/4 cawan tepung gandum – beli online disini 1/4 cawan tepung ubi kentang – beli online disini 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 sudu teh lada sulah – beli online disini 2 biji putih telur 3 sudu makan minyak masak Parutan lobak merah secukupnya Kucai Cili api (kalau suka pedas)
CARA MEMASAK: 1. Masukkan semua bahan makanan laut dan bawang putih ke dalam pengisar makanan (food prosessor) Kisar sekejap.
2. Kemudian masukkan semua bahan-bahan lain kecuali sayuran. Kisar sekejap dan adun sebati. 3. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan sayuran seperti lobak merah, kucai dan cili padi jika suka. Sebatikan.
4. Bila sudah jadi adunan, anda boleh bentukkan mengikut cita rasa masing-masing. Boleh dibuat bulat, panjang dan sebagainya.
Ads
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Goreng adunan kek ikan yang telah dibentuk tadi guna api perlahan hingga terapung dan kekuningan.
6. Jika untuk kek ikan yang lapis guna rumpai laut (seaweed), boleh buat sebegini. Letak fucuk, diikuti kepingan rumpai laut.
7. Kemudian letak adunan kek ikan tadi.
8. Gulung dengan kemas. Kemudian goreng hingga masak.
Ads
9. Boleh pelbagaikan bentuk dan rupa kek ikan mengikut cita rasa dan selera masing-masing. 10. Boleh juga sumbat adunan kek ikan dalam sayur-sayuran seperti cili, peria, dan sebagainya.
11. Aneka kek ikan homemade yang sangat sedap sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norlaila Dlaila via Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official
Ads
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Asyik dengan menu lauk pauk, ini RASA kongsikan dua menu sayur kampung yang dari dulu sampai sekarang diminati. Ia tidak pedas dan sesuai juga untuk anak-anak. Kepada sesiapa yang ingin mencuba ini resipinya, sangat mudah disediakan tak sampai 20 minit ye…
KUBIS BULAT MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
350gm kubis |dihiris nipis
1 ulas bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
1 biji cili hijau | dihiris
10gm suhun | direndam
10gm fucuk |direndam
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Campurkan air bersama santan dan panaskan menggunakan api sederhana.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili dan daun kunyit. Biarkan mendidih.
3. Seterusnya masukkan kubis yang telah dihiris nipis. Masak sehingga lembut.
4. Akhir sekali, masukkan suhun, fucuk dan sedikit garam. Kacau sekata dan biarkan mendidih seketika.
5. Sedia untuk dinikmati.
PUCUK MANIS KELEDEK MASAK LEMAK PUTIH BAHAN-BAHAN:
450gm pucuk manis
2 biji keledek |potong kiub
1 biji bawang merah | dihiris
1 ulas bawang putih | dihiris
1 biji cili merah | dibelah dua
1 biji cili hijau | dibelah dua
1 helai daun kunyit | dihiris
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Campur air bersama santan dan panaskan di dalam periuk.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, cili merah, cili hijau dan daun kunyit.
3. Apabila mendidih, masukkan keledek dan biarkan sehingga lembut.
4. Kemudian masukkan pucuk manis dan perasakan dengan garam secukupnya. Bairkan sayur masak sepenuhnya.
5. Sedia untuk dinikmati.
Ayam buttermilk ini antara lauk yang mudah dibuat dan anak-anak pun suka. Tapi nak dapatkan rasa yang lebih sedap sampai kuahnya licin dikaup boleh guna tip yang dikongsi oleh Ila Najwa.
Menggunakan sedikit jus, ujarnya hasil ayam buttermilk ini akan jadi cukup rasa dan confirm akan ada permintaan untuk buat lauk ini lagi.
Tip masak ayam buttermilk rasa lagi sedap
Bahan-bahan
-Ayam bahagian dada- dipotong kecil
-Tepung serba guna -apa jua jenama untuk salutan
-Mentega
-Bawang putih -dicincang
-Cili api -dicincang
-Daun kari
-Susu cair
-Sedikit jus lemon
Cara membuat:
1. Gaul ayam yang dipotong tadi dengan tepung serba guna. Boleh juga gaul sekali dengan kunyit.
2. Goreng ayam hingga masak dan tos.
3. Panaskan kuali, masukkan mentega secukupnya untuk menumis.
4. Bila mentega dah cair, masukkan bawang putih dan tumis hingga garing. Selepas itu baru masukkan cili api dan daun kari.
5. Bila semua bahan dah garing, masukkan ayam yang digoreng tadi. Ada yang buat kuah dulu baru masukkan ayam. Tapi cara saya masukkan ayam dulu.
6. Seterusnya masukkan susu cair. Kuantiti terpulang, jika nak kuah banyak lebihkan susu dan sebaliknya. Tapi kuah banyak baru sedap.
7. Biarkan kuah mendidih. Sebelum tutup api, masukkan sesudu kecil perahan jus lemon. Sikit saja ya. Inilah tip supaya ayam buttermilk makin sedap. Kuahnya ada rasa lemak, manis, masam dan pedas. Kemudian kacau dan boleh tutup api.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.