Jika di rumah ada roti sandwich yang sangat susah nak habis, boleh cuba resipi perkongsian saudari Siti Norizan ni. Sangat mudah dan sedap. Bahan-bahan yang diperlukan pun sangat senang dan ringkas. Selain dimakan begitu sahaja, roti ni juga sedap dimakan bersama sup. Jom cuba!
GARLIC BREAD KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Satukan marjerin, bawang putih tumbuk dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian masukkan pula daun parsley kering. Adun hingga sekata.
3. Ambik roti dan sapukan adunan bawang putih hingga rata. Kemudian potong roti menjadi 3 bahagian. Ulang cara sama hingga roti habis.
4. Susun kepingan roti dalam tray pembakar.
5. Semburkan roti dengan sedikit air. Ia bertujuan supaya roti tak kering sangat.
6. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 170C. 17 minit pertama, bakar guna api atas bawah. 3 minit terakhir, bakar guna api atas sahaja.
7. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Norizan