Minyak bawang putih @ garlic oil ni memang banyak guna dalam masakan. Selain boleh digunakan untuk menumis, ia juga sangat enak jika dimakan bersama sup dan pelbagai sajian berkuah yang lain. Kalau nak masak apa-apa menu, hanya perlu ceduk dan terus masak. Tak perlu dah susah-susah tumbuk dan panaskan minyak. Resipi yang dikongsi oleh saudari Sharinaz Redwan memang sangat mudah. Puan-puan boleh cuba.
CARA BUAT GARLIC OIL @ MINYAK BAWANG PUTIH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
3-4 labu bawang putih – jumlah bergantung kepada banyak mana anda nak buat.– beli online disini
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Kupas bawang putih, bersihkan dan keringkan dengan tisu.
2. Masukkan ke dalam pengisar makanan ( food processor) dan cincang tanpa guna air.
3. Panaskan minyak dengan banyak menggunakan api sederhana.
4. Tumis bawang putih tadi hingga garing dan keperangan. Angkat.
5. Bila minyak dah sejuk, boleh masukkan ke dalam bekas bersesuaian dan sedia digunakan dalam masakan.
6. Minyak ini tidak perlu disimpan dalam peti sejuk. Cukup disimpan di ruang biasa sahaja.
Banyakkan sayur-sayuran dalam sajian, ajak anak-anak makan sayur jugak. Pemakanan sihat ni ditinggal jangan. Bagi mereka yang tengah berdiet tu, usahlah asyik makan salad aje. Apa kata cuba makan sayur cara lauk tradisional pulak.
Nak masuk lauk sayur ni modal pun sedikit aje, dan yang pasti tak menggemukkan. Resipi ni mudah aje, tapi masih ada yang belum pernah buat, terutama anak remaja.
LABU MASAK LEMAK PUTIH UDANG KERING
BAHAN-BAHAN :
½ biji labu /buangkan kulit dan potong lebar
500 ml santan cair
100 ml santan pekat
1 helai daun kunyit /dicarik dan simpul
Garam secukup rasa
Bahan ditumbuk :
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 gm udang kering
CARA MEMASAK : 1. Masukkan labu, bahan-bahan yang ditumbuk dan santan cair ke dalam periuk. 2. Masak dengan api yang sederhana. 3 .Apabila mula mendidih, masukkan daun kunyit dan santan pekat. Perasakan dengan garam. 4. Renehkan lagi hingga labu empuk 5. Kacau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak. 6. Padamkan api dapur dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 8 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Didih dan reneh Jenis masakan : Lauk utama Keistimewaan : Kuah labu dan udang memberi rasa lemak manis
INFO CHEF : Jika mahu pedas sedikit, boleh masukkan 4- 5 biji cili padi ditumbuk pecah, dan dimasukkan sama dengan bahan yang ditumbuk lain.
TEMPOYAK PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN :
5-6 ikat pucuk ubi/ (direbus dengan air mendidih dan letakkan sedikit garam dan minyak masak)
500 gm tempoyak /lagi banyak lagi sedap
500 gm udang hidup yang kecil pun boleh
500 ml santan pekat
5 helai daun kunyit/dihiris halus
8 batang serai /dihiris halus
20 ulas bawang merah /dikisar
5 sm kunyit hidup/dikisar
25 biji cili padi /ikut kepedasan disukai/dikisar
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Pucuk ubi yang direbus dan ditoskan dan perahkan airnya kemudian dipotong halus. 2. Masukkan kesemua bahan pucuk ubi, daun kunyit, serai, udang, bahan-bahan kisar, tempoyak dan santan di dalam kuali yang sudah dinyalakan api. 3. Balik-balikkan dan masak hingga sebati dan memekat dengan api yang sederhana. 4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau untuk mengelakkan santan pecah. 5. Masak hingga sedikit pekat dan bolehlah dipadamkan api.
Saiz hidangan : 10 orang Masa memasak : 15 minit Cara memasak : Rebus dan reneh Jenis masakan : Lauk sampingan Keistimewaan : Pucuk ubi dan tempoyak memang terbaik rasanya
INFO CHEF :Sajian kalori rendah yang mudah dan ringkas disediakan
RENDANG PUCUK UBI MAK LONG
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk ubi | pilih yang muda , basuh dan toskan
2 kilo santan
Segenggam ikan bilis
Segenggam cili api
3 inci kunyit
5 ulas bawang merah |dihiris nipis
5 batang serai | dititik
Garam
Asam keping
CARA MEMASAK: 1. Kisar cili api, kunyit hidup dan ikan bilis. 2. Panaskan kuali. Masukkan santan, serai, asam keping dan bahan yang dah dikisar. Masak sehingga naik minyak. 3. Masukkan pucuk ubi, terus masak , masukkan garam. Teruskan masak. 4. Bila agak kering santannya, kecil kan api.Teruskan memasak dan selalu dikacau sehingga kering. 5. Angkat dan sedia dihidangkan
INFO :Terpulang kepada anda, sekiranya suka makan yang garing boleh masak sehingga garing.
Saiz hidangan: 10 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
4. MASAK LODEH
BAHAN A – KISAR
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih
1 inci lengkuas
10 biji cili api hijau
2 biji cili merah
3 sudu besar udang kering
BAHAN B
250 gm udang basah
BAHAN C
2 keping tauhu basah
2 paket tempe |potong gaul garam dan goreng
1 paket tauhu kering |rendam hingga kembang
½ biji sengkuang |dipotong
15 batang kacang panjang |dipotong
1 batang lobak merah |dipotong
300gm kubis |dipotong
1 kilo santan
Garam
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dalam kuali. Masak bahan A yang sudah dikisar. 2. Tumis hingga agak garing, masukkan udang hidup yang sudah dibersihkan. Masak sekejap 3. Kemudian masukkan santan. Kemudian masukkan tauhu kering yang sudah kembang, masak seketika. 4. Masukkan sayur sayur sudah di potong. Bila sudah mendidih, masukkan tauhu dan tempe yang sudah digoreng. 5. Masak sehingga mendidih, tutup api dan boleh dihidang dengan lontong dan sambal sotong.
Saiz hidangan: 8 orang. Waktu memasak 40 minit. Cara Memasak : Tumis dan reneh Keistimewaan: Enak dan berlemak
Mushroom seasoning atau serbuk perisa cendawan ini banyak digunakan dalam penyediaan makanan dan menjadi pilihan para pengguna yang mementingkan kesihatan. Ini kerana bahan ini digunakan sebagai penambah perasa bagi menggantikan MSG. Ia ada dijual namun harganya agak mahal. Saudari Nawal Yasmin Mat Noh ada kongsikan cara-cara untuk membuat Mushroom Seasoning secara homemade yang boleh anda cuba. Jadi boleh cuba buat sendiri je lepas ni. Memang jimat banyak.
1.Cendawan dibasuh dan dikeringkan terlebih dahulu. Lap dengan kain atau tisu. 2.Masukkan ke dalam ketuhar atau air fryer. Bakar pada suhu 100C selama 20 minit.
3. Sejukkan cendawan seketika. Kemudian masukkan ke dalam TM6 bersama semua bahan-bahan lain.
4. Kisar selama 1 minit menggunakan speed 10.
5. Mushroom seasoning siap disediakan. Simpan dalam botol untuk kegunaan harian.
NOTA: Jika tiada TM6, boleh cuba kisar menggunakan pengisar kering atau grinder sehingga cendawan menjadi halus seperti serbuk.
Malam-malam ni kalau bosan nak makan berat-berat, ummph syok betul kalau dapat hirup sup cendawaan shitake. Kalau nak beli kafe mau terbang Rm 7 lebih semangkuk. Kalau buat homemade boleh guna cendawan segar dan sesuai untuk mereka yang ‘umatnya’ ramai…hehehe.
Ni min kongsikan resipi dari Nana Aziz untuk dicuba, buatlah nanti kejap aje buatnya. Yang penting cendawan shiitake memang diakui berkhasiat. Kalau makan di kafe atau restoran, ntah-ntah dihidang dari dalam tin aje.
SUP CENDAWAN SHIITAKE ALA IKEA
BAHAN-BAHAN :
Sepeket cendawan shitake | separuh racik dan separuh dikisar
Bahan dikisar Bersama :
6 keping keju
1 kiub ayam
6 sudu besar susu tepung
Air secukupnya ikut kepekatan
4 sudu besar tepung gandum | dibancuh dengan secawan air
Sedikit daun parsley kering
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Ambil bahan yang dikisar bersama, masukkan dalam kuali atau periuk bertangkai. Didihkan hingga mendidih dengan api yang sederhana.
2. Apabila sudah mendidih baru masukkan bancuhan tepung, cendawan yang diracik dan bahan-bahan lain. Jangan tinggalkan kacau sehingga pekat.
3. Kalau kurang pekat tambah lagi bancuhan tepung tadi.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!