Salah satu biskut yang mudah dan comel. Kalau buat ni, budak-budak yang datang berasa mesti suka. Sedap dan ala-ala cair di mulut gitu. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE
BAHAN-BAHAN:
- 350gm mentega
- 375gm tepung kentang/potato starch
- 200gm tepung gandum
- 100gm gula aising – diayak
- Secubit garam
CARA MEMASAK:
- Satukan tepung kentang dan tepung gandum. Ayak dan ketepikan.
- Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan sekejap.
- Bahagikan doh kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.
- Ambil sedikit adunan kemudian bulat-bulatkan.Susun atas dulang pembakar.
- Guna garpu dan tekan atas bebola doh tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 20 minit.
- Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & foto: Azura Felula