Nak cuba resipi Gulai Ayam Kelantan yang pekat berlemak, wangi rempah ratus, dan cukup rasa? Inilah resepi gulai ayam Kelantan asli yang mudah dimasak di rumah.
Kalau sebut masakan tradisi Kelantan, pasti gulai ayam kelantan jadi sebutan. Apa yang membuatkan gulai ayam Kelantan lain daripada gulai negeri lain ialah penggunaan rempah khas, santan pekat, serta keseimbangan rasa lemak dan pedas. Gulai ini biasanya dihidangkan ketika kenduri kahwin, majlis doa selamat, atau bersama nasi kerabu.
4 sudu besar rempah gulai Kelantan (boleh dibeli siap)
3 sudu besar cili kering kisar
2 batang serai – diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu besar gula Melaka atau gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Cara Membuat Gulai Ayam Kelantan
Panaskan minyak – Tumis bahan kisar hingga wangi.
Masukkan rempah – Masukkan rempah gulai Kelantan dan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam – Gaul rata ayam dengan rempah hingga separa masak.
Tuang santan – Masukkan santan pekat sedikit demi sedikit. Gaul rata supaya tak pecah minyak.
Perasakan – Masukkan serai, daun limau purut, gula Melaka dan garam secukup rasa.
Reneh perlahan – Masak dengan api kecil hingga kuah pekat, ayam empuk dan gulai naik minyak.
Ads
Tips Gulai Ayam Kelantan Sedap & Wangi
✅ Guna santan segar untuk rasa lebih lemak berkrim. ✅ Kalau suka pedas, tambah cili kering kisar ikut tahap kepedasan. ✅ Masak dengan api perlahan supaya rempah sebati dan kuah lebih pekat. ✅ Lebih sedap kalau dimasak sehari awal – rasa gulai lagi sebati!
Idea Hidangan
Gulai ayam Kelantan ini sesuai dihidangkan bersama: 🍛 Nasi putih panas 🥗 Nasi kerabu Kelantan 🥒 Ulam-ulaman dan sambal belacan
Ads
Gulai Ayam Kelantan memang tak pernah mengecewakan – pekat, beraroma dan penuh dengan rasa tradisi negeri Cik Siti Wan Kembang. Resipi ini mudah diikuti dan pasti buat anda teringat suasana kampung halaman.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Masakan apapun kalau menggunakan serai memang sedap. Aromanya yang memenuhi dapur memang terbayang dah kesedapannya. Resipi ayam masak serai kali ini cukup membuat kita terliur melihat rupa hidangannya.
Jom kta tengok resipi perkongsian Khadijah Jaafar, pengasas Meester Muruku. Taklah rumit sangat membuatnya. Ayam tu kena digoreng dahulu tapi usah sampai garing sebab nanti nak masak lagi dalam sajian dibuat.
AYAM MASAK SERAI
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam – dipotong
6 sudu besar cili kisar
1 sudu besar kunyit serbuk
4 batang serai
1 mangkuk kecil air asam jawa
Lada benggala – merah, hijau, kuning
Garam
Gula
Air asam jawa secukup rasa (semangkuk kecil atau suku cawan )
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
10 biji cili api
CARA MEMASAK : 1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Ketepikan
2. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi (usah lama sangat, biar setengah masak atau 3/4 masak.) 3. Ambil periuk atau kuali, panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar.
4. Biar naik bau, kemudian masukkan cili kisar tunggu hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan serai yang dititik, diikuti dengan air asam jawa.
6. Masukkan ayam goreng dan kacau rata, perasakan dengan garam dan gula
7. Taburkan dengan hirisan lada benggala. Sajian siap dihidang
Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dengan vitamin dan mineral serta mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Khasiat yang terkandung didalam dapat menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yang boleh buat kita terliur. Samada dimasukkan dalam lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan pastri atau pencuci mulut, memang enak.
Jom cuba 5 aneka resipi lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.
1. KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah. 2. Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan. 3. Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan. 4. Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. 5. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. 6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk.
Info Chef – Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
Saiz hidangan : 5-6 orang Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kastard Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Reneh dan bakar
2. STIR FRY ORANGE CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
1 paket ayam goreng segera
4 biji bawang putih | cincang
2cm halia | hiris halus
1 biji bawang besar |hiris tebal
2 sudu makan kicap masin
250ml jus oren
1 biji parutan kulit oren
2 sudu teh serbuk stok ayam
125ml air
2-3 sudu teh gula atau secukup rasa
2 sudu teh tepung jagung
250gm brokoli | potong kecil serta celur sebentar
150gm asparagus | potong 3cm panjang serta celur sebentar
Daun bawang sebagai hiasan
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1. Goreng ayam segera sehingga masak. Angkat dan ketepikan. 2. Tuang minyak masak ke dalam bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu makan minyak untuk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi. 3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dalam kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat. 4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dengan daun bawang.
5. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bagi mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.
Saiz hidangan : 8-10 orang Waktu memasak: 45 minit Jenis hidangan : Lauk pauk Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yang sekata Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak : Celur, tumis dan goreng
3. SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK: 1. Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar. 2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur. 3. Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api. 4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Info chef:Enak dinikmati ketika panas.
Saiz hidangan : 4-6 orang Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Sup Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yang menyegarkan Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Rebus dan Tumis
4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE
MARMALADE
BAHAN-BAHAN:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya
2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK: 1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan. 2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai. 3. Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem.
Simpan di tempat yang sejuk dan redup.
Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.
Saiz hidangan : 6-8 botol jem Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Jem Keistimewaan : Rasa masam dan manis Cara memasak :Rebus dan reneh
SCONE OREN
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK: 1. Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi. 2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. 3. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras. 4. Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone. 5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm. 6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone. 7. Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Saiz hidangan : 10-12 biji Waktu memasak: 1 jam 30 minit Jenis hidangan : Barat Keistimewaan : Rasa scone yang lemak dan aroma oren yang segar Jenis masakan : Pembuka selera Cara memasak : Kukus
5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
160gm gula pasir
2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1 biji parutan kulit oren
60ml jus oren
125gm mentega yang dicairkan
125ml susu segar penuh krim
2 biji telur saiz B
125gm strawberi yang telah dihiris kecil-kecil
CARA MEMASAK: 1. Panaskan oven pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan. 2. Di dalam mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan telur. Kacau sehingga adunan sebati. 3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit untuk dihiaskan di atas adunan tepung. 4. Sendukkan adunan tepung ke dalam cawan kertas yang telah disusun di dalam loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dengan lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.
Saiz hidangan : 12 biji Waktu memasak: 1 jam Jenis hidangan : Kek cawan Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yang unik Jenis masakan : Pencuci mulut Cara memasak :Bakar
RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!