Sebagai anak jati Negeri Sembilan memang tak sah kalau tak makan “masak lomak cili api”.Dalam masakan ini kerap dimasukkan sekali sayuran seperti pegaga,sayur maman,betik muda,pucuk ubi,daun puding hitam.Boleh digulai atau terus jadikan rendang dengan bahan dan cara sama. *harus diingat orang Negeri Sembilan memang sangat ringkas,cukup dengan cili,kunyit dan garam ditumbuk sekali.
GULAI AYAM PEGAGA BAHAN-BAHAN: 1/2 ekor ayam 2 ikat daun pegaga Cili api atau cili padi *ikut tahap kepedasan 1 atau 2 inci kunyit hidup Serbuk kunyit *(saya saja tambah) Lada hitam *kebiasaannya hanya guna lada hitam tapi saya suka tambah biji ketumbar dan jintan manis untuk lebih aroma Biji ketumbar Jintan manis 1 biji kelapa 3 asam keping 3 batang serai diketuk Garam *secukupnya *Boleh juga macam-macam lagi sayuran lain seperti pucuk ubi,daun puding hitam,sayur maman dan sebagainya.
Ads
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk,gaul rata dan masak sehingga mendidih.
Ads
2.Masukkan daun pegaga dan masak lagi sehingga kepekatan kuah yang kita nak atau terus jadikan rendang
Perasan tak, kadangkala ada individu yang tidak boleh menikmati sambal yang menggunakan belacan sebagai ramuannya. Ini kerana mereka mungkin mempunyai resdung atau alahan. Kalau makan juga, alamatnya bersin-bersinlah jawabnya.
Justeru, seorang personaliti kebun bandar, Enkay Nik Mustaffa memberikan resipi Sambal Tanpa Belacan. Menurutnya, resipi ini adalah daripada ibunya sendiri yang kerap membuat sambal sebegini disebabkan mahu mereka yang ada alahan pun dapat menikmati sambal ketika makan nasi. Barulah nikmat, kan?
Sambal ini tidak menggunakan gula putih sebaliknya menggunakan gula melaka yang juga dipanggil sebagai gula kelapa atau nise.
“Saya memang dah lama tidak ambil gula putih. Ini kerana gula putih mengandungi bahan tidak baik dalam tubuh. Gula boleh menyebabkan ketagihan. Malah turut tidak elok diambil secara berlebihan sehingga meningkatkan risiko kepada masalah jantung,” ujarnya.
Jom kita tengok resipi sambal tanpa belacan ni. Sedap dimakan dengan nasi panas dan ayam goreng. Wow!
SAMBAL TANPA BELACAN
BAHAN-BAHAN:
10 ulas bawang putih
4 biji bawang merah kecil
10 biji limau kasturi (dibelah dan diperah jus dan bijinya)
2 inci halia
Segenggam cili padi
5 sudu besar cuka makan
Sedikit gula melaka
Garam scukup rasa
CARA MEMBUAT:
1) Bawang merah dan bawang putih dibakar.
2) Ambil pengisar, masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dibakar tadi.
3) Masukkan kulit limau kasturi.
4) Masukkan jus limau kasturi yang telah ditapis.
5) Masukkan halia.
6) Kisar semua ini sehingga hancur.
7) Masukkan pula cili padi. Kisar sekali lagi.
8) Masukkan cuka makan. Kisar sekali lagi.
9) Masukkan gula melaka dan garam mengikut cita rasa anda. Kisar lagi. Siap untuk dihidang.
Kerana selera kira berbeza-beza, anda boleh cuba mana yang sesuai dengan citarasa kerana untuk membuat tart mudah. Tambahan sekarang jem nanas boleh beli di kedai bakeri mahupun pasaraya. Lagi senang kerja dan jimat masa dan jimat duit kerana buat sendiri.
TART NANAS CENGKIH BAHAN-BAHAN: 125gm mentega
125gm marjerin
75gm gula halus
2 biji kuning telur
60gm keju parut | boleh abaikan jika tidak suka Jen nanas secukupnya
BAHAN KERING: 325gm tepung gandum
25gm tepung jagung
25gm susu tepung BAHAN SAPUAN: 2 biji kuning telur, 2 sudu teh minyak 2 sudu the susu cair
CARA MEMBUAT: 1. Masukkan mentega, marjerin, gula dan kuning telur dalam mangkuk adunan. Kacau rata (asal sebati, jangan terlalu lama). 2. Tambahkan bahan kering, tepung gandum dan tepung jagung, adun menggunakan spatula. 3. Ambil sedikit adunan lebih kurang 8gm, leperkan dan letakkan jem nanas di dalamnya. Bulatkan semula. 4. Buat garisan pada bulatan aduan dengan pisau dan letakkan bunga cengkih sebagai tangkai. 5. Susun dalam loyang pembakar dan masukkan dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150-160 C selama20- 30 minit. Bergantung kepada ketuhar anda. 6. Angkat dan oleskan dengan bahan sapuan, masukkan semula ke dalam ketuhar 3-5 minit. 7. Angkat dan rehatkan di atas redai kuih sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
TART BUNGA TERATAI BAHAN-BAHAN: 125gm mentega 125gm margarin 2 biji kuning telur 40gm gula halus 25gm susu tepung 50gm tepung jagunag 300gm tepung gandum Jam nanas secukupnya sebagai inti BAHAN SAPUAN: 2 kuning telur 1 sudu makan minyak masak 1 sudu teh madu
CARA MEMBUAT:
Campurkan mentega, marjerin, kuning telur halus dalam mangkuk adunan dan adun menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan (asal bercampur sahaja) lebih kurang 1-2 minit.
Seterusnya masukkan, tepung jagung dan susu tepung, adun rata menggunakan spatula.
Setelah sekata, masukkan tepung gandum yang telah diayak sedikit demi sedikit. Dan adun sebati.
Canai adunan menggunakan rolling pin, untuk lebih mudah lapiskan adunan dengan plastik.
Terap dengan acuan bunga Teratai. Letakkan dalampaper cup kecil dan hias dengan jem nanas yang telah dibulatkan di atasnya.
Susun dalam dulang pembakar, panggang dnegan suhu 150-160C selama 20-30 minit.
Angkat dan olehkan dengan bahan sapuan, biar seketika dan bakar semula 2-3 minit.
Keluarkan dari ketuhar dan sejukkan seketika sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Jika pergi ke kedai, pasti kecewa dengan sotong celup tepung yang tidak menepati citarasa. Jadi, nak tak nak, bila buat sendiri sotong celup tepung barulah puas hati kan.
Nah, menerusi perkongsian menarik daripada Means Yusoff ini, sotong celup tepung ini rangup di luar namun lembut di dalam.
Jom kita cuba!
SOTONG CELUP TEPUNG
BAHAN-BAHAN:
Sotong Tepung bestari – beli online di sini 1 biji telur Tepung kering (bancuhan tepung bestari + sedikit tepung beras) Air
CARA-CARA:
1.Sotong dipotong-potong kecil. Boleh juga menggunakan gunting bagi memudahkan kerja.
2. Kemudian, perap sotong dengan tepung bestari yang sudah dicampurkan dengan air.
3.Selepas 10 minit, masukkan telur. Gaul bagi sebati.
4.Sediakan tepung kering di dalam bekas lain. Tepung kering ini boleh saja jika menggunakan tepung bestari sekiranya tiada tepung beras.
5.Kemudian, pindahkan sotong yang sudah dicelup tadi ke dalam adunan tepung kering.
6. Tutup bekas tersebut dan goncang-goncangkan sehingga semua sotong disaluti tepung kering. Inilah rahsia yang membuatkan sotong celup tepung sedap rangup dimakan!
7. Panaskan minyak. Gorengkan sotong sehingga kekuningan. Pastikan minyak betul-betul panas. Siap untuk dihidang. Selamat mencuba!
Kalau nak ajar anak-anak makan sayur mungkin boleh mulakan dengan hidangan seperti ini. Goreng terung ala fries, rasanya yang rangup membuatkan anak tak perasan yang dimakan adalah sayur. Boleh dijadikan kudap-kudapan atau lauk pun boleh.