Nasi Kak Wok, menu berasal dari Kelantan yang popular di kawasan Lembah Klang. Pergilah kemana sahaja pasti mudah nak jumpa restoran yang jual nasi ni. Lauk pauknya mudah sahaja, nasi putih yang dimakan bersama ayam goreng garing, gulai ayam serta sambal cili. Makan panas-panas memang sedap! Keenakan hidangan ni terletak pada gulai serta sambal cilinya kerana ia ada rasa asli masakan gulai dan sambal Kelantan. Ramai yang cuba buat tapi tak dapat ‘rasa’ yang sebenar. Anda nak rasa? Resipi perkongsian saudari Rusmida Rusli ni boleh dicuba.

RESIPI NASI ALA KAK WOK

Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!

 

BAHAN-BAHAN:

  • Nasi putih – masak seperti biasa dan letak daun pandan simpul. Wangi!

 

1. GULAI AYAM

Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji bawang bombay
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci halia
  • 3 sudu makan rempah kari daging
  • 1 sudu makan rempah kerutub
  • Kacang panjang secukupnya – potong
  • Terung – potong kecil
  • Leher, kaki, kepak dan paha yam – potong kecil
  • Santan ( jangan pekat sangat)- ikut jumlah ayam yang diguna.
  • Garam dan kiub pati ayam secukup rasa
  • 1 kerek manisan / gula melaka
  • 2-3 keping asam gelugur (RASA TAMBAH)

 

CARA MEMASAK:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat dan tumis hingga wangi.
  2. Satukan rempah kari dan kerutub. Bancuh dengan sedikit air hingga jadi pes. Kemudian gaul pada ayam dan perap seketika.
  3. Seterusnya masukkan ayam ke dalam periuk berisi bahan tumis tadi. Masak hingga empuk.
  4. Masukkan santan dan masak hingga mendidih serta kuah menjadi sedikit pekat.
  5. Tambahkan terung, kacang panjang dan asam gelugur ( jika suka).
  6. Perasakan dengan garam, manisan serta kiub pati ayam dengan secukupnya. Kacau hingga sebati rasa. Angkat.

 

IKLAN

2. AYAM GORENG HARUM

Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong kecil
  • 2 sudu teh garam
  • 2 inci kunyit hidup – tumbuk lumat
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 3 tangkai daun kari

 

CARA MEMASAK:

  1. Basuh bersih ayam dan lumurkan dengan bahan-bahan lain. Perap seketika.
  2. Panaskan minyak masak dan goreng sampai sederhana garing.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.

 

3. SAMBAL BELACAN ALA KAK WOK

Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji cili kering – direbus
  • Cili padi – jumlah ikut pedas yang dikehendaki
  • 2 inci belacan
  • 1 biji bawang besar – dibakar
  • 1 labu bawang putih – dibakar
  • Gula, garam dan perasa secukupnya
  • Air asam jawa- anggaran 1/2 mangkuk
  • Limau kasturi secukupnya

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Jangan terlalu halus nanti tidak sedap.
  2. Tuang kisaran cili ke dalam bekas dan masukkan perahan limau kasturi hingga capai tahap masam yang sedap dengan citarasa.
  3. Kulit limau kasturi yang dibuang. Hiris halus dan masukkan ke dalam sambal. Gaul rata.
  4. Sedia untuk dinikmati bersama nasi, ayam dan gulai.

 

Kredit resipi & foto: Rusmida Rusli

 

IKLAN

Anda sedang mencari KUALI NON STICK? Boleh cari DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Sedap Dimakan Dengan Ulam, Ini Cara Buat Sambal Bawang Homemade Yang Tahan Lama

Cara Buat Chili Garlic Oil, Memang Sedap Dimakan Dengan Sup

Resipi Sambal Putik Pauh (Mangga Muda) Paling Mudah & Sedap

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI