Terasa nak makan Gulai Daging? Meh cuba resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung ni. Menurut empunya resipi; Mama Ayu Kitchen, ini adalah masakan versi utara. Wow! Tengok gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba!
GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA
BAHAN-BAHAN:
- Daging cincang ( anggaran harga RM10)
- 2 batang rebung ( warna kuning)
- Santan secukupnya ( anggaran RM2)
- 1 paket rempah kari pedas Babas
- Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 4 sudu makan cili boh
- Sedikit belacan
BAHAN TUMIS:
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 4 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.
- Seterusnya masukkan rempah kari.
- Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)
- Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.
- Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.
- Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mama Ayu Kitchen ( FB: Ayu Ariana Erika Farisha)
ANDA JUGA BOLEH CUBA:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daging Kambing Masak Pasamah, Masakan Orang Lama Tetap Disukai Ramai
Ramai juga beranggapan daging kambing mengandungi kolesterol yang tinggi lantas membuat badan terasa panas. Namun sebenarnya daging kambing mempunyai pelbagai manfaat. Kambing mengandungi paras kolesterol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain. Buat yang menggemari daging kambing ia boleh dipelbagaikan menu masakan.
Anda boleh cuba resipi daging kambing masak pasamah, menurut Zakuan resipi ini diajar kepadanya oleh arwah toknya.
Bahan-bahan
2kg kambing
Rempah daging cap Babas-BELI ONLINE DI SINI
10 tangkai cili kering*-BELI ONLINE DI SINI
5 biji bawang besar*
10 biji bawang merah*
1 labu bawang putih *
1 inci halia*
1 sudu serbuk kas-kas
Gula melaka-BELI ONLINE DI SINI
Kerisik-BELI ONLINE DI SINI
1 cawan air
Daun sup
Bawang bulat
Cara memasak:
1.Goreng ke semua bahan-bahan yang bertanda*sampai kuning, Sudah goreng biarkan sejuk baru dikisar bahan-bahan ini.
2.Kemudian ambil bahan-bahan yang dikisar dan tuang dalam kuali. Masukkan rempah dan kambing. Masak sehingga naik minyak dan wangi dalam masa 20 minit.
3.Bila dah naik minyak dan wangi, masukkan kerisik,gula melaka,garam dan air 1 cawan,masak dalam 5 minit masukkan daun sup dan bawang bulat
4. Masak dalam masa 3 minit , siap untuk dihidang.
Kredit : Zakuan Laris P
#mahn
Anda sedang mencari FOOD STEAMER? Boleh klik DISINI.
4 Resipi Gulai Lemak Cili Padi Mudah & Sedap
Sedapnya masak lemak cili padi. Tak kisahlah bahannya sayur, ikan, daging atau makan laut, memang sedap.
Bagi anda yang memang gemar masakan jenis ini, tentu tidak jemu jika masak dan makan menu masak lemak cili padi. Lagi-lagi rasanya kena dengan lemak, cukup asam garam dan pedasnya.
RASA kongsikan 4 resipi masak lemak cili padi yang memang mudah dimasak tetapi sangat sedap rasanya!
PISANG MUDA GULAI LEMAK CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
10 biji pisang emas muda | buang kulit ari & belah dua
500ml santan pekat – beli online di sini
50gm ikan bilis – beli online di sini
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi – beli online di sini
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan di dalam periuk bersama bahan kisar dan ikan bilis.
2. Renehkan atas api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan pisang, kacau dan sentiasa kacau kuah supaya tidak pecah minyak.
4. Setelah pisang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tutup api, dan gulai sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK NENAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
½ biji nenas | potong tiga segi
4 ekor ikan masin sepat | goreng
500ml santan pekat
1 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
12 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dalam periuk dan celur nenas seketika. Angkat dan tos.
2. Seterusnya, masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan serai.
3. Renehkan atas api sederhana, seketika kemudian masukkan nenas dan ikan masin.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Kacau dan rasa, jika sudah masin, anda hanya perlu perasakan dengan gula sahaja. Jika perlu tambah garam, tambahkan ikut keperluan.
5. Setelah cukup rasa dan nanas pun sudah masak sepenuhnya. Tutup api. Gulai nenas sedia dihidangkan.
PUCUK UBI BERSAMA PETAI MASAK LEMAK TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk ubi kayu | ambil daun & hiris kasar
Sedikit daun kaduk | hiris kasar
3 helai daun kunyit | hiris halus
3 papan petai | kikis dan hiris dengan kulit sekali
4 batang serai | hiris halus
5 sudu makan tempoyak
500ml santan
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
20 biji cili padi
3cm kunyit hidup
50gm ikan bilis yang telah dikopek
CARA MEMASAK:
1. Renehkan air, kemudian rebus pucuk ubi. Angkat dan tos.
2. Masukkan santan dalam periuk, kemudian tambahkan bahan kisar.
3. Kacau rata, masukkan pula asam gelugor, asam tempoyak, daun kaduk, hirisan daun kunyit, serai, petai.
4. Kacau rata hingga mereneh, masukkan pula pucuk ubi. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah kuah pekat dan cukup rasa, boleh tutup api dan sedia dihidangkan.
GULAI LEMAK CILI PADI DAGING SALAI PUCUK UBI
BAHAN-BAHAN:
500gm daging salai | hiris nipis
1 cekak pucuk ubi kayu | buang tangkai dan rebus
1kg santan pekat
1 keping asam gelugor
2 batang serai | titik
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3cm kunyit hidup
2cm lengkuas
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan kisar, serai dan asam gelugor bersama santan di dalam periuk.
2. Renehkan di atas api sederhana. Setelah kuah mereneh, masukkan daging kisar bersama pucuk ubi.
3. Biarkan mereneh atas api lebih kurang lima minit.
4. Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Setelah daging empuk dan cukup rasa. Tutup api.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
4 Variasi Menu Daging Salai Padu Sedapnya.
Mak selalu cerita zaman dulu takda elektrik, kalau nak simpan daging tahan lama hanya dengan cara salai dan pekasam je sebagai cara awet daging tersebut sepaya tahan lama. Menariknya daging salai dan pekasam ini boleh diolah dengan pelbagai menu yang sangat sedap. Sekarang tradisi membuat daging salai masih diusahakan kerana permintaan terhadapnya adalah tinggi.
Lebih menarik sekarang ini, daging salai bukan hanya dimasak gulai lemak semata, ramai yang telah mengolahnya menjadi menu-menu yang menarik dan sedap. Tak percaya boleh cuba empat menu yang disediakan oleh Puan Rosniza Mohamad, Pengurus Pemasaran & Promosi D5 Agro Resources yang menjual daging salai frozen D5alaiking telah berkongsi empat resipi menggunakan Daging Salai D5alaiking keluarannya.
.
DAGING SALAI TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging salai | hiris nipis dan kecil
- 2 biji telur ayam
- 1 biji bawang besar | hiris
- 1 ulas bawang putih | titik
- 5 biji cili padi | hiris
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
- 1/2 sudu makan lada hitam
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyaka masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng sekejap daging salai. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bawang besar dan bau putih.
- Setelah wangi, masukkan hirisan cili padi dan cili benggala, kacau rata dan masukkan cili benggala.
- Seterusnya masukkan daging salai dan kacau rata.
- Tolakkan ke tepi kali daging salai, kemudian masukkan telur dalam kuali.
- Kacau rata seketika, kemudian tolakkan semula daging salai ke tengah Bersama telur pecah.
- Kacau rata dan lengkapkan rasa dengan sedikit garam dan perasa.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan daging salai sedia dihidangkan.
.
KERABU DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 150gm daging salai | hiris nipis
- 3 batang Kacang Panjang | hiris
- 1/2 biji tomato | potong dadu
- Sedikit hirisan cili benggala merah dan hijau
- 3-4 biji cili padi | hiris
- Sedikit suhun | celur dan tos
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 biji limau nipis | perah dan ambil jus sahaja
- 1/2 biji bawang besar | hiris
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit kacang tanah goreng | kisar kasar
CARA MEMASAK:
- Daging salai celur sekejap, angkat dan tos.
- Di dalam mangkuk besar, campurkan semua bahan hirisan Bersama daging salai, gaul rata dan ketepikan.
- Dalam mangkuk kecil campurkan sos ikan, jus limau garam dan gula perang.
- Gaul rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk bahan hirisan, gaul rata.
- Kerabu daging salai sedia dihidangkan.
.
AGLIO OLIO DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket pasta | rebus dan tos
- 150gm daging salai | hiris nipis dan kecil
- 1/2 biji cili benggala merah | potong dadu
- 1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu
- 1 sudu the mix herbs
- 1 sudu the serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- 4 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar dan kacau rata.
- Seterusnya masukkan pasta dan cili benggala. Gaul rata.
- Perasakan dengan garam, mix herbs dan lada hitam.
- Setelah cukup rasa, tutup api dan pasta sedia dihidangkan.
.
TALAM BERLAUK DAGING SALAI
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepung gandum
- 4 sudu makan tepung jagung
- 2 biji telur
- 2 cawan santan pekat
- Sedikit sos cili
BAHAN TUMIS DAGING SALAI:
- 50gm daging salai | hiris nipis dan kecil
- 1/2 sudu makan serbuk kari daging
- 2 ulas bawang merah | cincang
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu makan minyak masak
BAHAN TABUR:
- Sedikit hirisan daun sup
- Sedikit hirisan daun bawang
- Seddikit bawang goreng
- Sedikit hirisan cili merah
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan tumis daging salai, panaskan minyak dan tumis bawang hingga wangi.
- Campurkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Kacau rata dan masukkan daging salai, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Setelah cukup rasa, ketepikan.
- Seterusnya sediakan adunan talam, campurkan tepung gandum, tepung jagung dan santan di dalam blender, kisar hingga rata.
- Masukkan dalam periuk, hingga pekat dan berwap.
- Tuangkan ¾ adunan dalam Loyang yang dialas dengan plastik yang telah disapu dengan sedikit minyak.
- Kukus dalam pengukus yang telah sedia dipanaskan sebelumnya.
- Apabila keras sedikit, taburkan tumisan daging salai di atasnya dan tuang lebihan bancuhan tadi, kukus semula hingga masak.
- Setelah sejuk, sapukan permukaan talam dengan sos cili, dan taburkan dengan hirisan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan cili merah.
- Potong dan Talam Berlauk sedia dihidangkan.