Terasa nak makan Gulai Daging? Meh cuba resipi Gulai Daging Cincang Bersama Rebung ni. Menurut empunya resipi; Mama Ayu Kitchen, ini adalah masakan versi utara. Wow! Tengok gambar pun dah tahu sedap. Jom cuba!
GULAI DAGING CINCANG BERSAMA REBUNG VERSI UTARA
BAHAN-BAHAN:
- Daging cincang ( anggaran harga RM10)
- 2 batang rebung ( warna kuning)
- Santan secukupnya ( anggaran RM2)
- 1 paket rempah kari pedas Babas
- Garam & serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 3 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 4 sudu makan cili boh
- Sedikit belacan
BAHAN TUMIS:
- 4 sudu makan minyak masak
- 2 kuntum bunga lawang
- 2 batang kulit kayu manis
- 4 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan bahan kisar. Kacau rata anggaran 5 minit.
- Seterusnya masukkan rempah kari.
- Bila rempah dah naik bau, masukkan daging cincang bersama 1 garpu. ( penggunaan garpu bertujuan untuk cepatkan daging empuk)
- Biarkan daging masak dalam 45 minit atau hingga lembut. Semasa proses ini, tutup penutup periuk.
- Bila dah lembut, masukkan santan dan tambah air secukupnya. Biar hingga mendidih seketika.
- Seterusnya masukkan rebung, garam dan perasa mengikut citarasa masing-masing.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mama Ayu Kitchen ( FB: Ayu Ariana Erika Farisha)
ANDA JUGA BOLEH CUBA: