Di Kelantan, bila tibanya bulan puasa, lauk pauk seperti Gulai Ikan Masin @ Ikan Kering yang guna kunyit dan lengkuas ni memang popular. Sedap dan punya rasanya yang tersendiri. Tak cair, tak pekat, sedang-sedang sahaja. Perangat 2-3 hari pun masih elok dan enak. Nak cuba resipi perkongsian Puan Zatul Hernani ni? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GULAI IKAN MASIN @ IKAN KERING SEDAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
- 3-4 ekor ikan kering | dibasuh
- Timun | dibelah kecil
- 5-6 biji cili hijau
- 1 -2 keping nanas | dipotong dadu
- Santan secukupnya – ikut jumlah kuah yang anda nak & jumlah ikan yang digunakan
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 3-4 tangkai cili kering
- 1 biji cili merah
- 2-3 biji cili padi – jika nak rasa pedas
- 2 inci kunyit segar
- Sedikit lengkuas
CARA MEMASAK:
- Masukkan santan dan bahan kisar ke dalam kuali. Buka api dan biarkan mendidih. Pastikan santan selalu dikacau bagi mengelakkan kuah berketul.
- Kemudian masukkan ikan kering, hirisan nanas, lada/cili hijau dan timun.
- Perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Jangan letak garam terlalu banyak kerana ikan kering sudah memberikan rasa masin.
- Asam keping juga tidak digunakan kerana nanas sudah memberikan rasa masam pada kuah.
- Biarkan gulai mendidih sekali lagi dan boleh padamkan api.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Zat Hernani
Link asal resipi: https://goo.gl/6HkkwV
ANDA JUGA BOLEH CUBA: