Menu lauk pauk pantai timur memang menggoda. Orang pantai timur nak merentas negeri pun tak boleh di kala ini. Jadi untuk mengubati rindu dengan masakan di kampung halaman bolehlah buat gulai ikan tongkol ni untuk makan tengah hari nanti. Gerenti membuka selera.
GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan:
1ekor ikan tongkol sederhana besar potong ikut suka rebus dengan asam keping masuk garam gula secukup rasa.
1/2kg santan pekat
Bahan kisar
10 biji cili kering-BELI ONLINE DI SINI
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cili merah hijau dan cili padi-BELI ONLINE DI SINI
TONTON GERENTI JADI : Resipi Kambing Masak Hitam
Cara membuat:
1.Santan pekat tadi campur dengan 5 gelas air rebus hingga mendidih.
2.Masukkan piring @ sudu dlm tu supaya tidak meruap. Simpan 1/2 gelas untuk kisar, bahan kisar tadi tak payah masuk air masa kisar nanti takut bergentel kuahnya tak cantik.
3.Santan tadi dah mendidih naik minyak, masuk bahan kisar kacau rata.
4.Masuk garam gula secukup rasa.Biarkan dia mereneh. Masukkan ikan yang dah direbus bersama kuahnya sekali tadi biar dia mereneh hingga naik minyak dan berkilat.
5.Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama reneh makin cantik kuahnya.
Sumber : Azizah Daud