Ada gulai kosong macam ni memang memudahkan, goreng ikan atau ayam dah boleh makan dengan nasi. Nak cicah dengan roti kosong, roti canai frozen, paratha apa saja roti pun boleh. Cicah dengan macam-macam cucur pun sedap.
Resipi gulai kosong yang sedap untuk menyicah atau makan dengan nasi
Bahan dimayang
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 inci halia
Bahan rempah
3 sudu makan Rempah kari ikan
1 sudu makan beriani
1 sudu makan kurma
2 sudu besar cili
Bahan lain
1 kotak santan pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Air secukupnya
Garam, gula, serbuk perasa
Ads
Cara membuat
1. Panaskan satu cawan minyak kemudian tumis bahan yang dimayang.
2. Sementara itu satukan bahan-bahan rempah dalam mangkuk.
3. Bila tumisan sudah garing masukkan semua rempah tadi kemudian kecilkan api.
Ads
4. Bila dah masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa, kacau. Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih 5 minit.
6. Masukkan santan pekat kotak (100ml). Kacau, waktu ini guna api yang sederhana. Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau.
Ads
7. Kemudian masukkan air asam jawa pekat, tambah santan pekat 50ml. Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian bolehlah ditutup api. Sedia dimakan.
Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa jenis nasi, roti apa apa pun sama ada roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti kosong dan macam macam lagi.
Sambal tumis ikan masin ini pilihan lauk paling sesuai kalau nak cepat. Hidangan ringkas ini cukup untuk buat kita menambah nasi walaupun tanpa lauk lain. Bau harum sambal tumis yang pedas manis bersatu dengan rasa masin ikan, memang ‘kena’ dengan selera ramai.
Sambal tumis ikan masin ini juga lebih sedap jika dimasak dengan asam keping berbanding asam jawa, kerana rasa masamnya lebih lembut dan seimbang. Rahsia sambal jadi lebih berkilat dan tahan lama pula adalah kena masak sampai betul-betul pecah minyak.
Resipi Sambal Tumis Ikan Masin
Bahan-bahan
Ikan masin malong (ikan masin lain pun boleh)
1 biji bawang besar (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
4 sudu besar cili kisar
1 ketul kecil belacan
1 sudu besar gula Melaka (boleh ganti gula biasa)
2-3 keping asam keping
1 cawan air
Minyak masak secukupnya
Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Guna minyak yang sama, tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
3. Masukkan cili kisar dan belacan. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan gula Melaka, kacau rata, biar tumisan sampai pecah minyak.
5. Kemudian masukkan asam keping dan segelas air. Didihkan hingga kuah pekat.
6. Akhir sekali, masukkan ikan masin yang digoreng tadi. Gaul rata, siap untuk dihidang dengan nasi panas.
Tip Ekstra
Untuk rasa lebih ‘kick’, boleh tambah hirisan bawang besar kasar di akhir masakan.
Sambal ini boleh tahan 2-3 hari jika disimpan dalam peti sejuk.
Kalau suka, boleh juga campur dengan petai untuk lebih variasi.
Cili jeruk adalah antara hidangan sampingan yang boleh menaikkan selera makan. Kalau makan mi, nasi atau kuetiau goreng, memang sedap kalau dinikmati bersama cili jeruk ni. Kuah jeruk tu kalau cicah bersama ikan goreng pun sedap tau. Bagi anda yang belum tahu cara-cara nak buat cili jeruk yang sedap & tahan lama, boleh cuba resipi ni. Boleh buat makan sepanjang bulan puasa ni.
CILI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Cili hijau segar – basuh dan lap kering-kering.
Balang kaca – basuh & lap kering-kering
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Cuka makan
CARA MEMBUAT:
1. Pilih cili yang segar dan basuh bersih. Kemudian keringkan hingga tiada kesan air.
2. Untuk menyimpan cili jeruk, guna balang kaca. Pastikan balang juga dibasuh bersih dan di lap hingga kering.
3. Potong cili. Jangan potong terlalu tebal atau terlalu nipis. Sedang-sedang sahaja. Kemudian tampi sedikit bagi mengeluarkan bijinya.
4. Ambil cili dan masukkan separuh ke dalam balang.
5. Seterusnya masukkan 2 sudu makan gula. Kemudian masukkan lebihan cili potong tadi dan masukkan 2 sudu makan gula lagi.
6. Masukkan sedikit garam dan tuang cuka mengikut jumlah yang dikehendaki. ( empunya resipi letak cuka pada paras cili.)
7. Tutup penutup balang dan goncangkan. Ia bertujuan untuk melarutkan gula dan garam yang dimasukkan tadi.
8. Simpan semalaman dan cili jeruk ni boleh dinikmati pada keesokan harinya.
INFO RASA:
Cili dan balang perlu kering dan tidak ada air supaya cili yang dijeruk tahan lama.
Cili jeruk ini boleh tahan berbulan-bulan.
Boleh disimpan dalam peti sejuk atau letak dekat meja dapur sahaja pun boleh.
Petai, masak sambal, campur dalam gulai atau buat ulam begitu je, pun sedap. Soal bau tolak tepi itulah yang selalu dikatakan oleh penggemar petai. Bukan sekadar cerita, ini dua resipi petai yang boleh anda semua cuba. Memang terangkat bila rasa.
IKAN BAWAL BAKAR SAMBAL PETAI
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan bawal saiz sederhana | bersihkan
1 helai daun kunyit
2 keping aluminium foil
Garam dan gula secukupnya
1 sudu makan air asam jawa
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili kering
5 biji cili merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
2 biji buah keras
Sedikit kunyit hidup
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan sambal, panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan ikan bakar, panaskan ketuhar pada 180 C.
Kemudian letakkan daun kunyit di atas aluminium foil kemudian letakkan sambal dan ratakan.
Seterusnya letakkan ikan di atas sambal dan tutup atas ikan dengan lebihan sambal.
Taburkan petai di atas sambal dan tutup dengan daun kunyit.
Akhir sekali balut ikan dengan aluminium foil dan bakar antara 20-25 minit.
Setelah masak hidang ikan dengan nasi panas serta ulam-ulaman.
SAMBAL TELUR PUYUH BERSAMA PETAI
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
200gm isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan pes asam jawa
4 sudu makan pes cili
Garam dan gula secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang kisar
3 biji cili merah
2cm halia muda
2cm belacan | jika suka
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, kemudian goreng petai hingga layu. Angkat dan ketepikan.
Menggunakan kuali yang sama, tumis bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar.
Setelah wangi masukkan pes cili bersama asam jawa. Kacau lagi hingga pecah minyak.
Masukkan petai, dan telur burung puyuh yang telah direbus dan dibuang kulit tadi.
Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Kecilkan api biarkan sambal mereneh hingga pecah minyak lebih kurang 2-3 minit.
Angkat dan sedia dihidangkan.
NAK MASAK SAMBAL GUNA AIR FRYER, JOM SEMAK PELBAGAI PILIHAN MENARIK DI SINI.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!