Ada gulai kosong macam ni memang memudahkan, goreng ikan atau ayam dah boleh makan dengan nasi. Nak cicah dengan roti kosong, roti canai frozen, paratha apa saja roti pun boleh. Cicah dengan macam-macam cucur pun sedap.
7 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 inci halia
3 sudu makan Rempah kari ikan
1 sudu makan beriani
1 sudu makan kurma
2 sudu besar cili
1 kotak santan pekat
1 sudu kecil air asam jawa
Air secukupnya
Garam, gula, serbuk perasa
1. Panaskan satu cawan minyak kemudian tumis bahan yang dimayang.
2. Sementara itu satukan bahan-bahan rempah dalam mangkuk.
3. Bila tumisan sudah garing masukkan semua rempah tadi kemudian kecilkan api.
4. Bila dah masak cantik masukkan 1/2 cawan air dan biarkan ia pecah minyak.
5. Masukkan gula, garam dan serbuk perasa, kacau. Kemudian masukkan air 1 1/2 cawan lagi. Biarkan mendidih 5 minit.
6. Masukkan santan pekat kotak (100ml). Kacau, waktu ini guna api yang sederhana. Biarkan mendidih 15 minit sambil dikacau.
7. Kemudian masukkan air asam jawa pekat, tambah santan pekat 50ml. Biarkan mendidih selama 5 minit kemudian bolehlah ditutup api. Sedia dimakan.
Kuah gulai kosong boleh dimakan dengan apa jenis nasi, roti apa apa pun sama ada roti canai, roti perata, roti arab, roti jala, roti benggali, roti kosong dan macam macam lagi.
Sumber: Lee Na