Resipi gulai kunyit ini, cara orang Pantai Timur. Biasanya gulai seperti ini menggunakan telur itik tapi jika nak menggunakan telur ayam pun boleh juga.
Gulai kunyit ini kalau dihidang, kombinasi yang paling padu adalah ikan goreng dan sambal belacan. Gabungan ini memang boleh buat kita menambah nasi. Bagi yang nak belajar cara buat gulai ini boleh rujuk perkongsian Aftisa Fahmy
.4 biji telur ayam
200 ml santan
Asam keping
1 batang serai dititik
Tomato/cili hijau
1 inci halia
1 inci lengkuas
1-2 inci kunyit
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 sudu besar cili boh
1. Tumis bahan kisar sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air bersama santan. Didihkan sebentar.
3. Masukkan serai dan asam keping.
4. Masukkan garam, gula, serbuk perasa. Biarkan didih dengan api sederhana.
5. Boleh pecahkan telur satu persatu. Perlahan kan api. Kacau sedikit saja untuk elak telur pecah.
6. Bila telur dan masak boleh masukkan masukkan tomato dan cili hijau. Siap!
Jika bimbang telur hancur jika dimasukkan terus boleh juga pecahkan telur berasingan dan masak satu persatu. Kemudian barulah dimasukkan dalam gulai kunyit.
Tip supaya telur tak pecah boleh gunakan sedikit cuka, caranya didihkan air panas, masukkan 4 sudu cuka. Bila mendidih pecahkan telur satu persatu. Biarkan masak. Cuka berfungsi supaya telur tak pecah. Telur akan jadi bulat atau bujur elok.
Sumber: Aftisa Fahmy