Gulai pisang muda tumis darat ini antara lauk kampung yang semakin jarang kita jumpa. Namun begitu kalau dihidang memang berselera kita makan. Sangat enak, malah cara membuatnya juga agak mudah. Cuma sediakan pisang muda, bahan selebihnya sudah ada di dapur kita.
10 biji pisang emas muda
1 senduk serbuk kari daging
2 cawan santan
Segenggam ikan bilis
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 pati ikan bilis
2 Asam keping
Garam
Sedikit gula
Bahan untuk tumis darat
Minyak masak
5 ulas bawang merah – mayang
3 ulas bawang putih – mayang
4 tangkai cili Kering hiris nipis serong
3 tangkai daun kari
1 sudu besar halba campur (jika suka)
1. Cuci pisang, buang lapisan nipis luar kulit pisang. Potong serong rendam dalam air garam untuk elak getah pisang jadi hitam .
2. Kisar bawang besar dan bawang putih dgn air.
3. Masukkan dalam periuk bahan kisar, pisang, rempah kari, pati ikan bilis, ikan bilis, asam keping, garam, gula dan air paras pisang.
4. Masak sampai mendidih dan pisang empuk.
5. Masukkan santan. Kacau rata. Biar mendidih. Rasakan garam semua. Tutup api.
6. Untuk tumis darat, panaskan kuali. Tuangkan sesenduk minyak masak. Tumis semua bahan tumis hingga garing. Terus tuang sekali dengan minyak dalam gulai pisang tadi. Tutup periuk untuk mengekalkan aroma tumisan.
Kredit resipi & foto: Nur Masri