Resipi Gulai Tempoyak Ayam Sedap Penuh Aroma

Share

Resipi gulai tempoyak ayam ini memang sedap dan penuh aroma. Baunya pun dah buat terliur.

Selalunya kita masak gulai tempoyak ikan tapi kali ini cuba masak guna ayam pula. Tak sangka, sedap tau.

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Anne daripada Dapur Shai Anne ini ye. Selamat mencuba!

Resipi Gulai Tempoyak Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (potong)

5-6 sudu besar tempoyak 

Cili api merah (ikut kepedasan yang dikehendaki dan tumbuk) – boleh beli online di sini

2 inci kunyit hidup (tumbuk) – boleh beli online di sini

Asam keping – boleh beli online di sini

Daun kesum – boleh beli online di sini

Daun kunyit

Bunga kantan ( hiris. Ini pilihan)

 Garam – boleh beli online di sini

Gula – boleh beli online di sini

Air

Cara Memasak Resipi Gulai Tempoyak Ayam:

Dalam periuk, satukan tempoyak dengan kunyit hidup dan cili padi yang telah ditumbuk. Masukkan juga asam keping, daun kesum dan daun kunyit (simpul). Masukkan juga hirisan bunga kantan (pilihan). Gaul sebati.

Tambah air secukupnya dan masak di atas api sederhana besar. Kacau dari semasa ke semasa.

Masak hingga warnanya bertukar lebih kekuningan dan ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Tip nak dapat kan colour gulai tempoyak tu cantik, gunakan cili api merah atau cili besar merah. Baru cantik colour dia

Selamat mencuba.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

Published by
Nurul Azwa