Jom cuba masak Gulai Tempoyak Telur Goyang untuk keluarga. Nampak sangat sedap dan mudah dimasak. Malah menu ini juga tidak menggunakan banyak bahan. Bagi anda yang belum ada idea nak masak apa untuk insan tersayang, menu ini boleh diketengahkan. Fastabiqul Khoirot ada kongsikan bahan-bahan serta cara memasaknya. Selamat mencuba!
Cili api – boleh ganti dengan timun/petai/nanas muda/labu siam/terung
Garam, gula & penyedap rasa jika perlu
Asam keping – jika guna tempoyak baru yang kurang masam – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan goreng bawang putih untuk mengurangkan baunya. Guna bawang putih yang banyak untuk memekatkan kuah.
2.Kisar cili padi, cili merah dan bawng putih hingga halus.
3. Masukkan bahan kisar dan tempoyak ke dalam kuali atau periuk yang bersesuaian.
4. Masukkan air dan serai yang telah diketuk. Jumlah air bergantung pada jumlah telur yang digunakan.
5. Bila kuah sudah mendidih, masukkan sedikit santan dan serbuk kunyit.
Ads
6. Masukkan juga cili padi sebiji-sebiji. Ia boleh digantikan dengan bahan-bahan sampingan lain seperti timun, petai, nanas muda, labu siam atau terung.
7. Akhir sekali, masukkan telur ayam atau telur itik yang sudah dugoreng goyang terlebih dahulu.
8. Perasakan dengan garam, gula dan penyedap rasa jika perlu.
9. Jika menggunakan tempoyak baru yang kurang masam, tambahkan asam keping.
10.Gulai Tempoyak Telur Goyang sedia untuk dinikmati.
Buat yang kering idea atau baru ‘bermesra’ dengan dapur, anda boleh memilih untuk menghidangkan variasi jenis sup yang tidak mengambil masa yang lama, mudah dan pastinya enak! Sup-sup ini bukan hanya boleh dinikmati dengan nasi tetapi juga dengan aneka mi. Nak cuba?Ini Rasa kongsikan tujuh jenis sup mudah yang korang boleh buat sendiri.
SUP DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging | direbus seketika bersama 2 helai daun pandan
3-4 biji cili padi
1 kiub pati daging
1 sudu kecil garam
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
BAHAN TUMIS:
4 sudu makan rempah sup
100gm bawang kecil | dikisar halus
30gm bawang putih | dikisar halus
50gm halia | dikisar halus
2 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Sedikit bunga cengkih dan buah pelaga
CARA MEMASAK:
Tumiskan bahan kisar bersama rempah sup, kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sehingga garing.
Kemudian masukkan bahan tumisan ke dalam air rebusan daging. Masukkan pula bancuhan tepung dhal, cili padi, lada hitam beserta daun ketumbar.
Perasakan secukupnya dan biarkan mendidih.
Setelah mendidih, taburkan daun bawang dan tutup api.
SUP ISI KETAM
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung manis
2 biji telur
200gm isi ketam | dicarik halus
1000ml air
1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
½ sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
CARA MEMASAK:
Didihkan air dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan garam dan gula.
Pecahkan telur dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Kacau sentiasa untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Setelah mendidih, matikan api.
SUP AYAM
BAHAN-BAHAN:
1/4 ekor ayam | dipotong kecil
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | dititik
1 batang saleri | dipotong serong
1 biji tomato | dipotong empat
1 batang akar daun ketumbar
3-4 biji cili padi | dipotong
½ biji limau nipis
1biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang merah | dikisar
1 ulas bawang putih | dikisar
Sedikit sos ikan
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Air secukupnya
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan kisar sehingga harum.
Masukkan sekali cili padi, lengkuas, serai, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih sehingga agak pecah minyak sedikit.
Kemudian masukkan air secukupnya dan masukkan ayam. Biarkan seketika sehingga ayam masak.
Seterusnya, masukkan batang saleri, tomato dan akar ketumbar. Perasakan secukupnya.
Akhir sekali, perahkan jus limau nipis dan tutup api.
SUP IKAN IKAN MERAH
BAHAN-BAHAN:
5-6 keping isi ikan merah
1 batang serai | dititik
2sm lengkuas | diketuk
5 helai daun limau purut
2 helai daun pandan | disimpul
3 biji bawang merah | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
3-4 sudu besar perahan limau nipis
1 kiub pati ikan
5 biji cili api | dipotong serong
1 liter air
Garam secukup rasa
Sedikit daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
Minyak bagi menumis
Sedikit bawang goreng
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai, cili api, daun limau purut, dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan masak dengan api yang sederhana. Tambahkan garam dan sedikit pati ikan. Tutup api.
Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng sebelum dinikmati.
SUP BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN:
500gm bebola daging
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih | dimayang
2sm halia | dihiris halus
1/2 batang saderi | dipotong halus
3-4 biji cili padi | dihiris halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
Air secukupnya
Sedikit daun bawang
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi dan halia. Kemudian masukkan air.
Sebaik air mendidih, masukkan lada hitam, ladu sulah dan bebola daging.
Perasakan dengan pati ayam dan garam kemudian masukkan saderi.
Biar mendidih seketika dan taburkan daun bawang. Sedia dihidang.
SUP TELUR GOYANG DAN SUHUN
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar | dikisar
3 ulas bawang putih | dikisar
2sm halia | dikisar
2 biji telur
100gm kacang pea
100gm sawi bak choy
2 biji tomato | dipotong empat
50gm suhun
30gm sayur fucuk
2 sudu besar pati ayam
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil lada hitam kasar
Air secukupnya
2 sudu besar minyak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air dan biarkan mereneh.
Seterusnya masukkan kacang pea, sawi bak choy dan tomato.
Apabila mendidih, segera masukkan suhun dan sayur fucuk ke dalam sup.
Perasakan secukupnya dengan garam, pati ayam dan lada hitam.
Pecahkan telur dan biarkan masak. Sedia dimakan.
SUP EKOR SPECIAL
BAHAN-BAHAN:
400gm ekor | bersihkan dan rebus ¾ masak
400ml air rebusan ekor
1 biji tomato | belah 4
1 batang saderi | potong
1 batang serai | titik
5 tangkai cili padi | ketuk
1 keping asam gelugur
2 inci lengkuas
1 bungkus sup bunjut
Garam dan serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan air rebusan ekor tadi ke dalam periuk dan didihkan.
Masukkan kesemua bahan di atas kecuali ekor.
Biarkan kuah sup mendidih seketika dan masukkan ekor dan tutup api.
Angkat dan sedia dinikmati panas.
Info chef: Ekor direbus dahulu supaya ia lebih empuk.
Kadangkala masakan yang simple seperti sup telur suhun ini cukup memberi kesempurnaan dalam hidangan. Menurut Yatie Kitchen resipi inspirasi dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. simple,mudah dan sedap. Junjung Kasih Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah atas resipi ini.
Yatie juga berkongsi tip untuk elakkan suhun dari kembang , masukkan di akhir masakan, jangan direndam suhun, hanya bilas dengan air .Semua orang boleh kongsikan resipi tak semua orang akan kongsi tip bagaimana nak bagi masakan tu elok kejadiannya. Bolehlah buat untuk masakan tengah hari atau malam nanti.
SUP TELUR SUHUN
Bahan-bahan:
1 biji bawang merah-hiris nipis
4 ulas bawang putih-hiris nipis
3 biji telur
1 ikat suhun ( jangan direndam )
500ml air
2 tangkai daun sup/ daun bawang
Perasakan dengan mushroom seasoning-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak :
1.Tumis bawang merah dan bawang putih ,tumis sampai garing.
2.Masuk air, mendidih jer ditutup api baru pecahkan telur , tip supaya telur putih tak berterabur selepas 5 minit dah agak-agak telur tu masak baru hidupkan api.
3.Apabila mendidih terus tutup api, baru masuk suhun dan daun sup/ bawang.