Pernah cuba Yong Tau Foostail Hakka? Saudari Jazlin Hanie ada kongsikan resipinya. Selain dimakan bersama sos, ia juga enak dimakan bersama nasi. Pasti boleh pikat selera anak-anak. Jom cuba! Anda juga pasti sukakan rasanya.
CARA MASAK HAKKA STYLE YONG TAU FOO
BAHAN PES IKAN:
Isi ikan tenggiri bunga secukupnya – bergantung pada jumlah yang anak nak buat Udang (jika suka) Cendawan shitake (jika suka) – beli online disini Serbuk lada hitam secukupnya – beli online disini Serbuk lada sulah secukupnya – beli online disini Garam & gula
CARA MENYEDIAKAN: 1.Isi ikan diasingkan dari tulang. Masukkan isi ikan, udang, cendawan, serbuk ladan hitam, lada sulah, garam dan gula secukup rasa ke dalam food processor @ blender. Kisar hingga hancur. (Jangan masukkan air) 2. Masukkan pes ikan ke dalam mangkuk dan sedia untuk disumbat ke dalam bahan Yong Tau Foo. INFO:Ada sesetengah resipi masukkan tepung jagung, tp empunya resipi tidak masukkan sebab adunan sudah cantik & tidak lembik.
BAHAN YONG TAU FOO Tauhu pok – potong 2 Bendi – belah tengah Cili merah / hijau – belah tengah & buang biji Terung – potong dalam 2 cm & belah tengah Peria – potong bulat & buang biji Air campuran garam
Ads
CARA MEMASAK: 1. Ambil pes ikan tadi sumbatkan pada tauhu dan juga sayuran.
2. Guna air campuran garam untuk gam pes ikan pada sayur supaya melekat. Teknik ini penting supaya yong tau foo elok sempurna.
3. Kemudian panaskan minyak dan goreng sehingga yong tau foo masak kekuningan.
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih sehingga wangi. 2. Masukkan taucu, sos tiram, kicap manis, minyak bijan, tepung jagung, air dan gula. Jumlahnya boleh ikut cita rasa masing-masing. 3. Apabila bahan sudah sebati, boleh masukkan yong tau foo ke dalam kuali dan masak sekejap atau boleh tuang sos ke atas yong tau foo di dalam pinggan. Terpulang mengikut selera masing-masing. 4. Selamat mencuba.
Puding antara dessert paling disukai ramai tanpa mengira bangsa dan peringkat usia. Kepada korang penggemar puding ini ada 20 resipi puding yang boleh korang cuba buat sendiri sebagai hidangan pencuci dihujung minggu. Pilih mana-mana resipi yang disukai. Diharapkan percubaan membuat puding berhasil ye…
AGAR-AGAR ABC
BAHAN A:
10gm agar-agar
700ml air
180 gm gula merah
2 helai daun pandan
BAHAN B:
30gm agar-agar
1600ml air
1 tin susu cair
300gm gula
1/2 tin krim jagung campur sedikit pewarna kuning
100gm kacang merah campur sedikit pewarna merah jambu
100gm cendol campur sedikit pewarna hijau
CARA MEMASAK:
Satukan bahan A, masak hingga mendidih.
Tapiskan dan tuang ke dalam loyang. Biarkan sejuk.
Satukan bahan B(air, agar-agar dan gula), masak sehingga larut.
Kemudian, masukkan susu, kacau rata.
Angkat dan bahagikan kepada tiga bahagian(satu bahagian campurkan dengan krim jagung, satu bahagian kacang merah dan satu bahagian dengan cendol).
Cakarkan permukaan A, tuangkan campuran jagung. Biarkan beku.
Tuangkan pula lapisan cendol di atasnya dan biarkan beku.
Akhir sekali, tuangkan lapisan kacang merah di atas lapisan jagung dan biarkan beku.
AGAR-AGAR CENDOL
BAHAN A : LAPISAN CENDOL
750ml air
170gm gula
10gm agar-agar
250ml santan
1 sudu makan tepung jagung
Cendol secukupnya
BAHAN B: LAPISAN GULA MELAKA
750ml air
250gm gula melaka | diracik halus
10gm agar-agar
250ml santan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Masak air, gula dan agar-agar hingga larut.
Satukan santan dan tepung jagung, kacau agar tidak bergentel.
Tapiskan dan tuangkan ke dalam agar-agar.
Masak sebentar hingga mendidih.
Angkat dan biarkan suam baru masukkan cendol.
Biarkan ianya keras.
Untuk menyediakan bahan B. Masak air, gula melaka dan agar-agar hingga larut.
Masukkan santan, kacau sebentar.
Akhir sekali, tuangkan keatas lapisan cendol yang telah keras.
UDING SUSU OREN
BAHAN A: LAPISAN PUDING
4gm agar-agar
200ml air
300ml susu
6 sudu besar gula (ikut sesuai)
50ml jus oren
Pewarna kuning
BAHAN B: LAPISAN JERNIH
4gm agar-agar
500ml air
6 sudu besar gula
50ml jus oren
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan lapisan puding. Masak agar-agar, gula dan air hingga mendidih.
Masukkan susu,jus oren dan pewarna. Angkat.
Masukkan dalam acuan dan biarkan sejuk dan keras.
Untuk menyediakan lapisan jernih. Masak agar-agar, gula dan air sehingga mendidih.
Masukkan jus dan sedikit pewarna.
Cakarkan lapisan puding dan tuangkan lapisan jernih. Buat kaedah serupa sehingga habis.
PUDING MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 liter susu segar
10gm agar-agar
Sedikit perisa mangga
Sedikit pewarna kuning
200gm gula
1 biji buah mangga | isinya dipotong dadu
CARA MEMASAK:
Masukkan agar-agar , gula, susu dan masak hingga gula larut.
Masukkan perisa mangga dan pewarna. Kacau perlahan hingga mendidih.
Sediakan acuan dan tuangkan agar-agar di dalam.
Taburkan buah mangga yang telah dipotong dadu.
AGAR-AGAR RINTIK PANDAN
BAHAN A:
1/2 sudu makan agar-agar serbuk
250ml santan cair
1 sudu makan gula pasir
Sedikit pewarna hijau
BAHAN B:
1/2 sudu besar agar-agar
500ml air
100gm gula merah
1 sudu makan tepung kastard campur 2 sudu makan air
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Campurkan semua bahan dan masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam loyang dan biarkan keras.
Potong kecil-kecil dan biarkan sebentar.
Untuk menyediakan bahan B. Masak air, daun pandan, gula merah dan agar-agar hingga larut. 5.
Masukkan tepung kastard.
Masak hingga mendidih.
Angkat dan tuangkan ke dalam loyang yang telah berisi dengan potongan agar-agar tadi.
Sejukkan.
PUDING JELLY POLKADOT
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
500ml air
1/2 tin susu cair
100gm gula
1 sudu makan tepung kastard
1 1/2 sudu besar pati buah
Fruity jelly secukupnya
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dengan air hingga larut.
Masukkan gula dan masak hingga larut.
Angkat dan masukkan bancuhan susu cair dan tepung kastard. Masak seketika.
Susun jelly di dalam acuan dan tuangkan agar-agar perlahan-lahan.
AGAR-AGAR PERMATA
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar
200ml susu cair
400ml air
150gm cawan gula pasir
100ml susu pekat
Esen vanila
Sedikit pewarna
CARA MEMASAK:
Satukan semuanya dan masak hingga mendidih. Ambil tiga senduk dan di tetakkan dalam mangkuk berasingan dan campurkan dengan tiga warna kesukaan anda.
Sejukkan kemudian dipotong dadu.
Panaskan sebentar lebihan agar-agar tadi.
Letakkkan agar-agar yang telah dipotong ke dalam bekas dan tuangkan agar-agar lebihan tadi.
PUDING JAGUNG MANIS
BAHAN-BAHAN:
15gm agar-agar
700ml air
150gm gula
200ml susu cair | dikisar halus
1 tin kecil jagung | dikisar halus
1 sudu makan tepung kastard |dikisar halus
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga hancur dan masukkan gula.
Masukkan susu cair, jagung dan tepung kastard. Sebatikannya, tuangkan ke dalam agar-agar dan masakkan seketika.
Tuangkan dalam acuan kemudian sejukkan.
PUDING MARBLE
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
1/2 tin susu cair | dikisar
1/2 tin susu pekat | dikisar
1 biji telur | dikisar
2 keping roti | dikisar
4 sudu makan gula
500ml air
Esen vanila
Pewarna
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.
Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
Masukkan bahan kisar serta perlahankan api.
Angkat dan bahagi kepada beberapa warna.
Tuangkan ke dalam loyang dan lorekkan agar ianya bercampur.
UDING BUAH
BAHAN-BAHAN:
20gm agar-agar
1 liter air
1 tin susu cair
200gm gula
200ml sirap buah koktel
2 sudu makan tepung kastard
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar hingga larut.
Masukkan gula dan biarkan ianya mendidih.
Masukkan sirap, susu cair dan tepung kastard.
Masukkan buah koktel. Biarkan sebentar.
Tuangkan ke dalam acuan.
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
1 liter air
1 ketul gula melaka
100gm gula pasir
200ml santan | dipukul sedikit
1 biji telur | dipukul sedikit
2 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Masak air dengan gula melaka dan daun pandan hingga larut. Tapiskan.
Sukatkan air gula itu menjadi 1 liter.
Masakkan air gula tadi dengan agar-agar hingga agar-agar larut.
Kecilkan api dan masukkan campuran santan telur dan gula pasir. Tunggu hingga menggelegak.
Bila menggelegak, biarkan seketika dan kacau. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan.
AGAR-AGAR KACANG MERAH
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
250ml air
750ml susu cair
200gm gula pasir
100gm kacang merah (rendam dan rebus hingga empuk)
Sedikit pewarna (jika suka)
CARA MEMASAK
Kisar kacang merah yang telah di rebus. Ketepikan.
Masak agar-agar, susu cair, air dan gula sehingga mendidih. Masukkan kacang merah.
Masak hingga mendidih dengan api perlahan.
Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
AGAR-AGAR BUAH NAGA
BAHAN-BAHAN:
200gm buah naga |ambil isi dan blend
10gm agar-agar serbuk
125 gm gula pasir
900ml air
Sedikit esen ros
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar, air dan gula hingga mendidih. Masukkan isi buah naga yang di blend dan biarkan ianya mendidih seketika.
Angkat dan masukkan esen ros. Tuangkan ke dalam acuan.
PUDING SUSU
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
600ml air
1/2 tin susu pekat
Sedikit pewarna
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.
Masukkan susu pekat dan pewarna.
Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
ELLY KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
1 cawan air
4 1/2 cawan air kelapa muda
3/4 cawan gula
Isi kelapa muda yang dipotong halus.
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan 1 cawan air hingga hancur.
Masukkan gula dan masak hingga gula hancur.
Campur air kelapa dan masak sebentar.
Tuangkan ke dalam bekas yang telah diisikan dengan kelapa yang dipotong halus.
Masukkan jeli ini dalam peti sejuk, keluarkan bila ingin menghidangkannya.
PUDING MILO
BAHAN-BAHAN:
10gm agar-agar
750ml air
150 gm gula
1 tin susu cair
3/4 cawan serbuk milo
CARA MEMASAK:
Masak agar-agar dan air hingga larut.
Masukkan gula dan masak hingga mendidih.
Masukkan susu cair. Angkat dan masukkan serbuk milo.
Masak seketika. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan.
PUDING SAGU BERSANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
1 mangkuk sagu
3 cawan air (kalau pekat boleh tambah air)
1 1/2 cawan gula
Sedikit pewarna
Daun pandan
BAHAN B:
200ml santan kotak
1 tin susu cair
1 1/2 cawan air
Sedikit garam
Daun pandan
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Didihkan air,pewarna, gula dan daun pandan hingga gula larut.
Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan tambah air jika perlu.
Masak hingga hilang putih di tengah-tengah sagu.
Untuk menyediakan bahan B. Campurkan semua dan didihkan sekejap ( kalau boleh tambah air).
AGAR-AGAR LAPIS SANTAN
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
10 gm agar-agar
1200ml air
200gm gula
Pewarna- hijau, merah, kuning, biru, purple
BAHAN B:
10gm agar-agar
400ml santan
800ml air
200gm gula
CARA MEMASAK:
Untuk menyediakan bahan A. Masakkan bahan A hingga larut.
Tapis dan ketepikan.
Untuk menyediakan bahan B. Masakkan bahan B kecuali santan hingga larut.
Bila mendidih baru masukkan santan dan biarkan sebentar.
Angkat dan tapiskan.
Cara Melapis, sukat 250ml agar-agar (A) letak sedikit pewarna dan tuangkan dalam loyang dan biarkan keras. Cakarkan sedikit.
Sukat 250ml agar-agar (B) dan tuangkan ke atas agar-agar lapisan A. Begitulah juga dengan lapisan seterusnya untuk warna yang berlainan.
PUDING ROTI COKLAT SUSU
BAHAN-BAHAN:
8 keping biskut jagung
2 keping roti
300ml susu cair
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
2 sudu besar serbuk koko
CARA MEMASAK
Kisar roti, biskut jagung dan susu cair.
Masukkan telur dan susu pekat. Kisar lagi hingga licin.
Bahagi kepada dua bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko dan satu bahagian dibiarkan warna asal.
Panaskan kukusan dan kukuskan bahagian serbuk koko.
Bila sudah masak, tuangkan pula bahagian yang bewarna asal.
Kalau sebut nasi briyani pasti tahu lauk gandingan wajib iaitu kurma atau gulai. Ikut cita rasa sendiri samada daging atau ayam.
Resipi perkongsian daripada Nor Shakinah Md Zainal cukup istimewa dari ayahnya. Katanya, “Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi. Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.”
1. NASI BRIYANI
BAHAN-BAHAN:
1kg beras basmathi (basuh toskan) Sedikit daging dan tulang untuk buat stok (daging itu nanti buat kari pulak)
2-3 labu bawang besar*
6 ulas bawang putih*
2 inci halia*
5-6 biji buah keras
*Separuh dihiris separuh diblend
3 helai daun pandan
Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan
Masukkn bahan tumisan, bawang putih & bawang merah yang hiris.
Sudah garing masukkan tulang dan daging. Kacau sekejap baru masukkan air dan biar sampai mendidih untuk ambil stok daging.
Selepas itu angkat daging dan tulang itu ketepikan. Masukkan bahan kisar dan biar reneh sekejap.
Masukkan rempah beriyani. Biar memekat.
Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquick.
Nampaksudah masak cantik masukkan air. Sudah menggelegak masukkan beras dan susu cair.
Masukkan jagung dan kismis. Periksa kalau air kurang tambahkan sedikit air.
Hendak masukkan dalam rice cooker pun boleh lagi senang. Tanak sehingga nasi masak. Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye… Sbb biasa ayah saya masak untuk ramai orang.
2.GULAI DAGING/KARI DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging + tulang basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
2 kuntum Bunga lawang
4 Buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
Daun kari
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
5biji buah keras
Sedikit halia
Kentang atau rebung atau betik ikut suka la nk letak apa
2 senduk sederhana serbuk kari daging bancuh dgn sedikit air.. Jadikan pes
Santan dari 1 biji kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perisa kalau guna.. Biasa ayah saya guna hilal
Sedikit gula dlm 1 sudu teh
1 senduk kerisik
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan bahan tumis.
Masukkan serbuk kari sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar dan reneh lagi sampai masak.
Masukkan daging dan tulang. Kacau sampai daging kecut.
Masukkan air. Masak sampai daging empok.
Sudah empuk daging masukkan kentang/rebung.
Seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan perisa. Siap.
3.KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging basuh bersih toskan
BAHAN TUMIS:
Bunga lawang
Buah pelaga
Cengkih
Kulit kayu manis
Bunga lawang
1/2 biji bwg besar potong nipis
7 ulas bwg putih potong nipis
2 inci halia potong mancis
BAHAN KISAR:
2 biji bawang besar
6-7 ulas bawang putih
8 biji kentang | belah empat
2 senduk sederhana serbuk kurma-bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes
1 biji santan kelapa
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk perasa
Sedikit gula
1 senduk kerisik
4 biji cili merah dan hijau-belah 2
3 biji bawang besar-belah 4
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak. Minyak tidak perlu banyak sebab nanti daging akan keluarkn minyak.
Tumiskan semua bahan tumis. Masukkan serbuk kurma dan biar sampai pecah minyak.
Masukkan bahan kisar. Reneh lagi sampai masak.
Selepas itu masukkan daging. Kacau sampai daging kecut.
Kemudian masukkan air. Masak sampai daging separuh empuk.
Masukkan kentang/rebung seterusnya santan dan kerisik. Biarkan sahaja sampai semua masak elok dan kuah memekat.
Perisakan dengan garam gula dan serbuk perasa.
Akhir sekali masukkan cili merah, cili hijua dan bawang. Masak dalam 3-5 minit.
Bila tiba Ramadan, murtabak antara hidangan ringan yang digemari ramai. Jika ahli keluarga ramai, boleh tahan juga harganya kalau dibeli. Jadi apa kata, cuba buat sendiri. Mudah je! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
MURTABAK MINI AYAM KEJU
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia secukupnya
2 biji telur
Kepingan keju cheddar
Daun sup & daun bawang secukupnya – hiris
Garam secukup rasa
Sedikit tepung gandum – bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan gam
BAHAN INTI:
Isi ayam @ daging – cincang
Ubi kentang – potong dadu
Lobak merah – potong dadu
1 paket kecil rempah kari daging
3 ulas bawang putih – hiris
1 biji bawang besar – hiris
2 biji bawang besar – potong dadu
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Bagi menyediakan inti, panaskan kuali dan tuang sedikit minyak masak. Tumis bawang yang dihiris hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis rempah sehingga pecah minyak.
3. Seterusnya masukkan isi ayam, kentang dan lobak merah. Masukkan air hingga separas dengan bahan-bahan yang dimasak.
4. Setelah inti hampir kering, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Boleh juga letak serbuk perasa.
5. Masak hingga inti betul-betul kering. Sejukkan.
6. Untuk membuat murtabak, pecahkan telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang dimasak tadi.
7. Masukkan daun sup dan daun bawang jika suka. Kacau sebati.
8. Ambil kulit popia, letak atas dulang. Letak sekeping keju di tengah-tengahnya.
9. Ambil 3 sudu makan inti yang dicampur dengan telur tadi dan letak di atas keju.
10. Lipat kulit popia denga kemas dan sapu bancuhan tepung gandum pada lipatan terakhir.
11. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak. Masak murtabak mini hingga masak dan berwarna keemasan.
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.