Lumrah orang Melayu kita walaupun citarasa sudah bercampur dengan aneka sajian kota ala barat tetapi bila lama tak di makan lauk ini pasti akan dicari!
Bahannya mudah, kosnya rendah, masih ada lagi ke yang anggap sajian ni remeh?.. Terpulang ikut cara masing-masing, jika tak suka paru boleh tukar pada daging. Resipi ini pasti menyelerakan saat suapan pertama.
RESIPI PARU MASAK SAMBAL LADO
Bahan-Bahan
- Paru setengah kilo (rebus dan hiris)
- Bawang merah 2-3 biji besar
- Bawan putih 3 ulas
- Cili padi
- Lada basah
- Limau sambal 2 biji
Cara-Cara:
1. Goreng paru yang telah dikunyitkan dan ditoskan minyak
2. tumis bahan2 Kisar sehingga garing
3. Masukkan air limau,garam gula pak aji
4. gaul rata paru.
Kongsi resipi: Siti Hawa
CUBA JUGA RESIPI INI:
Chef Dahlan Kongsi 4 Idea Menu Kenduri Berasaskan Daging. Wajib Cuba Ni!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cara Buat Mi Goreng Basah Melekit-lekit Paling Sedap, Ikut Resipi Ini
Dapat makan Mi Goreng Basah untuk sarapan pagi memang best. Makan pula panas-panas memang ‘terangkat’ habis. Nak dapatkan Mi Goreng Basah yang sedap perlu ada cara untuk menyediakannya. Bukan asal campak semua bahan dalam kuali. Resipi Mi Goreng Basah Melekit-lekit yang dikongsikan oleh Hashimah ini sesuai untuk hidangan tiga orang dewasa. Cubalah!
RESIPI MI GORENG BASAH MELEKIT-LEKIT
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang merah besar
3 biji bawang putih – beli online
2 sudu makan cili kisar (boleh lebihkan)
5 sudu makan sos cili – beli online
2 sudu makan sos tiram – beli online
4 sudu makan kicap manis – beli online
1 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan air setengah gelas) – beli online
Tomato setengah biji potong dadu
Optional bahan (terpulang dengan bahan apa yang ada)
Udang
1 batang sosej – beli online
4 biji fishball
1 batang fishcake
2 biji tauhu kering
1/2 biji tomato
1 biji cili merah (dihiris) – beli online
1/2 batang lobak merah (dihiris memanjang) – beli online
CARA MEMBUAT:
1. Tumis bawang yang sudah ditumbuk. Masukkan cili kering dan tumis hingga agak pekat warnanya. Masukkan tomato, tumis hingga layu dan hancur.
2. Masukkan semua sos, gaul-gaul, dan masukkan semua bahan sampingan kecuali mi, sayur berdaun dan apa-apa bumbu yang cepat layu.
3. Masukkan 2 gelas air, dan bancuhan tepung jagung tadi. Perasakan gula garam. Siap untuk kuah.
4. Cara untuk menghidang. Jika sudah bersedia untuk makan barulah cedok kuah dalam kuali dan masukkan mi dan sayuran hijau. Panaskan, hingga sebati mi dengan kuah. Sedia untuk dihidang.
TIP:
* untuk semua jenis mi, tomato ditumis dahulu, rasanya berbeza dengan sekadar digaul mesra bersama mi dan sayuran lain.
* sebelum tutup api, perah sebiji/setengah biji limau nipis dalam sekuali mi. Rasa mi akan lagi sedap dan tidak rasa masam pun.
Sumber kredit: Hashimah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Sekali Buat Dapat 30 Biji. Resipi Golden Fries Ball Ni Memang Sedap & Mudah
Resipi Gulai Nangka Muda & Ayam Masak Lemak Cili Api, Ini Cara Buatnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Popia Carbonara Resipi Garing & Inti Berkrim. Memang Sedaplah
Sos Carbonara memang sedap dicampur dalam ramuan inti popia. Nak-nak pula ada isi ketam, ayam, cendawan, lobak merah dan yang penting sos Carbonara (tak kisahlah apa-apa brand, tapi empunya resipi guna sos prego yang dalam tin tu.
Kalau nak molek rupa popia tu jangan lah goreng api kuat sangat, sederhana aje. Jom kita tengok resipi perkongsian Ida Zaida ni dengan resipinya popia karbonara.
POPIA CARBONARA
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti:
- 2 biji bawang putih
- 3biji bawang merah
- 1paket isi ketam
- 1tin cendawan
- 1cawan isi ayam
- 1/2 carrot
- 1botol sos Prego carbonara @ 2 tin sos Prego yg ni lagi sedap berbanding dlm botol
- Garam,gula,perasa
- 1sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Bahan-bahan tadi semua dipotong dadu
2. Tumis bawang putih.bwg merah dgn 1sudu minyak masak je.lepastu masukkan isi ayam,sos Prego,isi ketam, cendawan,carrot
3. Perasakan garam,gula,perasa, masak sampai pekat.. sejukkan dlm peti ais skjp barulah start menggulung
4. Sy guna popia brand kg
5. Ambil popia sehelai letakkan inti tp jgn letak banyak sgt.nt kulit popia basah akan jd cantik
6. Kemudian gulung kn..lepastu gam(guna bancuhan tepung gandum+sedikit air)di hujung popia bg melekat.
.
7. Lepastu goreng dlm minyak yg panas tp api mst slow..baru cantik bila goreng
kredit: ida zaida
ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI:
Buat Sendiri Kerepek Popia Cheese Pedas, Kudapan Musim Cuti Sekolah
DAN JUGA RESIPI INI :
Resipi Mudah Popia Pisang Coklat, Sedap Ya Amat. Snek Minum Petang!
BOLEH JUGA CUBA RESIPI DARI VIDEO INI :
Chef Sue Share 5 Resipi Warisan Bonda Tercinta Sempena Bulan Merdeka.
Semangat merdeka mula terasa, imbauan nostalgia merdeka mula kembali segar diingatan. Pastinya makanan antara yang menjadi ingatan. Ubi kayu, ikan masin dan segala sayur kampung itulah menjadi juadah hidangan makanan tengahari dan malam sebagai lapik perut ala kadarnya,dek kerana kesempitan hidup.
Kesusahan itulah juga menjadikan ramai ibu-ibu zaman awal kemerdekaan kreatif mengadun ramuan apa sahaja bahan di sekeliling rumah dijadikan sayuran atau lauk. Ikan di laut, disungai dan di tali air sawah sebagai juadah paling sedap ketika itu.
Hal ini diakui oleh Chef Sue Arukin, walaupun di zamannya, keperitan hidup tidak dilalui namun cerita ibu tetap menjadi ingatan untuk dititip kepada anak-anaknya generasi digital, serba serbi di hujung jari. Sudah tentulah sebagai chef resipi warisan bondanya turut menjadi kegemarannya dan sering disulam dalam menu harian bila mengidamkannya.
Istimewa untuk anda semua, berikut Chef Sue kongsikan lima resipi istimewa warisan keluarga yang dikatakan beliau cukup mengimbau kenangan zaman awal kemerdekaan bila sanak saudara berkumpul.
ASAM REBUS IKAN KEMBUNG
BAHAN-BAHAN:
- 4-5 ekor ikan kembung | siang, bersih dan tos
- 4 keping asam gelugor
- 1 batang serai | titik
- 3 cawan air
- Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
- 5 biji cili merah
- 5 biji lada hitam
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci lengkuas muda
- 1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan-bahan B ke dalam kuali beserta air.
- Didihkan hingga mereneh.
- Masukkan pula asam gelugor, serai dan ikan.
- Biarkan terus mereneh hingga semua bahan sebati.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
- Tutup api dan sedia dihidangkan.
KUNING PISANG MUDA IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
- 500ml santan pekat
- 500ml santan cair
- 8 biji pisang muda | bersihkan kulit luar dan rebus
- 10 potong ikan masin talang/duri | rendam dan bersihkan
- 10 biji cili padi hijau
- 2 inci kunyit hidup
- 2 batang serai | ketuk
- 1 sudu teh garam kasar
- Lada sulah, gula dan garam halus secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili padi, kunyit kidup dan garam kasar ditumbuk lumat lalu masukkan ke dalam periuk bersama serai dan santan cair.
- Didihkan dengan api yang sederhana.
- Masukkan ikan masin dan didihkan hingga ikan masin agak empuk.
- Masukkan pisang muda yang telah direbus dan tuang santan pekat perlahan-lahan.
- Didihkan lagi dengan api yang kecil sambil dikacau perlahan jangan sampai pecah santan.
- Sesuaikan rasa dengan menambah lada sulah dan sedikit gula. Tambah garam jika perlu.
- Gulai sedia dihidangkan.
KERABU PUCUK UBI, JANTUNG PISANG & TAUGE
BAHAN-BAHAN:
- 10 tangkai pucuk ubi | rebus empuk & hiris
- 1 biji jantung pisang | rebus empuk & hiris
- 150gram tauge | celur
- 1 biji kelapa parut | putihnya sahaja
- 3 biji cili merah
- 5 bij cilipadi
- 3 ulas bawang merah | bakar
- 2 ulas bawang putih | bakar
- 1 inci belacan | bakar
- 1 inci ubi cekur | bakar
- Perahan limau secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Cili padi, cili merah, bawang merah bakar, bawang putih bakar, ubi cekur dan belacan ditumbuk lumat.
- Di dalam mangkuk besar, satukan kelapa parut dengan bahan-bahan tumbuk dan kacau rata.
- Masukkan pucuk ubi dan jantung pisang rebus diikuti dengan tauge celur. Kacau lagi hingga sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Perahkan limau ke dalam kerabu dan sesuaikan rasanya.
- Kerabu sedia dihidangkan.
MASAK LEMAK PUTIH LABU & IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 500ml santan cair
- 300ml santan pekat
- 1/2 biji labu saiz sederhana | bersihkan, potong dadu besar & rebus empuk
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 batang serai | titik
- ½ cawan ikan bilis | bersihkan
- 2 biji cili merah | hiris halus
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, satukan snatan cair, ikan bilis, cili merah, bawang besar dan serai lalu didihkan dengan api yang kecil.
- Masukkan labu yang telah direbus bersama santan pekat.
- Didihkan lagi dengan api perlahan hingga semua bahan masak sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.
UBI KAYU TUMIS BILIS
BAHAN-BAHAN;
- 300gm ubi kayu | potong dadu kecil dan rebus empuk
- 1/2 cawan ikan bilis
- 3 tangkai cili kering | potong kecil
- 1 biji cili merah | hiris
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 4 ulas bawang putih | hiris halus
- 1 sudu teh serbuk cili
- 2 tangkai daun kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Di dalam kuali panaskan minyak masak.
- Goreng ikan bilis hingga garing dan toskan.
- Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili kering hingga wangi.
- Masukkan serbuk cili dan daun kari lalu tumis beberapa minit lagi.
- Masukkan ubi rebus dan ikan bilis goreng. Gaul sebati.
- Tambah garam dan gula secukup rasa.
- Sedia dihidangkan.