Sedapnya kalau tengahari ni dapat makan ikan bakar dan ulam-ulaman. Bagi anda yang rasa nak masak ikan bakar, ha..ni ada resipi pes yang sedap dan mudah disediakan. Sangat sesuai dinikmati sebagai sajian makan hari ni. Lebih mudah lagi, tak perlu guna arang atau pemanggang ajaib pun. Guna kuali saja. Mudah kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rafiza Idayu ni .
PES IKAN BAKAR HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam blender.
2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
4. Kisar semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati.Pastikan pes pekat.
5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
8. Tutup ikan. Gunakan api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.
Kredit gambar & resipi: FB Rafiza Idayu