
Lauk ikan bawal kukus Chinese Style begini bukan saja enak tapi ianya sihat juga. Lagi satu yang menarik cara membuatnya juga mudah.
Kebanyakan bahan memang sudah ada di dapur, tinggal beli ikan dan daun bawang saja. Nah, ini cara membuatnya!
Resipi ikan bawal kukus Chinese style
Bahan-bahan
Ikan bawal – dibasuh bersih
Halia – potong memanjang
Batang daun bawang- dipotong
Cili padi -dihiris
Bawang putih -dicincang
Bahan sos
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
½ sudu teh gula

Cara membuat
1. Bawang putih digoreng hingga keemasan kemudian tutup api. Ketepikan
2. Panaskan periuk pengukus, kukus ikan bersama halia lebih kurang lima minit.
3. Kemudian satukan bahagian sos dan curah ke atas ikan yang sudah diletakkan daun dan batang bawang di atasnya.
4. Akhir sekali letak bawang putih yang digoreng tadi bersama cili. Siap

Selamat mencuba.
Sumber: Raja Azreen
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara-Cara Buat Ikan Tenggiri Jeruk Minyak Secara Homemade.

Siapa suka makan tenggiri jeruk ni? Ha…Selain sedap digoreng bersama bawang dan cili, tenggiri jeruk ini juga boleh digunakan untuk masak lauk Kailan Ikan Masin, Nasi Goreng dan sebagainya. Memang sedap! Tapi jika dibeli, satu botol tu harganya berbelas ringgit. Mahal kan? Sebenarnya puan-puan boleh buat tenggiri jeruk ni secara homemade. Caranya sangat mudah. Nak cuba? Jom lihat resipi perkongsian saudari Mahana Anzel Mua ni.
TENGGIRI JERUK HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
- Kepingan ikan tenggiri
- Garam halus secukupnya (boleh juga guna garam kasar. Lebih elok.)
- Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan dan lap dengan tisu bagi mengeringkan airnya. Jemur lebih kurang 4 jam.

2. Angkat ikan dan lumurkan dengan garam secukupnya. Lebih bagus jika guna garam kasar.

3. Seterusnya masukkan ikan ke dalam bekas berpenutup dan tuang minyak masak secukupnya.

4. Ikan yang telah siap dimasukkan minyak.

5. Tutup bekas dan biarkan ikan dijeruk selama beberapa hari. Simpan diluar sahaja dan tidak perlu diletak dalam peti sejuk.

6. Untuk menikmatinya, keluarkan ikan jeruk dan masak ikut citarasa anda.
TIP:
- Untuk elak lalat kerumun sewaktu dijemur, renjis sedikit cuka pada ikan.
- Jika buat ikan jeruk seekor ( tanpa potong), selepas dibersihkan, terus jemur. Kemudian barulah masukkan garam dalam perut ikan.
- Minyak yang digunakan untuk jeruk ikan, boleh diguna kembali untuk menjeruk ikan lain.
Kredit resipi & foto: Mahana Anzel Mua
Memang Sedap 3 Menu Ikan Paling Rare Ni , Rugi Tak Cuba!

Tiga menu ni memang rare, tak jumpa kalau nak cari di mana-mana restoran, hanya orang-orang lama kat kampung yang masih masak, itupun sekali sekala. Disebabkan sekali sekala tulah tiga menu ni sangat sedap, tengok pada resipi taklah susah mana nak buat, senang je.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba…..
IKAN LAMPAM GULAI LEMAK ATAS DAUN PISANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ikan Lampam | lebih kurang 300gm
- 250ml santan pekat
- 1 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit | mayang halus
- Daun pisang secukupnya
- Garam dan gula secukup rasa
- BAHAN KISAR:
- 10 biji cili padi
- 3cm kunyit hidup
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
- Ikan dibuang sisik, isi perut dan bersihkan dengan air limau nipis. Kemudian toskannya..
- Sementara itu lapiskan kuali dengan dua atau tiga lapisan daun pisang.
- Seterusnya tuangkan santan di atasnya dan campurkan di dalamnya dengan bahan kisar.
- Kacau supaya bahan sebati, masukkan asam gelugor.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Masukkan ikan dan tabur daun kunyit yang telah dimayang halus di atasnya.
- Tutup kuali kemudian masak ikan tadi menggunakan api perlahan.
- Selepas lima minit balikkan ikan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan ikan masak sepenuhnya.
- Tutup api, ikan sedia dihidangkan.
IKAN PARI PERCIK DAUN LIMAU PURUT

BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan pari | potong sederhana dan cuci bersih
- 250ml santan pekat
- 5 helai daun purut
- 1 sudu makan pes cili kering
- 1/2 sudu makan pes air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR
- 1 bji bawang besar
- 4 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 3 biji buah keras
- 2 batang serai
- 3cm kunyit hidup
- 2 biji cili merah
- 1hiris halia
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan dengan sedikit bahan kisar bersama sedikit garam.
- Perap sekurang-kurangnya 10 minit. Kemudian bakar.
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kauali.
- Tumiskan bahan kisar hingga air wangi dan masukkan pes cili. Kacau lagi seketika.
- Kemudian tuangkan santan pekat dan air asam jawa di dalamnya.
- Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Renehkan hingga kuah pekat dan timbul minyak.
- Masukkan hirisan daun limau purut dan kacau rata.
- Ambi satu atau dua sudu kuah, kemudian sapukan pada ikan yang sedang dibakar tadi.
- Setelah ikan masak , tuangkan kuah di atasnya.
- Ikan pari sedia dihidangkan.
RENDANG IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHAN:
- 1kg ikan tongkol | potong nipis dan cuci bersih
- 500ml santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan pes cili kering
- 1 sudu makan serbuk kari ikan
- 2 keping asam gelugor
- 2 batang serai | titik
- Garam dan gula secukup rasa
- 4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN KISAR:
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 2cm halia
- 2cm lengkuas
- 3cm kunyit hidup
- 2 batang serai
CARA MEMASAK:
- Gaulkan ikan bersama sedikit garam, serbuk kunyit dan sedikit air asam Jawa.
- Panaskan pengukus dan kukus ikan lebih kurang 10 minit
- Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali, kemudian tumiskan bahan kisar.
- Setelah berbau wangi masukkan pes cili . Kacau lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan sedikit air.
- Setelah tumis timbul minyak, masukkan santan, serai titik dan asam gelugor.
- Setelah kuah pekat, masukkan ikan, diikuti kerisik.
- Kecilkan api biarkan kuah mereneh, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Setelah kuah pekat dan timbul minyak, taburkan daun kunyit di atasnya.
- Rendang Ikan Tongkol sedia dihidangkan.
Cara Mudah Perap Ikan Bakar, Senang dan Sedap!

Ikan bakar memang ramai peminatnya. Tapi dalam masa yang sama, ada yang kata renyah nak buat ikan bakar sebab perlu buat air asam. RASA kongsikan resipi ikan bakar yang sangat mudah nak dibuat. Tanpa ada air asam pun, dah sedap dimakan.
IKAN BAKAR TOMYAM

BAHAN-BAHAN
2 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
2 cm kunyit (tumbuk lumat)
2 cm halia (tumbuk lumat)
Cili padi (ikut tahap kepedasan yang disukai)
1 peket pes tomyam
1 tangkai serai (tumbuk / ketuk)
2 helai daun limau purut (koyak-koyakkan)
1 ekor ikan cencaru (basuh bersih)

CARA MEMBUAT
1. Dalam mangkuk kecil, masukkan bawang putih, kunyit, halia dan cili padi.
2. Masukkan pes tomyam, serai dan daun limau purut. Gaul semuanya.
3. Ambil ikan dan belah sedikit bahagian atas ikan itu.
4. Lumur ikan dengan bahan tadi. Serai itu masukkan dalam perut ikan. Sumbatkan semua pes ke dalam bahagian perut ikan.
5. Bungkus ikan menggunakan aluminium foil.
6. Bakar ikan dalam kuali leper menggunakan api perlahan.
7. Bakar sehingga masak.
TIP RASA
1. Anda boleh gunakan resipi ini untuk membakar ikan lain selain cencaru. Boleh bakar ikan pari, kembung, siakap atau tenggiri.
2. Daun limau purut perlu dikoyak-koyak supaya aromanya lebih wangi dan menyelerakan.
3. Resipi ini tidak menambah garam atau sebarang penambah perisa. Anda masih boleh tambah bahan tersebut jika suka.
4. Sebelum makan, boleh juga perahkan limau kasturi untuk menambah rasa masam.
5. Jika tidak tambah perahan limau kasturi, boleh juga buat air asam. Tapi sebab gunakan pes tomyam, rasa masam itu sudah mencukupi.
Selamat mencuba!
Kredit resipi: Mawar Alina MAHN

