Resipi Ikan Bawal Sos Lada Hitam. Memang Terangkat Rasa Dia!

Share

Buat penggemar Ikan Bawal, selain dibuat sambal dan kari, anda juga boleh cuba masak lada hitam ini. Sos lada hitam yang enak akan memberikan rasa berbeza kepada masakan. Lebih pedas pasti lebih terangkat.

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ekor ikan bawal  | bersihkan, lumur dengan kunyit dan garam. Goreng garing
  • 2 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 4 biji cili padi | hiris
  • 2 biji cili hijau | hiris
  • 2 biji bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar |belah dua dan hiris
  • 1cm halia | hiris
  • 1 cawan air
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

1. Goreng ikan hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.

2. Lebihan minyak bekas gorengan ikan tadi, tumis bawang putih, bawang besar dan halia hingga layu.

3. Masukkan sos lada hitam, sos cili, sos tomato dan sos tiram.

4. Tambahkan air dan biarkan mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya.

5. Masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan cili padi dan cili hijau. Biarkan kuah pekat.

6. Tutup api. Angkat dan sedia dihidangkan.

Published by
Ida Abd Aziz