Wow… enaknya sajian Ikan Bawal Stim Chinese Style ni. Bagi anda yang sukakan hidangan yang sedap, ringkas dan lebih sihat, sajian kukus sebegini adalah yang terbaik. Malah bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak digunakan. Sangat sederhana tapi penuh dengan rasa. Jom cuba resipi perkongsian saudari Raja Azreen ni. Pasti puas hati.
CARA MASAK IKAN BAWAL STIM CHINESE STYLE
BAHAN-BAHAN:
2 ekor ikan Bawal Emas – dibersihkan
Halia – hiris batang mancis
1 tangkai daun bawang – hiris / batang bawang dimayang
Cili padi secukupnya – hiris
7-8 ulas bawang putih – cincang
BAHAN SOS:
2 sudu makan kicap cair – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu makan minyak bijan – beli online disini
1/2 sudu teh gula
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan goreng bawang putih cincang menggunakan api kecil hingga kuning keemasan. Tutup api.
2. Letak ikan dalam bekas untuk mengukus dan masukkan hirisan batang bawang.
3. Tabur juga hirisan halia. Kukus ikan selama 5 minit.
4. Buka penutup kukusan dan tuang sos dan juga bahan goreng tadi. Taburkan juga hirisan daun bawang dan cili. Kukus ikan hingga masak sepenuhnya.
5. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Raja Azreen
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official