Jangan pandang sebelah mata bila sebut Ikan Bilis. Resipi yang bakal saya kongsikan ni, sangat mudah dan ringkas untuk disediakan. Ikan bilis saiz besar tu memang sesuai untuk buat menu ni. Disalut tepung sahaja dah jadi snek enak makan begitu sahaja ataupun bersama nasi. Resipi Ikan Bilis Goreng Tepung Rangup ni boleh disimpan lama di dalam bekas kedap udara ataupun balang. Kalau dah buntu nak makan lauk apa, tabur je menu ni atas nasi dah berselera makan.

 

IKAN BILIS RANGUP GORENG TEPUNG

Resipi Ikan Bilis Rangup Goreng Tepung Boleh Jadi Stok Snek Di Rumah

 

BAHAN-BAHAN:

Ads

Ikan bilis (siap dikopek)

Resipi Ikan Bilis Rangup Goreng Tepung Boleh Jadi Stok Snek Di Rumah

Tepung bestari spicy (sedikit)

Tepung beras atau tepung gandum (sedikit)

Ads

Air (sedikit)

 

CARA PENYEDIAAN:

  1. Basuh ikan bilis sekali lalu. Jangan sampai lembik sangat ikan bilis tu.
  2. Taburkan tepung bestari dan tepung beras.
  3. Gaulkan bagi tepung melekat. Kalau tak melekat, renjis menggunakan air sedikit
  4. Goreng minyak panas dan kalau rasa dah garing boleh angkat.
  5. Anda boleh lebihkan tepung beras atau tepung gandum dari tepung bestari untuk kurangkan rasa masin.

Kredit: Azdhahuda Aziz

Ads

SELAMAT MENCUBA!

 

Resipi Mudah Roti Sardin Gebu Dan Gerenti Menjadi

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Kek Mini Strawberry Oreo Cheese, Rasa Masam Manis Lemak Yang Sebati!

Resipi Lepat Liat Inti Kelapa, Tak Semua Orang Tahu Kesedapannya!

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI