Menurut empunya resipi, menu ni dipelajari dari orang Indonesia sendiri. Mesti padu. Bagi anda yang suka makan ikan bakar tu, boleh cuba resipi pes ni pulak. Selain cencaru, boleh juga aneka ikan lain yang menjadi kegemaran. Pasti layan! Tengok gambarnya pun dah rasa sedap. Jadi, bolehlah cuba masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
CENCARU BAKAR INDONESIA
BAHAN-BAHAN:
- 4 ekor ikan cencaru – belah macam dalam gambar
- 2 batang serai
- 1 inci halia
- 1 biji bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu makan biji ketumbar
- 8 biji cili padi – jika taknak pedas, kurangkan.
- 1 biji cili merah
- 7 sudu makan kicap lemak manis
- 2 sudu makan gula
- 1 biji buah keras
- Garam secukup rasa
- 1 biji limau kasturi @ nipis – ambil jus sahaja
CARA MEMASAK:
- Bersihkan ikan dan toskan airnya.
- Satukan semua bahan-bahan lain dan kisar hingga halus.
- Letak ikan atas pemanggang ( boleh guna kuali atau pembakar bbq) dan sapu rempah kisar tadi dengan secukupnya.
- Tutup ikan menggunakan penutup periuk supaya ia masak sekata. Jangan lupa untuk sapu rempah 2-3 kali pada ikan.
- Bila ikan kelihatan separuh masak, sapu lagi rempah. Kemudian biar sehingga ikan masak.
- Angkat dan sedia untuk dinikmati panas-panas.
Kredit resipi & foto: Cik Amy