Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap & Mudah

Share

Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni. Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum. Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya. Cubalah. Anda pasti suka akan rasanya.

 

CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL KESUM

YANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:

  • 15 ekor ikan cencaru – dibersihkan

BAHAN KISAR:

  • 7 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang holland
  • 4 ulas bawang putih
  • 1.5 inci belacan
  • 1 sudu makan asam jawa
  • 3 sudu teh garam
  • 2 inci manisan/gula melaka
  • Air secukupnya
  • 8 tangkai cili kering -rendam air panas terlebih dulu

BAHAN POTONG DADU:

  • 7 biji bawang merah
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 3 biji tomato
  • Daun kesum /pucuk midi – leraikan daun & tak perlu hiris

CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan, buang perut dan belah dua bahagian atas. Ketepikan.


2. Satukan bahan-bahan kisar dan kisar ikut tekstur yang disukai. Jika bahan kisaran terlalu cair, masukkan ke dalam kuali dan didihkan sehingga air berkurangan. Lebih sedap jika bahan-bahan tersebut ditumbuk.


3. Satukan bahan kisar bersama bahan potong dadu. Rasa masin dan manisnya supaya cukup rasa.


4. Ambil ikan dan sumbat sambal di bahagian perut terlebih dahulu. Kemudian isikan di bahagian tulang belakang. Perap ikan seketika.


5. Panaskan minyak masak dan goreng ikan hingga masak. Angkat, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.

TIP MASAK

1. Jika mahukan rasa sambal yang lebih sedap, tumbuk bahan kisar.
2. Daun kesum / pucuk midi boleh diabaikan. Tapi cubalah letak, rasanya memang sedap.
3. Jika kisar, jangan kisar semua tomato dan bawang. Separuh boleh dipotong dadu supaya bila makan, dapat rasa tekstur bawang dan tomato.
4. Ikan Cencaru Sumbat ini boleh digoreng dan juga dibakar.
5. Boleh ubah suai resipi ikut citarasa dan selera masing-masing.

 

Kredit resipi & foto: Eh Hidayah Ariffin

Published by
Nur