
Isi Kandungan
ToggleSelain Ayam Percik Kelantan, Ikan Kembong Percik Kelantan juga menjadi pilihan orang ramai untuk juadah berbuka. Cara penyediaan resipi Ikan Kembong Percik Kelantan ni sangat mudah dan tak jauh dari cara penyediaan Ayam Percik Kelantan sebab bahan yang digunakan untuk kuahnya sama sahaja yang bertukar hanya lauk.
IKAN KEMBONG PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan A: Perap Ikan

Bahan B: Bahan Kuah

Bahan C: Bahan Perasa
Cara penyediaan:
- Kisar bahan A, lumur pada ikan dan perap selama satu jam.
- Kisar bahan B dan masukkan dalam periuk.
- Masukkan santan pekat dan masukkan bahan perasa.
- Masak sampai mendidih dan pekat.
- Bakar ikan atau ayam sampai masak.
- Salut kuah percik pada ikan. Buat 4 kali salutan baru percik lagi bertambah sedap.
- Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan.
Kredit: Suhasnida Ismail
SELAMAT MENCUBA!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Sup Ikan Merah Paling Simple & Sedap

Sup Ikan jika kena gaya masak dan campuran rencahnya, memang sedap dan menyelerakan. Malah tidak hanyir. Biasa makan sup Ayam, Sup Daging dan ketam kan? Apa kata kali ini cuba resipi Sup Ikan Merah perkonsgian saudari Ainn Mustafar ni pula. Mudah je. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK SUP IKAN MERAH PALING SIMPLE & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2-3 keping isi ikan merah
1-2 biji bawang merah – hiris atau tumbuk – beli online disini
2-3 ulas bawang putih – hiris atau tumbuk – beli online disini
Halia secukupnya – hiris atau tumbuk
1 sudu makan rempah sup
1 batang serai – titik
Akar ketumbar
1 uncang sup bunjut
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Tomato
Batang Saderi
Daun sup/daun ketumbar/daun bawang
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan.
2. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis seketika.
3. Tambahkan serai, akar ketumbar dan juga sup bunjut. Masukkan air secukupnya.
4. Bila air mereneh, masukkan ikan.
5. Bila ikan sudah hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
6. Tambahkan juga tomato dan batang saderi. Masak seketika.
7. Tabur daun sup, daun ketumbar atau daun bawang ikut cita rasa. Sedia untuk dihidang.
NOTA: Jika suka boleh tambahkan asam keping atau asam limau.
Kredit resipi & foto: Ainn Mustafar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Koleksi Resipi Lauk Telur, Ayam & Daging Boleh Masak Sepanjang PKP
Cara Buat Kuih Tako Letak Sengkuang Cina Paling Senang & Sedap
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
3 Masakan Ringkas Dari Ikan Dori Yang Manis Dan Sedap.

Ikan dori sering dijual dalam bentuk ‘fillet’ isi ikan yang disejuk beku. Isinya manis dan lembut dan cepat masak. Sedap digoreng sebagai menu ‘fish and chips’ yang popular.
Ikan Dori memiliki banyak khasiat kesihatan. Manfaat paling terkenal adalah kandungan omega 3 nya yang dapat membuat otak manusia menjadi cerdas. Jom kita cuba dua menu ringkas dari ikan dori ni.
1. ISI IKAN DORI BERSOS LEMON
BAHAN-BAHAN :
- 3 keping fillet @isi ikan dory (150-200 gm tiap keping)
BAHAN SOS :
- 1/2 cawan minyak masak
- 2 biji bawang besar | dikisar
- 2 ulas bawang putih | dikisar
- 500 ml air
- 1 biji lemon | perah jus dan parut kulitnya
- 1 sudu makan tepung jagung | dibancuh sedikit air
- Beberapa titik jus pewarna kuning
- 1 biji cili benggala | dipotong kiub
- 2 biji tomato | dipotong kiub
- 1/2 biji nenas | dipotong dadu
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN SALUTAN ISI IKAN :
- 1/2 cawan tepung jagung
- 1 cawan tepung gandum
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1.Goreng dulu fillet ikan dori (disalut tepunghingga garing, ketepikan).
2.Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili benggala hingga naik bau.
3.Masukkan air, jus lemon dan parutan kulit lemon, kacau hingga rata.
4.Masukkan tomato dan nenas, perasakan dengan garam dan gula.
5.Curahkan sos di atas isi ikan dori yang digoreng tadi. Sedia dihidang.
Saiz hidangan : 4 orang
Masa memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Ikan lembut dan garing dengan rasa masam manis
INFO CHEF : Ikan dori biasanya dijual dalam bentuk sejuk beku. Biarkan ais mencair dahulu dan anda boleh membasuh dengan memasukkan sedikit cuka dan kemudian basuh dengan air seperti biasa. Perapkan sebentar dengan bawang putih dan lada hitam sebelum digolek ke dalam tepung.
2. STEM DORY FISH TOMATO SALSA WITH BROWN RICE
BAHAN-BAHAN :
Bahan untuk ikan :
- ½ ekor ikan dory
- 1 biji bawang Holland | dihiris
- ½ sudu kecil serbuk halia
- ½ biji lemon
- 1 sudu kecil daun ketumbar | dicincang
- Garam secukup rasa
Bahan untuk tomato salsa :
- 1 biji tomato | dipotong dadu
- 1 biji bawang besar | dipotong dadu
- ½ sudu kecil daun ketumbar | dicincang halus
- 1 ulas bawang putih | dicincang halus
- 1sudu makan jus limau
- ½ sudu teh lada hitam (hancur)
CARA MEMASAK :
1. Perapkan ikan dory bersama garam, serbuk halia, daun ketumbar,bawang Holland dan lemon
2. Kukuskan selama 15-20 minit
3. Sementara itu buat tomato salsa, campurkan kesemua bahan tomato salsa. Gaulkan bahan-bahan tomato salsa sehingga sebati
4. Selepas ikan siap dikukus, taburkan tomato salsa.
5. Hidang bersama nasi beras perang.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Kukus
Jenis masakan :Ikan kukus
Keistimewaan : Ikan dory yang manis dan tomato salsa menjadikan ia sajian lazat
3. DORY FISH AND CHIPS WITH YOGURT SAUCES
BAHAN -BAHAN :
- ¾ cawan serbuk roti
- 1 biji telur
- ½ cawan tepung gandum
- ½ sudu teh lada hitam
- ½ sudu teh lada putih
- 1 keping ikan dori
- 1 biji kentang
Bahan untuk membuat sos yogurt :
- 1/2 cawan yogurt
- ½ batang timun jeruk
CARA MEMASAK :
1. Campurkan lada hitam, lada putih ke dalam ikan dori. Kemudian salutkan sengan tepung, telur, dan serbuk roti.
2. Kemudian bakar bersama kentang selama 15 minit sehingga 20 minit dengan suhu 150°c
3. Sementara itu buat sos yogurt. Cincang timun jepun dan campurkan kesemua bahan dan gaul sehingga rata
4. Sajikan ikan dori bersama kentang bakar dan sos yogurt tadi.
Saiz hidangan : 1 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak :Bakar
Jenis masakan : Ikan
Keistimewaan : Ikan dori bakar yang manis dan rangup
Info Chef : Kalau tak nak salutkan dengan serbuk roti, anda boleh juga menyalut dengan oat sahaja. Oat mengandungi khasiat yang boleh membantu kawalan kolestrol.
Menu Air Tangan Datuk Mas Ermieyati Mudah & Cepat Siap Masak.

Ketika kami sampai ke kediaman Datuk Mas Ermieyati Samsudin, beliau sedang tangkas memasak di dapur. Aroma wangi dari dapur menusuk selera. Walaupun masakannya ringkas tetapi lauk pauknya memang sungguh sedap sekali dan sesuai dicuba untuk wanita yang sibuk berkerjaya.


Khas buat pembaca RASA, beliau berkongsi tiga resipi ‘favorite’ anak-anaknya iaitu Bawal Sweet Sour, Masak Lemak Putih Soo Hoon dan Ikan Bilis Goreng Cili Padi. Ringkas dan mudah tapi memang membuka selera. Jom cuba! Anda pasti sukakannya.
1. IKAN BAWAL MASAK SWEET SOUR

BAHAN-BAHAN :
- 2 ekor ikan bawal
- 2 sudu makan serbuk kunyit
- 1 biji bawang besar
- 7 ulas bawang putih
- 2.5 sm halia
- 1 sudu makan pes cili kering
- 2 biji tomato/dihiris bulat
- 3/4 cawan sos tomato
- 1/2 cawan sos cili
- 3 sudu makan sos tiram
- Gula dan garam secukupnya
BAHAN HIASAN:
- Sayur (lobak merah, kubis bunga dan brokoli)
- Saderi
- 2 biji lada benggala (merah dan kuning)/dipotong kiub
CARA MEMASAK :
1. Lumurkan serbuk kunyit dan garam secukupnya pada ikan bawal.
2. Pijarkan minyak di dalam kuali, dan goreng hingga garing. Ketepikan.
3. Kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia hingga kuning,masukkan pes cili kering.
4. Selepas itu masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, masukkan pula bawang besar, tomato ,brokoli dan lada benggala biarkan dua minit.
5. Tutup api dan tuangkan sos ke atas ikan. Hias dengan daun saderi.
INFO CHEF : Jika mahukan kelainan anda boleh menambah kiub nenas dan sedikit air nenas ke dalam lauk ini.
2. IKAN BILIS GORENG CILI PADI DAN BAWANG BESAR

BAHAN-BAHAN :
- 300gm ikan bilis
- 1 biji bawang besar /dihiris membulat
- 4 biji cili padi
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan.
2. Kemudian tumiskan bawang besar dan cili padi dan masukkan ikan bilis ke dalamnya.
3. Gaul rata dan boleh dihidangkan
INFO CHEF : Supaya ikan bilis kekal garing, tunggu bawang dan cili padi sejuk dahulu baharu dimasukkan ikan bilis
3. MASAK LEMAK PUTIH SOO HOON

BAHAN-BAHAN :
- 150gm fucuk/dikerat pendek
- 2 pek kecil soo hoon/direndam air
- 1 1/2 biji bawang besar/dihiris
- 7 ulas bawang putih/dihiris
- 1 1/2 liter santan cair
- 400ml pati santan
- 50gm atau segenggam udang kering/direndam dan ditumbuk kasar
- 30gm atau segenggam ikan bilis
- Garam dan gula secukup rasa
- Cili merah sebagai hiasan
CARA MEMASAK :
1. Panaskan sedikit minyak,di dalam periuk, masukkan bawang dan goreng hingga naik bau.
2. Kemudian masukkan ikan bilis dan udang kering, dan tumiskan sebentar.
3. Tuangkan santan cair dalam periuk dan masukkan fucuk hingga lembut
4. Kacau sekali sekala di atas api yang sederhana
5. Masukkan soo hoon, toskan airnya dan kemudian tuangkan pati santan.
6. Kacau perlahan, masukkan garam dan gula secukupnya dan pastikan ia dikacau selalu sehingga mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sebentar.
7. Hidangkan dengan hiasan cili merah jika anda mahukan ia sedikit pedas.
INFO CHEF : Masak lemak putih ini boleh juga dimasak tanpa menumis. Masukkan terus hirisan bawang, udang kering dan ikan bilis ke dalam santan cair dan kemudian baru dimasukkan bahan lain.Pilih fucuk yang berkedut untuk rasa yang lebih sedap.