Selain Ayam Percik Kelantan, Ikan Kembong Percik Kelantan juga menjadi pilihan orang ramai untuk juadah berbuka. Cara penyediaan resipi Ikan Kembong Percik Kelantan ni sangat mudah dan tak jauh dari cara penyediaan Ayam Percik Kelantan sebab bahan yang digunakan untuk kuahnya sama sahaja yang bertukar hanya lauk.
IKAN KEMBONG PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Bahan A: Perap Ikan
8 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 sudu makan cili kering kisar
2 inci kunyit hidup
Sedikit serbuk perasa/aji/pasti sedap
1 sudu makan garam
1/2 sudu makan jintan manis
Secubit belacan (optional)
Sedikit air untuk kisar
Bahan B: Bahan Kuah
8 biji bawang merah size 50sen
2 ulas bawang putih
Sehiris halia
1 sudu makan ketumbar biji (sangai) Secubit belacan
3 sudu makan cili kering
900ml santan pekat
2 hiris asam limau/asam keping
Bahan C: Bahan Perasa
2 sudu makan garam bukit
2 sudu makan gula pasir
2 sudu makan gula kabung thai
1 sudu teh serbuk perasa/aji/pasti sedap
Cara penyediaan:
- Kisar bahan A, lumur pada ikan dan perap selama satu jam.
- Kisar bahan B dan masukkan dalam periuk.
- Masukkan santan pekat dan masukkan bahan perasa.
- Masak sampai mendidih dan pekat.
- Bakar ikan atau ayam sampai masak.
- Salut kuah percik pada ikan. Buat 4 kali salutan baru percik lagi bertambah sedap.
- Kuah percik ni dapat untuk 5 ekor ikan.
Kredit: Suhasnida Ismail
SELAMAT MENCUBA!