Lauk ikan kembung masak lemak putih ini boleh dikatakan menu nostalgia. Mungkin terakhir kita menikmatinya sewaktu zaman kanak-kanak, dimasak oleh ibu atau nenek. Sekarang ia jarang sangat dihidangkan.
Ikan kembung masak lemak putih paling enak dimakan dengan sambal dan ulam. Tak perlu banyak lauk. Cara memasaknya sedikit berbeza dengan gulai lemak kuning tapi sangat mudah. Masak lemak ini menggunakan sedikit halba yang menaikkan aroma buat kita tak sabar nak makan. Lagi sedap jika menggunakan ikan segar, terasa manisnya.
Ikan kembung (disiang dan dibersihkan)
2 ulas bawang merah (dimayang)
1-2 indi halia (dimayang)
Sesudu halba
Lada/cili solok (belah separa putus)
2 keeping asam keping
500ml santan pekat
Garam, gula secukup rasa
1. Masukkan semua dalam periuk gunakan api sederhana.
2. Kacau sentiasa, jangan sampai pecah minyak.
3. Apabila kuah menggelegak, terus matikan api, sedia untuk dihidang
Selamat mencuba
Sumber: Haryanti Alias