Resipi ikan kembung masak lemak tumis halba ini antara masakan yang disediakan bila ada kenduri keluarga Syalfarina Razali.
Menurut beliau inilah cara ibunya menyediakan hidangan masak lemak. Rasanya memang istimewa kerana halba yang digunakan selain ikan yang terlebih dahulu disalai.
8 ekor ikan kembung -disiang dan dibasuh bersih
3 biji bawang merah saiz sederhana -ditumbuk
3 ulas bawang putih -ditumbuk
2 batang serai
1/2 sudu kecil halba
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu besar cili kisar
1 1/2 kotak kecil santan
3 keping asam keping
Kacang panjang -dipotong
Garam, gula dan perasa
1. Salai seketika ikan kembung atas api agar ada rasa ‘smoky’ Jangan lama sangat, asalkan tercabut sudah memadai. Boleh saja salai atas non stick pan.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masuk setengah halba, serai dan bahan tumbuk. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit (boleh juga gunakan kunyit hidup), diikuti cili kisar.
4. Masukkan 1 kotak kecil santan. Tambahkan air untuk kuah. Agak-agak jangan cair.
5. Apabila mendidih, masukkan asam keping, ikan dan setengah lagi santan kotak kecil. Masukkan kacang panjang sekali.
6. Kemudian tambah garam, gula dan perasa secukupnya. Kacau, kemudian boleh tutup api apabila santan terbit minyak.
Hidangkan lauk ini bersama sambal belacan dan nasi. Memang sedap, tak tipu!
Kredit resipi & foto: Syalfarina Razali
Baca Lagi: Resipi Ikan Kembung Masak Lemak Putih, Guna Ikan Segar Lagi Sedap. Terasa Manisnya