Ikan kembung percik adalah salah satu menu yang popular bila tibanya bulan puasa. Pergila ke mana-mana bazar sekalipun, pasti ada yang menjual hidangan ini. Namun jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun. Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak Ikan Kembung Percik untuk berbuka nanti? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.
CARA MASAK IKAN KEMBUNG PERCIK SEDAK DOOH
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung atau 1 1/2 ekor ayam saiz 2 kg – bersihkan
1. Kisar bahan A. Lumur pada ikan dan perap sejam. Jika menggunakan ayam, lumur bahan kisar pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan-bahan B yang perlu dikisar dan masukkan dalam periuk.
IKLAN
3. Tambahkan cili kering kisar.
4. Kemudian masukkan santan pekat, bahan perasa dan limau nipis dengan secukupnya.
5. Masak kuah percik sampai mendidih dan pekat. Ketepikan.
IKLAN
5. Cucuk lidi pada ikan supaya ikan tidak patah masa dibakar. Kepitkan guna pemanggang buluh yang dipanggil nama ‘pranggey’ . Kemudian bakar ikan atau ayam yang telah diperap tadi sampai masak.
6. Kemudian salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar sebentar. Ulang langkah salut dan bakar ini sebanyak 4 kali supaya rasa percik bertambah sedap.
Suka makan nasi bersama sambal tumbuk? Anda boleh cuba Sambal Kantan ni. Istimewanya sambal ni tak guna bunga kantan tau sebaliknya menggunakan rebung kantan. Wow..Mesti sedap & padu. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nur Aisyah ni. Nampak rare!
SAMBAL KANTAN
BAHAN-BAHAN:
2 pucuk rebung kantan
Cili kampung secukupnya – ikut kepedasan yang disukai
1 ulas bawang putih
3 biji limau Kasturi – ambil jusnya
Bilis goreng secukupnya – anggaran segenggam kecil
Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan cili kampung, bawang putih, rebung kantan, garam dan perasa. Tumbuk lumat.
2. Kemudian perahkan jus limau nipis. Gaul rata.
3. Masukkan ikan bilis goreng dan tumbuk hingga lumat sekali lagi.
Lagi dua hari dah pun Raya. Kalau korang masih fikir resipi lagi, ni dia dua idea lauk pauk raya untuk korang cuba. Ni resipi dari Datin Balqish Banu Mohd Hussni, isteri pengasas VAsia Cosmetic & Healthcare, Datuk Azril Mohd Radzi .
Best korang ringkas tapi sedap. Syawal ni tak payah masak rumit-rumit. Ni untuk makan anak beranak aje, ingat tau beraya di rumah aje. Sambil menjamu selera sekeluarga.
AYAM SAMBAL MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | potong 14 dan cuci bersih 5 sudu makan pes cili kering 2 sudu makan air asam jawa 1 biji bawang besar | hiris 1 sudu makan sos cili 1 sudu makan sos tomato 1sudu makan sos tiram Garam dan gula secukup rasa Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
1 biji bawang besar 6 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih 3cm halia
CARA MEMASAK:
Gaul rata ayam yang telah dibersihkan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ayam tetapi tidak terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
Tumis bahan kisar hingga wangi bersama hirisan bawang besar, kemudian masukkan pes cili kering, kacau rata hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan air asam jawa, sos cili, tomato dan tiram.
Kacau rata dan masukkan ayam, gaul rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa, dan timbul minyak, tutup api.
Ayam sambal sedia dihidangkan dengan nasi tomato
KURMA DAGING BERKENTANG
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | hiris nipis dan lebar 3 biji kentang | belah 4 4 sudu makan rempah kurma 1 sudu teh serbuk lada sulah 1sudu teh serbuk jintan manis 1 sudu teh serbuk jintan putih 1sudu makan serbuk ketumbar 1 liter santan 2 biji bawang besar | belah 6 2 biji tomato | belah 6 3 biji cili hijau | belah dua 3 sudu makan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya 1/2 cawan minyak masak
BAHAN REMPAH RATUS:
3cm kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 5 biji buah pelaga 5 kuntum bunga cengkih
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah 5 ulas bawang putih 4 biji buah keras 3cm halia 2 cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan rempah penumis dengan bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan campuran rempah kurma, serbuk ketumbar, lada sulah, jintan manis dan putih yang telah dibancuh dengan sedikit air.
Setelah tumisan rempah pecah minyak dan sedikit garing, masukkan daging. Kacau rata hingga daging kecut dan keluar airnya.
Jika daging agak keras, tambah air dan biarkan ia mereneh hingga daging empuk.
Seterusnya apabila air daging kering, tambahkan santan dan masukkan kentang.
Apabila kentang empuk, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, dan biarkan mereneh lebih kurang 2-3 minit.
Masukkan hirisan tomato dan bawang besar dan cili hijau.
Kacau seketika, tutup api dan kurma sedia dihidangkan.
Hidangan berasaskan mi atau pasta memang popular dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Tidak mengira bangsa makanan berasaskan mi mejadi sebahagian makanan rutin. Banyak pilihan mi yang kamu boleh pilih sekiranya tidak mahu menjamah nasi. Citarasawan berkongsi resipi dengan 6 jenis hidangan berasaskan mi dan pasta yang sedap dan boleh dijadikan idea sajian bersama keluarga.
1. ASAM LAKSA
BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa basah atau laksa kering | direbus dahulu
1 kg ikan kembung atau sardin
2 liter air
4 keping asam gelugor
2 sudu besar asam jawa tambah 1 cawan air
2 batang serai | di ketuk
5 tangkai daun kesum
2 bunga kantan | belah 2
Garam secukup rasa
PES – KISAR HALUS:
6 tangkai cili kering | rendam dan kisar halus
1 in lengkuas
1 batang serai | ambil bahagian putih
1/2 inci kunyit
6 ulas bawang merah
1 inci belacan
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
6 tangkai daun pudina
1/2 biji nanas | dihiris
2 biji cili merah |dihiris
1 biji timun | dihiris
1 labu bawang besar | hiris halus
1 bunga kantan | hiris halus
4-5 biji limau kasturi | belah 2
2@3 sudu besar petis udang
CARA MEMASAK:
Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.Asingkan ikan dan siat-siatkan isinya.
Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
Masukkan pes kisar halus, daun kesum, jus asam jawa, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit. Tambah air jika kuah pekat.
Masukkan isi ikan dan biar mereneh selama 15 minit lagi.
Perasakan dengan garam secukupnya.
Hidang bersama bahan-bahan sampingannya dan petis udang.
Telur rebus jika suka
2. LAKSA LEMAK SIAM / THAI LAKSA
BAHAN-BAHAN:
1 kg laksa halus atau 1 paket laksa kering | rebus dan toskan
5 ekor ikan sardin / kembung /selar | rebus, asingkan isi dan kisar halus
5 cawan santan cair
3 cawan santan pekat
5 helai daun limau purut | di carik-carik
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering | buang biji, rendam dulu
5 tangkai cili padi | buang biji
1 sudu teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
1 inci halia
2 batang serai | ambil bahagian putihnya
3 biji buah keras
BAHAN ULAM – HIRIS:
Kacang panjang
Timun
Kobis / Daun Salad
Daun Selasih
Limau Kasturi
Bunga Kantan
Telur Rebus jika suka
CARA MEMASAK:
Rebus ikan dengan sedikit air dan asam gelugor. Asingkan isinya. Simpan air rebusan dan asam gelugor.
Kemudian kisar isi ikan dengan air rebusan dan 1/2 dari santan cair hingga halus. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan baki santan cair dan isi ikan kisar dan masak hingga mendidih.
Masukkan daun limau purut, asam gelugor biar mendidih seketika.
Kemudian tambahkan santan pekat, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Rasa masin, manis, lemak dan pedas.
Reneh selama 30 minit, tutup api dan kacau sehingga wap hilang.
Masukkan laksa ke dalam mangkuk dan hidang bersama kuah dan ulam.
3. SEAFOOD SPAGETTHI
BAHAN-BAHAN:
1/2 paket spagetthi
1 cawan udang
sedikit garam dan serbuk lada hitam
Minyak zaitun
2 ulas bawang putih | cincang halus
4 hiris halia | hiris halus
2 tangkai cili hijau | buang biji potong dadu
1 1/2 cawan kepah
1 1/2 cawan tomato ceri | belah 2
4 batang crabstik | potong pendek
1 cawan stock ayam atau | 1 cawan air dan 1 sudu makan stok pekat ayam
1 biji limau nipis
Daun ketumbar
CARA MEMASAK:
Gaul udang bersama sedikit garam, serbuk lada hitam dan sedikit minyak zaitun.
Perap sebentar kemudian goreng dengan sedikit minyak hingga udang kemerahan.
Angkat dan ketepikan dulu,
Rebus spagetthi dengan sedikit minyak hingga lembut.
Angkat dan toskan, gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak zaitun, tumis bawang putih, halia dan cili hijau sebentar.
Tambahkan tomato, stock ayam, garam, serbuk lada putih, lada hitam dan kepah.
Tutup kuali dengan penutup dan masak sebentar.
Masukkan crabstick, jus limau nipis dan parutan kulit limau. Gaul rata.
Akhir sekali masukkan spagetthi dan gaul rata.
Hidang di dalam pinggan dengan taburan daun ketumbar.
4. GRILL KWAY TEOW DAGING
BAHAN-BAHAN:
1 bungkus kway teow | cuci dan toskan
1 cawan taugeh
3 tangkai daun kuchai | potong 1 inci
1 biji telur
100gm daging lembu
1/2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu besar minyak masak
Bahan Perasa
3 ulas bawang putih | di cincang
3 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 1/2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap seasoning
CARA MEMASAK:
Daging di hiris nipis, gaul bersama tepung jagung hingga rata.
Masukkan lada putih, kicap cair dan minyak, gaul hingga sebati. Perap sebentar.
Panaskan kuali, masukkan minyak dan tumis bawang putih hingga perang.
Masukkan daging perap dan masak hingga daging berubah warna.
Masukkan kway teow, masak dengan api besar hingga kway teow menjadi mengerutu dan terbakar.
Kemudian masukkan semua bahan-bahan perasa dan gaul rata.
Kosongkan tengah kuali, pecahkan telur dan tutup dengan kway teow.
Biarkan sebentar sehingga telur masak.
Kemudian gaulkan telur bersama kway teow hingga rata.
Letak taugeh dan daun kuchai, kacau sebentar dan angkat.
Hidang bersama jeruk cili hijau.
5. MEE KARI PENANG
BAHAN-BAHAN:
2 paket mee kuning
1 cawan taugeh
2 keping paha ayam | potong sedang
10 ekor udang
3 tangkai kacang panjang | potong pendek
8 biji tauhu pok
1 liter air
1 cawan santan pekat
CARA MEMASAK:
Didihkan air di dalam periuk, celur kacang panjang sebentar.
Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan
Kemudian celur tauhu pok sebentar untuk membuang minyaknya.
Angkat dan siram air sejuk. Tekan atau ramas hingga airnya kering.
Potong 2 dan ketepikan.
Didihkan 1 liter air, masukkan ayam dan masak sebentar.
Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan.
Dalam air rebusan yang sama, masukkan udang, celur sebentar.
Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Toskan.
Simpan air rebusan tadi untuk membuat kuah kari.
BAHAN PES KARI:
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
4 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula batu kecil
1/3 cawan serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk pati ayam
1/2 cawan minyak untuk menumis
PENYEDIAAN PES KARI:
Kisar halia, lengkuas, serai, bawang dan buah keras hingga halus.
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan rempah kari dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
Setelah siap, angkat dan ketepikan 2 sudu besar untuk tumisan ayam.
Bakinya akan di masukkan ke dalam kuah.
BAHAN AYAM TUMIS:
2 sudu besar pes kari yang di ketepikan
Potongan ayam yang di celur
1 sudu kecil serbuk pati ayam
sedikit minyak untuk menumis
PENYEDIAAN AYAM TUMIS:
Panaskan minyak, masukkan pes kari, masak dengan api kecil.
Masukkan ayam dan kacang panjang. Gaul rata.
Tambah serbuk pati ayam dan kacau rata.
Angkat dan ketepikan.
BAHAN SAMBAL CILI :
6 ulas bawang merah
3 sudu besar udang kering, rendam dan tos
1 sudu kecil belacan
1/2 cawan cili kering kisar
2 batang serai, ketuk
1 sudu kecil gula batu
PENYEDIAAN SAMBAL CILI:
Kisar bawang, udang kering dan belacan hingga halus.
Panaskan sedikit minyak, tumis serai hingga naik bau.
Masukkan bahan kisar dan tumis hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
Akhir sekali, tambahkan sedikit gula batu dan masak hingga gula hancur.
PENYEDIAAN KUAH KARI:
Masukkan pes kari ke dalam air rebusan tadi.
Bila mendidih, masukkan gula batu, garam dan serbuk pati ayam secukupnya.
Akhir sekali masukkan santan.
Setelah mendidih, masukkan tauhu pok.
Untuk hidangan, masukkan mee dan taugeh yang di celur ke dalam mangkuk.
Tambahkan kuah dan hidang bersama ayam tumis, udang dan sambal cili.
6. MEE KUAH ROJAK
BAHAN-BAHAN:
5 biji keledek oren
3 keping kecil gula Thai atau gula melaka
2 sudu kecil garam
8 tangkai cili kering | rendam dan kisar
1 mangkuk air asam jawa
CARA MEMASAK:
Keledek di rebus hingga empuk, buang kulit dan kisar dengan 1 1/2 cawan air hingga halus.
Cili kisar, air asam jawa dan gula melaka di masak hingga mendidih.
Bila gula larut, masukkan keledek kisar, jika pekat tambahkan sedikit air, masukkan garam dan reneh hingga kuah hampir pekat. Kuah tidak terlalu cair atau pekat dan rasanya pedas manis.
BAHAN-BAHAN:
1 kg mee kuning | cuci dan celur sebentar, toskan
2 keping tauhu | goreng, potong dadu
4 biji telur rebus | di belah 4
2 biji ubi kentang rebus | potong dadu
Taugeh | celur sebentar
Timun | hiris halus
Daun salad | hiris halus
Cucur Udang | potong kecil**
CUCUR UDANG KERAS**
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1/2 cawan isi udang cincang
Sedikit serbuk kunyit
1 ikat daun kucai atau daun bawang | potong
3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
Gaulkan kesemua bahan, masukkan air sedikit-sedikit dan gaul rata dan adunan tidak terlalu lembik.
Goreng hingga keperangan. Potong kecil dan hidang bersama mee dan bahan-bahan lain.
Bubur lambuk begitu sinonim dengan bulan Ramadan sebagai kelaziman untuk dinikmati sekurang-kurangnya sekali pada setiap Ramadan.Malah, ia menjadi lambang perpaduan dan kesatuan bagi penganut...