Hidangan Ikan Siakap 3 Rasa ni memang digemari ramai. Jika makan di restoran harganya boleh mencecah RM30 keatas untuk seekor ikan yang siap dimasak. Jika buat sendiri, seekor ikan siakap saiz sederhana harga seekor tak sampai pun RM10. Jadi, apa kata anda masak je sendiri guna resipi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi. Sama sedap macam hidangan restoran dan paling penting, dijamin halal dan jimat belanja! Selamat mencuba.
CARA MASAK SIAKAP 3 RASA
ALA RESTORAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap – belah dan bersihkan
2 hiris halia – tumbuk
3 ulas bawang putih – tumbuk
1/2 sudu teh garam
3/4 sudu makan tepung jagung – beli online disini
1 1/2 senduk cili kering kisar – beli online disini
1/2 senduk sos cili – beli online disini
1 sudu makan sos tiram – beli online disini
3/4 gelas air asam jawa ( secubit asam jawa + ¾ gelas air)
1 3/4 sudu makan gula
3/4 sudu teh garam
1/2 sudu makan perencah Hilal – jika ada
BAHAN POTONG:
1/2 biji bawang merah- dadu
1/2 biji bawang Holland- dadu
2 ulas bawang putih – dadu
2 helai daun limau purut
2 hiris halia- hiris memanjang
3 tangkai cili padi merah
1 tangkai cili besar hijau
1 batang serai- hiris serong
1 hiris nanas- hiris dadu
BAHAN KISAR:
1/2 biji bawang merah
1/4 biji bawang Holland
1 ulas bawang putih
1/4 sudu teh ketumbar& jintan putih
2 hiris (nipis) serai
1/4 hiris (nipis) halia
CARA MEMASAK:
1. Perapkan ikan dengan bahan-bahan tumbuk ( halia & bawang putih) dan garam. Biarkan selama 1/2 jam.
2. Kemudian tabur tepung jagung dan lumurkan di seluruh ikan supaya rata. Ia bertujuan untuk elak isi ikan melekat dan isinya jadi rangup.
3. Panaskan minyak dengan banyak dan goreng ikan hingga garing. Letak atas pinggan hidangan.
Ads
4. Dengan guna lebihan minyak goreng ikan tadi, masukkan bahan-bahan hiris kecuali cili dan nanas.
5. Kemudian masukkan 1 senduk bahan kisar. Tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
6. Masukkan juga cili kering kisar. Tutup kuali seketika sehingga kauh menjadi pecah minyak.
7. Tambahkan sos cili, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sekata dengan api perlahan.
8. Perasakan dengan gula, garam dan perasa. Boleh sesuaikan rasa ikut citarasa.
9. Akhir sekali, masukkan potongan nanas dan juga cili padi potong ( jika suka). Kacau rata.
10. Tuang sos ke atas ikan dan hias ikut kreativiti anda. Sedia untuk dinikmati.
Siapa orang Jawa mesti tau apa nama masakan ni masakan mak memang champion lah.Masak ni boleh guna apa saja jenis ikan tapi yang lebih sedap kalau guna ikan keli.Kombinasi yang sangat padu. Biasanya kalau pergi kenduri kahwin orang Jawa, memang mereka jamu lauk ini.Memang sedap giler. Jom cuba buat ikut resipi ni.
IKAN SIAKAP MASAK PECAL
Bahan-bahan:
Ikan siakap – dibakar terlebih dahulu. kalau nak goreng pun boleh. Saya goreng je, sebab malas bakar.
(saya tukar ikan siakap sebab tak makan ikan keli
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
8 tangkai cili padi -BELI ONLINE DI SINI
5 atau 6 biji cekur – cekur saya guna saiznya agak kecil
sedikit kunyit hidup -BELI ONLINE DI SINI
santan
4-5 helai daun limau purut
10 helai daun cekur – dihiris halus
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak :
1.Ketepikan dahulu ikan siakap yang telah dibakar/digoreng tadi.
2.Tumbuk halus bawang merah, bawang putih, cili padi, cekur dan kunyit hidup.
3.Didihkan sedikit air dalam periuk, dan masukkan bahan yang ditumbuk. Rebus sehingga naik bau.
4.Bila dah agak mendidih, masukkan santan dan daun limau purut.
5.Kemudian masukkan ikan siakap tadi.
6.Akhir sekali masukkan hirisan daun cekur dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
Selamat mencuba.
Kredit : Norsaadah Salim
#mahn
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH BELI DI SINI.
Bagi yang ada anak kecil, pasti anda seronok menyediakan pelbagai jenis sajian berkhasiat untuk mereka. Namun, makanan untuk si kecil tidak seperti orang dewasa. Sajian mereka mestilah kurang garam, gula dan minyak. Oleh itu, untuk memberikan sedikit rasa pada sajian si manja, anda boleh hasilkan serbuk pati ikan bilis secara homemade. Jom lihat cara-caranya yang dikongsi dari blog lobaksusue.blogspot.my ini.
SERBUK PATI IKAN BILIS HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis secukupnya | dibersihkan dan dibuang tulang
CARA-CARA:
Rendam ikan bilis di dalam air selama 4 jam. Ia bertujuan untuk menghilangkan rasa masin.
2. Toskan air dan sejatkan.
3. Sangai ikan bilis di dalam kuali sehingga garing.
4. Kisar ikan bilis sangai tadi menggunakan mesin kisar hingga halus.
5. Simpan dalam bekas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sesuai dijadikan bahan perasa untuk makanan bayi anda seperti bubur dan sup.
Lidah Melayu kadangkala kalau tak pedas, tak lalu nak makan. Bila ada rasa pedas, barulah datang selera tu. Nah, kalai ni RASA kongsikan resipi ikan cencaru. Hidangan ni dimasak pedas dengan gabungan cili merah dan cili hijau. Siap ada perahan jus limau kasturi dan belacan. Terbayang rasa sedapnya kan? Jom cuba.
CENCARU SUMBAT PEDAS
.
BAHAN-BAHAN
• 20 biji cili merah + hijau
• 3 labu bawang besar (1 biji dibelah empat dan dikisar), (2 biji dihiris bulat)
• 3 biji tomato
• 6 biji bawang putih
• Belacan
• Sedikit air
• 1 biji air perahan limau kasturi
• Garam, gula secukup rasa
• Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT
1. Siang ikan cencaru dan belah belakang. Ketepikan.
2. Cili merah, cili hijau, bawang besar, tomato, bawang putih dan belacan bersama sedikit air dikisar sedikit hancur.
3. Kalau suka masam tambahkan air perahanan limau kasturi.
4. Tambah perisa garam dan gula.
5. Masukan bawang besar yang dihiris bulat. Kacau sebati.
6. Sumbat ke dalam ikan cencaru yang dilumur dengan sedikit garam. Biarkan dalam 25 minit.
7. Siap sedia untuk goreng.
8. Pastikan goreng dengan menggunakan minyak masak yang banyak dan api perlahan.
9. Pastikan ikan betul-betul masak baru terbalikkan.
10. Lebihan bahan kisar tadi boleh dicurahkan pada ikan. Nak pekat boleh panaskan seketika.