Menu ikan masak pedas atau ikan sambal memang kegemaran ramai, tapi kalau dah biasa buat resipi yang sama bosan juga. Apa kata tukar cara buat ikan sambal yang biasa kepada ikan masak pedas ala Thai.
Ikan ini sambalnya tak mengguna bawang merah dan ada rasa serai dan limau purut, memang sedap. Guna ikan kembung saja pun. Jika nak cuba, boleh ikut perkongsian Muza Muzawati.
Bahan-bahan
Ikan kembung – gaul dengan garam dan kunyit dan goreng
Daun limau purut -dihiris
Bawang holland -dihiris
Bahan kisar
Cili merah
Cili hijau
Cili padi merah
Cili padi hijau
3 batang serai
6 ulas bawang putih
Bahan sos
Sos ikan
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Gula
Air secukupnya
Cara membuat
1. Panaskan minyak, tumis, bahan kisar sampai pecah minyak.
2. Kemudian masukkan semua sos dan gaul rata. Tak perlu tambah garam kerana sos dah masin.
3. Masukkan sedikit air untuk kuahnya. Agak-agak saja. Biarkan mendidih.
4. Akhir sekali masukkan hirisan daun limau purut, bawang holland dan ikan goreng. Gaul rata, siap!
INFO: Sambal ini tak gunakan bawang merah kisar macam ikan sambal yang biasa kita buat. Hanya bawang putih saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Muza Muzawati