Resipi Ikan Merah Masak Cuka Versi Simple. Kuah Masam, Rasa Sedap

Share

Enaknya menu Ikan Merah Masak Cuka ni. Salah satu resipi lauk yang sangat mudah disediakan dan tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Walaupun ringkas begini, rasanya memang sangat sedap dan membuka selera. Rasa masam-masam cuka, menaikkan lagi selera makan. Nikmat tak terkata. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Anda pasti puas hati.

 

CARA MEMASAK IKAN MERAH MASAK CUKA YANG SIMPLE & SEDAP

BAHAN-BAHAN:
1kg potongan ikan merah


3-4 sudu besar cuka masakan – beli online disini
10 biji cili padi merah (jangan diketuk)
½ biji timun – dipotong
1 biji tomato – belah 6
1 sudu besar biji sawi – beli online disini
1 biji bawang besar – dipotong bulat
3 ulas bawang putih – dihiris
2cm halia – dihiris
1 batang serai – diketuk
1/2 sudu teh garam
400-500ml air
1 sudu serbuk perasa
1/4 sudu teh serbuk kunyit – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Ikan dicuci bersih dan direndam sebentar bersama air garam. Bilas dan lumur bersama garam serta serbuk kunyit sebelum digoreng.
2. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan biji sawi. Biarkan biji sawi meletup letup sebentar.


3. Masukkan hirisan halia, bawang putih dan serai. Masak sehingga sedikit keperangan dan naik bau.


4. Seterusnya masukkan bawang merah dan cili padi merah.


5. Masukkan cuka, air, serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa. Rasa terlebih dahulu supaya dapat rasa yang anda mahukan.


6. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng, hirisan timun dan juga tomato. Biarkan ianya masak dan mereneh seketika. Padamkan api.


7. Ikan Merah Masak Cuka siap untuk dihidang. Enak dimakan bersama nasi.

Kredit resipi & foto: Nurul Ateekah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur