Terus rasa lapar tengok pari bakar. Resipi ikan pari bakar bersambal ini bukan sahaja sesuai untuk hidangan makan tengahari tetapi juga boleh jer di buat untuk makan malam. Kak M kongsikan resepi ikan pari bakar bersambal yang sedap dan mudah untuk dibuat. Makan pulak dengan sambal kicap cili api dan nasi panas. Selamat mencuba!
RESIPI IKAN PARI BAKAR BERSAMBAL
BAHAN-BAHAN:
2 potong isi ikan pari sederhana besar dilumur garam
4 biji bawang merah dikisar
3 biji bawang putih dikisar
1/2 inci lengkuas
3 batang serai dikisar
3 sudu besar cili kering kisar
Sikit air asam jawa
Gula melaka
Garam bukit
4 helai daun limau purut dihiris halus.
Daun pisang atau daun kunyit
Ads
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan pari dengan limau nipis dan garam. Perapkan sekejap untuk bagi hilang hanyir.
2. Blendkan cili kering kisar, bawang merah, bawang putih, lengkuas, dan air asam jawa.
3. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan kisar tadi sampai naik minyak.
4. Gaul rata rata masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
5. Bila dah garing , angkat dan ketepikan.
6. Alas daun pisang atau daun kunyit atas aluminium foil . Letak ikan pastu letakkan sambal atas dan seluruh ikan . Last tabur daun limau purut yang di hiris halus.
7. Lepas tu bakar ikan sampai masak. Kak M masak masak ikan dalam magic pan aje. Senang dan cepat!
8. Masak lebih kurang dalam 30 minit dalam magic pan.
9. Dah siap…boleh hidang dah!
Ads
TIPS : Selalunya kalau beli ikan pari, kak M akan cium dulu, kalau baunya tak ok dan hancing, kak M tak beli, sebab nanti akan rosakkan rasa masakan.
Jika dihidangkan mi kari pasti ramai yang menyukainya. Ada pelbagai versi memasak mi kari ni. Kalau orang Perak mesti tahu beza rasa dan cara masak Mi Kari Ipoh.Kuahnya tak sama macam mi kari yang biasa dijual di kedai. Kuahnya guna ikan bilis tamban.Rasanya pun manis bilis dan ringan-ringan je. Sedap dan tak muak rasanya. Jika ingin mencuba, dikongsikan resepi Cikgu Liza.
Kuah Mi Kari Ipoh Cikgu Liza
Bahan-bahan:
200gm ikan bilis tamban kering (rebus dengan 3 liter air.Toskan.Simpan air rebusan ikannya dikisar halus)
8 sudu makan rempah kari daging
*3 biji bawang besar
*6 ulas bawang putih
5-6 sudu makan cili kering kisar
3 batang serai dititik
2 batang akar daun sup diketuk
3 tangkai daun kari
1 ketul kiub ikan bilis(optional)
500gm santan
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
500gm tauhu pong dipotong 4
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Kisar bahan bertanda (*).
2.Tumis bahan kisar,kayu manis,bunga lawang,pelaga,serai dan daun kari hingga naik bau.
3.Masukkan cili kisar dan tumis hingga sedikit garing.
4.Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.
5.Masukkan ikan tamban kisar.Kacau rata.
6.Kemudian masukkan air rebusan,akar daun sup dan kiub ikan bilis. Rebus seketika hingga sedikit didih.
7.Masukkan santan dan tauhu pong.Kacau rata dan sebati.
8.Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.Biarkan mendidih.
9.Sedia dihidangkan dengan mi kuning,kuetiau atau bihun bersama bebola ikan,kek ikan,taugeh,daun sup dan daun bawang.
Punten adalah sejenis makanan tradisi dan popular di kalangan masyarakat keturunan Jawa. Malah sajian ini juga tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu. Rupanya seakan-akan nasi impit namun sedikit berbeza rasanya lebih berlemak kerana nasi dimasak bersama santan. Punten biasanya dinikmati bersama sambal cili padi dan bawang di waktu pagi dan petang. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Mawar Alina ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
1.Beras dibasuh bersih. Rendam semalaman untuk jimatkan masa memasak. Kalau tidak sempat, rendam 4 ke 5 jam pun sudah cukup.
2.Campur semua bahan-bahan diatas. Masak seperti masak nasi biasa.
3.Sesekali kacau nasi agar ianya masak rata.
4.Bila siap ditanak, tumbuk nasi guna cawan atau anak lesung yang dibungkus dengan plastik. Caranya lebih kurang macam buat Nasi Impit cara traditional.
5.Bila sudah siap tumbuk, ambil nasi dan kepal membentuk seperti dalam gambar. Boleh bat depan kipas untuk redakan kepanasan. Jangan lupa pakai sarung tangan juga.
6.Punten telah siap disedikan. Boleh dinikmati bersama Sambal Hijau atau Sambal Tumis.
NOTA: Untuk sukatan 1:3 ni, tekstur punten jadi sedang elok. Tak keras dan tak lembik sangat. Lembut jer walaupun sudah sejuk. Sukatan ini boleh dapat lebih kurang 25 biji bergantung saiz yang anda buat.
1.Panaskan minyak. Kuantitinya agak-agak dengan banyak mana sambal yang anda nak masak.
2.Tumiskan segenggam ikan bilis sampai garing.
3.Masukkan bawang besar yang dihiris. Tumiskan hingga wangi dan bawang layu.
4.Masukkan pula cili padi dan belacan yang telah dikisar.
5.Tumis reneh bahan-bahan ini hingga cili berubah warna gelap. Ini tips penting untuk mengelakkan sambal rasa pahit. Perubahan warna menandakan cili dah agak masak.
6.Masukkan bawang putih, bawang merah ros, udang kering dan ikan bilis yang telah dikisar. Tumiskan lagi sampai semua nampak masak sebati.
7.Masukkan gula perang secukupnya. Kalau tiada, boleh gantikan dengan gula putih. Biarkan gula berkaramel, baru kacau lagi.
8.Masukkan pula asam jawa. Agak-agak untuk seimbangkan rasa pedas tu. 9.Boleh masukkan sedikit air. Boleh juga tambahkan perasa tambahan.
10.Renehkan sambal sampai cukup masak. Tambahkan garam di akhir masakkan. Siap dan bolehlah dihidang bersama Punten tadi.
Jika tiba musim buah kuini, mulalah terasa nak buat sambal belacan kuini. Memang sedap rasanya. Bau buah kuini itu sendiri dah menyengat. Buat pula sambal belacan. Padu betul makan dengan nasi putih dan ikan goreng.
Bagi yang tak pernah mencuba sambal belacan kuini, bolehlah mencuba resipi perkongsian daripada Siti Syuhaida Ramli ini. Memang padu! Nak kena cari buah kuini ni. Tak sabar nak buat.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!