Resipi pes ikan bakar yang sedap dan mudah disediakan. Boleh cuba untuk buka puasa.

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 30 biji lada kering direbus
  • 3 batang serai
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lengkuas
  • 1 sudu kecil belacan
  • Limau kasturi
  • Sedikit asam jawa
  • Ikan pari
  • Daun pisang
  • 3 sudu teh gula
  • 2 sudu teh gula merah
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Masukkan lada kering, serai, bawang merah dan bawang putih ke dalam blender.
  2. Masukkan lengkuas, belacan dan sedikit air asam jawa.
  3. Perasakan dengan garam, gula dan gula merah.
  4. Blend semua bahan tadi. Gunakan air sedikit sahaja untuk memudahkan bahan sebati.Pastikan pes pekat.
  5. Letakkan sedikit minyak di dalam kuali. Letak daun pisang.
  6. Letak ikan dan ratakan pes sebelah belakang ikan. Ratakan pes pada ikan dan terbalikkan.
  7. Potong limau kasturi dan letakkan atas ikan. Tak perlu perah.
  8. Tutup ikan. Gunakann api kecil sahaja. Ikan tak perlu dibalik balik.
  9. Masak dalam 15 hingga 20 minit. Perah limau semasa nak makan. Limau kasturi untuk memberi aroma dan hilangkan bau hanyir ikan.

 

IKLAN

Kredit gambar & resipi: FB Rafiza Idayu

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI