Bila sebut pasal ikan patin, pastinya terbayang keenakan sajian Patin Tempoyak yang menjadi ‘signature’ orang Pahang terutamanya di daerah Temerloh. Tapi jangan tak tahu, ikan patin segar ni macam-macam lagi kita boleh masak. Salah satu resipi yang sedap giler adalah masak sambal cili padi. Fuhhh…memang mengancam habis! Memang wajib cuba.
IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam galus
2 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan air asam Jawa
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
3 batang serai | hiris halus
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
Ads
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
2 biji cili merah
Ads
CARA MEMASAK:
Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
Gaul rata dan tutup api.
Sambal ikan patin sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Ikan ditaburkan dengan tepung gandum bertujuan untuk menjadikan ikan tidak melekat dan mudah garing bila digoreng.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Wujud tak orang yang takda selera makan kalau takda budu? Mesti wujud kan! Budu ni bukan sahaja terkenal di Pantai Timur, malah restoran-restoran di Kuala Lumpur mahupun di mana-mana sahaja terdapat budu dalam hidangan masakan yang pelbagai. Jom kita cuba resipi-resipi masakan budu ni!
BUDU GORENG
BAHAN-BAHAN
6 batang serai**
10-12 ulas bawang merah*
5-6 ulas bawang putih*
2 inci halia**
20-30 tangkai cili*
4 botol budu
8 biji telur
4-5 biji asam limau nipis (perah airnya)
2 cawan minyak untuk menumis
*Tumbuk lumat serai dan halia dan tumbuk manja bahan-bahan lain yang bertanda (*).
CARA PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Bila dah betul-betul panas, masukkan bahan yang ditumbuk tadi.
Tumis bahan-bahan tadi sehingga betul-betul masak untuk bagi tahan lama.
Masukkan budu. Tuang semua. Masukkan air. Isi penuh semua botol budu dengan air dan tuang dalam kuali tumis tadi. Langkah ini akan kurangkan rasa masin budu.
Kacau sehingga mendidih.
Pecahkan telur dan kacau sehingga nampak telur jadi seperti ‘scramble egg’.
Jika puan-puan menggunakan perasa tambahan (ajinomoto), boleh masukkannya ketika ini.
Masak lagi sehingga mendidih dan warnanya menjadi lebih gelap.
Masukkan air perahan asam limau nipis dan kacau rata.
INFO: Budu goreng boleh disimpan selama seminggu hingga dua minggu pada suhu bilik. Untuk bagi tahan lebih lama, boleh disImpan di dalam peti. Budu goreng sedap dimakan dengan nasi putih panas, berserta dengan lauk lain atau ulam-ulaman.
Nasi putih panas + budu goreng + ikan rebus goreng = perfect!
3 biji kelapa – perah untuk dapatkan pati santan (pekat)
1 ikat daun kesum
6 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
100 gm terung pipit
2 ikat pucuk ubi
20 tangkai cili padi – boleh kurangkan @ tambah
2 botol budu
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 batang serai
3 keping asam keping – boleh juga digantikan dengan belimbing buluh
CARA PENYEDIAAN
Bawang besar, bawang putih, kunyit, cili padi dikisar halus.
Semua daun dihiris-hiris (jangan terlalu halus)
Serai dihiris tipis-tipis.
Pucuk ubi yang dah dihiris tadi ramas-ramaskan ia kemudian cuci dan toskannya (nak keluarkan getahnya)
Pucuk mengkudu pula lepas dihiris masak sekejap untuk mengurangkan kadar kepahitannya. Kemudian tos.
Masukkan semua bahan yang dihiris tadi, terung, serai, asam keping, santan dan budu dalam periuk, kemudian masak sehingga mendidih dan kuahnya agak pekat tapi kalau nak banyak kuah boleh lebihkan santan cair.
Bila sudah masak bolehlah diangkat dan dihidang dengan nasi panas.
INFO: Budu tidak perlu diisi hingga habis 2 botol, rasa dulu ya..
Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga pecah minyak, masukkan budu dan sesuaikan rasa.
atau
Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan santan, serai, daun limau purut, kemudian didihkan. Masukkan budu serta perasakan dengan garam (jika kurang masin), gula dan asam.
Sedapnya lauk Ikan Percik kuah macm ni. Ramai yang tak berani nak masak kerana bimbang tidak menjadi. Janganlah risau, jika nak masak sendiri di rumah, tidak susah pun. Malah lagi puas hati. Kalau makan bersama nasi kerabu, memang nikmat. Nak cuba masak ? Jom lihat resipi yang dikongsi oleh saudari Suhasnida Ismail. Istimewa resipi ini dimasak menggunakan cara tradisional macam orang kampung. Nanti bolehlah cuba. Kalau guna ayam pun boleh.
RESIPI IKAN KEMBUNG PERCIK SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
5 ekor ikan kembung atau 1 1/2 ekor ayam saiz 2 kg – bersihkan
1. Kisar bahan A. Lumur pada ikan dan perap sejam. Jika menggunakan ayam, lumur bahan kisar pada ayam dan rebus sekejap ayam di atas dapur dengan sedikit santan sehingga separuh masak. Ketepikan.
2. Kisar bahan-bahan B yang perlu dikisar dan masukkan dalam periuk.
3. Tambahkan cili kering kisar.
4. Kemudian masukkan santan pekat, bahan perasa dan limau nipis dengan secukupnya.
5. Masak kuah percik sampai mendidih dan pekat. Ketepikan.
5. Cucuk lidi pada ikan supaya ikan tidak patah masa dibakar. Kepitkan guna pemanggang buluh yang dipanggil nama ‘pranggey’ . Kemudian bakar ikan atau ayam yang telah diperap tadi sampai masak.
6. Kemudian salut kuah percik pada ikan atau ayam dan bakar sebentar. Ulang langkah salut dan bakar ini sebanyak 4 kali supaya rasa percik bertambah sedap.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!