Resipi Ikan Patin Sambal Cili Padi. Menu Istimewa Orang Pahang.

Share

Bila sebut pasal ikan patin, pastinya terbayang keenakan sajian Patin Tempoyak yang menjadi ‘signature’ orang Pahang terutamanya di daerah Temerloh. Tapi jangan tak tahu, ikan patin segar ni macam-macam lagi kita boleh masak. Salah satu resipi yang sedap giler adalah masak sambal cili padi. Fuhhh…memang mengancam habis! Memang wajib cuba.

IKAN PATIN SAMBAL CILI PADI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ikan patin | cuci bersih dan toskan
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit garam galus
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan air asam Jawa
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 batang serai | hiris halus
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng dan menumis

 

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 biji cili padi
  • 2 biji cili merah

 

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ikan patin yang dibersihkan dengan garam dan serbuk kunyit. Kemudian taburkan tepung gandung.
  2. Panaskan  minyak  dalam kuali, goreng ikan patin hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
  4. Tumiskan bahan kisar bersama serai hingga naik bau dan pecah minyak.
  5. Masukkan sos tiram, air asam Jawa, garam dan gula secukup rasa.
  6. Kecilkan api, kemudian masukkan ikan yang telah digoreng.
  7. Gaul rata dan tutup api.
  8. Sambal ikan patin sedia dihidangkan.

INFO CHEF: Ikan ditaburkan dengan tepung gandum bertujuan untuk menjadikan ikan tidak melekat dan mudah garing bila digoreng.

Published by
Nur