Ikan patin tempoyak merupakan antara menu legend yang menjadi kegemaran ramai. Nak masak ikan patin tempoyak ini tidaklah susah. Cuma jika tersilap, menu ini akan berbau sedikit hanyir. Kali ini, kami kongsikan resipi ikan patin tempoyak versi Perak yang dikongsi oleh Mariana Zainal. Sedap & padu!

IKAN PATIN TEMPOYAK

Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan

 

BAHAN-BAHAN:

  • Ikan patin
  • 3 batang serai | diketuk – beli online DISINI
  • 1 sudu besar gula | lebihkan gula jika tempoyak masam dan dah lama
  • 1/2 sudu besar garam – beli online DISINI
  • Sedikit bahan perasa
  • Air secukupnya
  • 1 batang timun
  • 1 cawan tempoyak
  • Daun kesum | jika suka

 

BAHAN LAIN:

  • 10 biji cili padi – beli online DISINI
  • 3 biji cili merah (cili besar)
  • 5 ulas bawang putih – beli online DISINI
  • 1 biji bawang besar 
  • 1/2 sudu besar serbuk kunyit – beli online DISINI

*Tumbuk menggunakan lesung batu. Jangan tumbuk berlalu lumat, tumbuk kasar sahaja.

 

CARA MEMASAK:

IKLAN

1. Satukan semua bahan di dalam periuk kecuali ikan.

2. Renehkan sehingga betul-betul mendidih.

3. Bila dah mendidih, masukkan timun dan ikan.

4. Bila ikan dah masak, rasa masakan. Jika ada yang terkurang, boleh ditambah.

5. Siap!

IKLAN

Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan

Resipi Ikan Patin Tempoyak Versi Perak Yang Sedap & Menyelerakan

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

 

Anda sedang mencari LESUNG BATU? Boleh klik DISINI.

IKLAN

 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Sup Ikan Siakap Yang Sedap dan Tidak Hanyir, Ini Step By Step Memasaknya

Sup Ikan Merah, Cara Masak June. Takde Sup Bunjut Ikan Pun Tak Apa.

Resipi Ikan Percik Yang Sedap & Paling Mudah Nak Buat

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI