Resipi ikan rebus air asam ini antara idea lauk kalau dah jemu dengan lauk bergoreng atau bersantan.
Ringkas, sihat dan penuh rasa, lauk kampung yang simple begini memang boleh membangkitkan selera daripada masakan yang rumit.
Paling best, cara penyediaannya pun tak renyah. Bahan pun mudah, selalunya memang dah ada di dapur.
Bila dah siap, hidang pula dengan nasi panas dan ulam segar—memang terangkat! Sesuai sangat untuk hidangan tengah hari atau malam, terutamanya bila tekak nak sesuatu yang menyegarkan tapi tetap sedap.
Resipi ikan rebus air asam
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 ulas bawang merah besar -dihiris
6 biji cili padi-dihiris
1 biji cili besar merah dipotong
2 cm belacan – dibakar & dtenyeh.
1 biji tomato-dipotong
3 sudu besar asam pes asam jawa
2 biji limau kasturi
1 sudu kecil kerisik (jika suka)
Ads
Cara penyediaan
1. Masuk air dalam periuk bersama ikan. Biarkan hingga mendidih dan ikan masak. Angkat ikan dan ketepikan.
2. Bancuh air (boleh gunakan air rebusan ikan tadi) bersama bahan dihiris. Kuantiti air ikut citarasa.
Ads
3. Masukkan pes asam jawa dan perahkan 2 biji limau kasturi.
4. Tambah belacan, kerisik, garam dan gula secukupnya. Gaulkan sebati.
Ads
5. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah ikut citarasa. Siap!
Anda tidak akan menyesal masak menu ikan ini kerana rasanya yang masam dan pedas ni memang membuka selera makan, apa lagi kalau kena dengan nasi panas. Comfirm anda sekeluarga makan bertambah-tambah. Untuk resipi penuh anda boleh follow resipi yang dikongsikan ini, mudah je ye.
IKAN AIR ASAM BAHAN-BAHAN:
2-3 ekor ikan kembung | gaul garam kunyit dan perap seketika
1 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
4cm halia | hiris batang mancis
1 cawan air asam
1 sudu makan cuka
1 sudu makan kicap manis
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh biji sawi | jika suka
Sedikit serbuk kunyit
Air secukup rasa
Minyak secukupnya | untuk goreng ikan dan menumis BAHAN HIRISAN:
1 biji bawang besar
1 biji cili merah 8-10 biji cili padi 2 pokok daun bawang 1 pokok daun sup Tomato | jika suka
CARA MEMASAK:
Tumis bawang merah, halia dan bawang putih hingga lahyu dan biji sawi hingga layu.
Kemudian masukkan air asam jawa, air, serbuk kunyit, kicap. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah cukup rasa masukkan pula bahan hirisan, kecuali daun bawang dan sup.
Untuk menghasilkan Gulai Ikan Aya/Tongkol yang sedap, ia bermula dari penyediaan ikan itu sendiri. Bila makan nasi berlauk & nasi dagang Kelantan & Terengganu, pasti perasan yang ikannya terasa manis, pejal dan tak hancur. Kuahnya pun sangat enak. Rahsianya, ikan tu kena rebus dulu. Tapi ada caranya tau. Jom lihat cara Cikgu Afy Al Habibi kongsikan di bawah ini.
IKAN AYA (TONGKOL) REBUS
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan aya/tongkol saiz sederhana
Garam halus secukupnya
Gula melaka secukupnya
Hirisan halia
Hirisan lengkuas
Sedikit cuka makan
2-3 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan toskan airnya.
2. Dalam periuk bersesuaian, susun 2-3 helai daun pandan sebagai alas. Fungsinya ia akan membantu membuang bau hanyir melampau pada ikan.
3. Susun ikan dengan elok di dalam periuk dalam 1 lapisan.
4. Tabur rata garam halus sebanyak 1 ½ sudu teh untuk setiap lapisan.
5. Masukkan juga 3/4 sudu makan gula melaka.
6. Tambahkan hirisan lengkuas dan halia.
7. Renjiskan cuka atas ikan secara rata. Penggunaan cuka inilah rahsia kepingan ikan menjadi pejal.
8. Ulang cara yang sama untuk lapisan seterusnya. Cuma tak perlu tambahkan daun pandan lagi. Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam proses rebusan, air dari ikan akan keluar sendiri.
9. Lapisan paling atas, letakkan kepala ikan untuk elakkan ia cepat hancur.
10. Boleh buka api. Rebus ikan guna api paling perlahan dan masak kira-kira 1 jam. Pastikan tudung periuk ditutup sewaktu merebus.
11. 10 minit sebelum ditutup api, buka penutup periuk dan besarkan api sedikit. Biarkan air rebusan ikan tinggal 1/4 sahaja.
12. Setelah siap merebus, biarkan ikan sejuk sebelum diasingkan. Makin dibiar lama, ia akan menjadikan gulai ikan nanti menjadi lebih sedap.
Sajian laut Baba Nyonya atau Cina Peranakan memang serasi dengan tekak orang Melayu. Pengaruh sajian Melayu terutama bahan ramuannya banyak yang menyamai ramuan sajian Melayu.
Ni dua sajian ikan resipi Cina Peranakan yang dikongsi oleh Kolej Yayasan Felda Pahang. Berbaloi-baloi untuk dicuba …
IKAN GERANG ASAM
BAHAN-BAHAN :
1 keping kepala ikan merah
1 kuntum bunga kantan
2 sudu makan asam jawa
2 helai daun limau purut
1 tangkai daun kesum
2 biji bendi
1 biji tomato
1/2 kiub ikan bilis
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
3-5 sudu makan cili kisar
Bahan kisar halus :
5-7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
50gm kunyit hidup
50gm lengkuas
30gm serai | dihiris
1 biji buah keras | dihiris
15gm belacan
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga naik bau. 2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak, guna api kecil dan kacau selalu. 3. Masukkan air asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), biarkan ia mendidih. 4. Masukkan ikan, kiub ikan bilis dan masak seketika. Tambah bendi, daun kesum dan daun limau purut. 5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa 6. Akhir sekali masukkan tomato yang telah dibela empat, masak sebentar dan rasa. 7. Tutup api dan hidang panas bersama nasi.
Saiz hidangan : 1 orang Waktu memasak : 1 jam 15 minit Cara memasak : Tumis dan reneh Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Resipi ni seakan asam pedas, tapi ada rasa uniknya tersendiri Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Usah biarkan ikan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur
IKAN TENGGIRI CHUAN-CHUAN
BAHAN-BAHAN :
3 keping ikan tenggiri
50gm kunyit serbuk
10gm garam
Minyak masak secukupnya
Bahan tumis :
2 biji bawang besar | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris atau tumbuk
2 biji cili merah | dihiris
3 sudu makan taucu
100ml air asam jawa
Bahan hiasan :
10gm bawang goreng
10gm daun bawang
CARA MEMASAK : 1. Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit, garam dan goreng ikan tenggiri sehingga garing, dan ketepikan. 2. Ambil sedikit minyak gorengan ikan tadi dan tumis bahan tumis seperti bawang besar, bawang putih, dan hirisan cili merah sehingga naik bau. 3. Kemudian masukkan taucu dan air asam jawa. 4. Biarkan kuahnya pekat sedikit, apabila pekat masukkan sedikit gula dan sedikit garam secukup rasa. 5. Setelah masak tuangkan kuah di atas ikan tenggiri yang telah digoreng tadi. 6. Akhir sekali taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 2 orang Waktu memasak : 30 minit Cara memasak : goreng Jenis masakan : Sajian Baba Nyonya Keistimewaan : Ramuan taucu memberikan rasa lemak masin yang lazat. Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Gunakan non stick pan ketika menggoreng ikan bagi mengelakkan isi ikan melekat pada kuali.
RESIPI :MOHAMAD RIZAM HUSSIN, MUHAMMAD AMIRUDDIN ABU BAKAR TERIMA KASIH :Kolej Yayasan Felda Pahang,
Feldajaya Timur Mempaga,Karak, Pahang.http://www.yayasanfelda.org
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!