Makan

Resipi Ikan Rebus Air Asam, Hidang Dengan Ulam Paling Ngam

Share

Resipi ikan rebus air asam ini antara idea lauk kalau dah jemu dengan lauk bergoreng atau bersantan.

Ringkas, sihat dan penuh rasa, lauk kampung yang simple begini memang boleh membangkitkan selera daripada masakan yang rumit.

Paling best, cara penyediaannya pun tak renyah. Bahan pun mudah, selalunya memang dah ada di dapur.

Bila dah siap, hidang pula dengan nasi panas dan ulam segar—memang terangkat! Sesuai sangat untuk hidangan tengah hari atau malam, terutamanya bila tekak nak sesuatu yang menyegarkan tapi tetap sedap.

Resipi ikan rebus air asam

Bahan-bahan

4 ekor ikan kembung
1 ulas bawang merah besar -dihiris
6 biji cili padi-dihiris
1 biji cili besar merah dipotong
2 cm belacan – dibakar & dtenyeh.
1 biji tomato-dipotong
3 sudu besar asam pes asam jawa
2 biji limau kasturi
1 sudu kecil kerisik (jika suka)

Cara penyediaan

1. Masuk air dalam periuk bersama ikan. Biarkan hingga mendidih dan ikan masak. Angkat ikan dan ketepikan.

2. Bancuh air (boleh gunakan air rebusan ikan tadi) bersama bahan dihiris. Kuantiti air ikut citarasa.

3. Masukkan pes asam jawa dan perahkan 2 biji limau kasturi.

4. Tambah belacan, kerisik, garam dan gula secukupnya. Gaulkan sebati.

5. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah ikut citarasa. Siap!

Kredit resipi & foto: BellaNasz Nasz

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose