Resipi Ikan Rebus Air Asam. Menu Paling Ringkas Tapi Sedap

Share

Bagi penggemar sajian berasaskan ikan, pasti pernah rasa lauk Ikan Rebus Air Asam ni. Ada restoran yang menjualnya. Lepas ni, tak perlulah beli lagi kerana anda pun boleh hasilkan sendiri di rumah. Resipinya mudah sahaja. Serius, memang tak renyah langsung. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Hawa Nadila Sari ni. Pasti puas hati.

CARA MASAK IKAN REBUS AIR ASAM YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN:
Ikan kembung/pelaling – dibersihkan
Asam gelugur (beli online disini)


Bawang merah besar – dihiris (beli online disini)
Cili padi – dihiris
Cili merah – dipotong
Belacan – dibakar & ditenyeh (beli online disini)
Tomato – dipotong dadu
Pes asam jawa (beli online disini)
2 biji limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
(jumlah bahan-bahan bergantung pada cita rasa masing-masing dan bilangan ikan yang digunakan)

CARA MEMASAK:
1. Ikan direbus dengan asam gelugur, secubit garam dan sedikit air.
2. Biarkan ikan mendidih dan masak. Angkat ikan dan ketepikan.


3. Buangkan kepingan asam gelugur yang telah direbus tadi.
4. Ambil air rebusan ikan dan masukkan ke dalam mangkuk. Campurkan hirisan bawang merah besar dan cili padi. Jika ingin kuah banyak, tambah air secukupnya)


5. Seterusnya masukkan cili merah dan juga tomato.
6. Masukkan pes asam jawa dengan secukupnya dan perahkan limau kasturi.

7. Tambahkan belacan, garam dan gula dengan secukup rasa. Gaulkan hingga sebati dan perasa larut.


8. Sesuaikan rasa mengikut cita rasa masing-masing dan juga kepekatan kuah yang diingini.
9. Letak ikan di dalam bekas bersesuaian dan siram kuah tadi diatas ikan rebus. Hidangkan bersama nasi panas.

 

Kredit resipi & foto: Nurul Hawa Nadila Sari

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur