Resipi Ikan Rebus Goreng Stail Pantai Timur Yang Sedap Sampai Ke Tulang

Share

Ada yang suka makan Ikan Rebus Goreng? Hari ni min nak kongsi resipi Ikan Rebus Goreng stail orang Pantai Timur dari saudari Aisyah Humaira. Sangat mudah dan ringkas sahaja caranya.

Untuk resipi ini ikan yang biasa digunakan adalah ikan sardin @ ikan selayang. Anda hanya perlu rebus ikan dengan bahan-bahan istimewa dan bila sudah masak, biarkan semalaman. Ia bertujuan untuk menjadikan isi ikan rebus jadi lebih enak berperisa. Bila digoreng, barulah ikan lebih ‘kick’ dan serap segala rasa masam masin bahan dalam rebusan.

Kadang kala kita ada terbaca resipi ikan rebus yang menggunakan ikan tongkol @ ikan aya. Boleh sahaja guna ikan jenis ini tapi ikan tongkol atau ikan aya ini isinya lebih pejal serta tebal dan biasanya direbus untuk tujuan dimasak gulai.

Ikan rebus goreng enak dimakan panas-panas bersama nasi putih. Untuk melengkap lagi keenakannya, nikmati bersama sambal belacan dan juga sedikit renjisan kicap. Enak tak terkata! Ada juga yang suka makan dengan cara hanya gaul bersama nasi panas dan cubit sedikit cili padi. Nikmatnya. Jom cuba!

CARA MASAK IKAN REBUS GORENG STAIL ORANG PANTAI TIMUR

BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:

1.Masukkan ikan yang telah dibersihkan dan semua bahan lain ke dalam periuk.

2.Tuang air. Sukatan air adalah hingga paras tenggelam separuh dari ikan.

3.Tutup periuk dan reneh ikan dengan api perlahan hingga air hampir kering.

4.Bila ikan sudah masak bolehlah terus digoreng.Namun jika ikan rasa ikan rebus yang lebih sedap, anda boleh biarkan semalaman di dalam periuk tersebut dan keesokan harinya boleh la digoreng. Lagi enak berperisa.

5.Dalam minyak yang sama, goreng bawang bersama cili padi sebagai penambah selera.

6.Ikan rebus goreng siap dihidang.

Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur