
Pernah cuba rasa Ikan Rebus Thai? Menurut empunya resipi saudari Dior Sarah, ia merupakan resipi keluarganya dan merupakan hidangan wajib bila berkumpul. Ia sangat sedap digoreng dan makan bersama nasi panas. Kuah ikan rebus ni juga boleh dinikmati dan sangat enak dihidangkan bersama cili padi, sambal belacan, budu dan ulam-ulaman. Nak cuba? Jom lihat resipinya.
CARA MASAK IKAN REBUS THAI
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg ikan selayang @ sardin – basuh bersih
- Air secukupnya
- 2 keping kecil manisan @ gula melaka
- 7 keping asam gelugur
- 1/2 sudu teh serbuk perasa – jika suka
- 2 sudu makan garam halus
- 2 sudu makan pes asam jawa – campur dengan air
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan dan susun dalam periuk. Masukkan air. Jika nak ikan rebus berkuah, lebihkan air dari ikan. Jika taknak, masukkan air hampir-hampir tenggelam ikan sahaja.
2. Masukkan gula melaka @manisan, asam gelugur, perasa, garam dan air asam jawa.
3. Didihkan ikan menggunakan api sederhana. Biar hingga semua bahan larut dan meresap pada ikan. Tidak perlu kacau untuk elak ikan hancur.
4. Bila ikan masak sepenuhnya dan air sedikit kering, padamkan api. Pastikan air tidak terlalu kering bagi mengekalkan kelembapan ikan apabila digoreng.
5. Untuk menikmatinya, boleh goreng ikan rebus thai guna minyak panas. Angkat dan nikmati segera.
Kredit resipi & foto: Dior Sarah
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kuah Pekat & Tak Muak. Resepi Kari Telur Kentang Ni Memang Sedap

Sedapnya Kari Telur. Kuah pekat, memang enak dimakan bersama nasi putih. Jika ada lauk sampingan lain seperti ayam goreng atau papadom, lagilah nikmat. Bagi anda yang sukakan lauk Kari Telur ini, saudari De Norms Latorel ada kongsikan resipinya. Menurut beliau, resipi ini ada kisah tersendiri dimana kawan pejabat berbangsa India pernah meminta beliau memasak lauk ini kerana rasanya yang mirip masakan mendiang ibunya. Anda nak cuba? Jom lihat cara-caranya.
CARA MASAK KARI TELUR KENTANG SEDAP & MUDAH

BAHAN-BAHAN:
10 biji telur ayam – rebus
5 biji ubi kentang – kupas, belah 4, bilas & toskan – beli online disini
10 tangkai daun kari – dibuang batang & cuci
8 sudu makan bawang besar kisar – beli online disini
3 sudu makan bawang putih kisar – beli online disini
1 1/2 sudu makan halia kisar – beli online disini
1 kiub pati ayam – beli online disini
1 cawan minyak masak
5 sudu makan serbuk kari ayam babas – beli online disini
3 sudu makan kari ikan babas – beli online disini
2 keping kulit kayu manis – beli online disini
4 kuntum bunga lawang – beli online disini
4 kuntum bunga cengkih – beli online disini
4 biji buah pelaga – beli online disini
2 keping asam gelugur – beli online disini
200gm santan kotak (1 1/2 kotak ) – beli online disini

CARA MEMASAK:
1. Panaskan 1 cawan minyak masak. Mmasukkan rempah 4 sekawan.
2. Masukkan kisaran bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis dalam 5 minit dengan api kecil.
3. Masukkan daun kari. Biar bau daun kari naik semerbak. Kacau sekali sekala dalam 10-15 minit.
4. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam & serbuk kari ikan ke dlm periuk (terlebih dahulu campurkan 2 serbuk kari ni dalam 1 mangkuk. Masukkan sedikit air sahaja untuk disebatikan. Jadikan pes). Kacau rata.
5. Jika minyak kelihatan kurang, tambahkan minyak masak dalam 2-3 sudu makan. Kacau sentiasa guna api sederhana sehingga pecah minyak. Elakkan hangit.
6. Masukkan kesemua kentang yang telah dibelah. Kacau guna sudip kayu yang leper. Jangan guna senduk nanti kentang hancur.
7. Masukkan serbuk kiub pati ayam dan asam gelugur. Kacau rata.
8. Bila kari sudah pecah minyak. masukkan santan. Kacau lagi sehingga santan pecah minyak.
9. Perasakan dengan garam secukup rasa
10. Tunggu sehingga kuah mendidih & masukkan telur rebus. (masa ni kentang pun sudah sedang elok empuk)
11. Bila semuanya sudah cukup rasa, tutup api dan sedia untuk dinikmati.

INFO: Bila sudah siap masak, ambil kitchen paper @ tisu dapur untuk serap minyak. Boleh juga guna senduk keluarkan lebihan minyak dalam kari.
Kredit resipi & foto: De Norms Latorel
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
5 Resipi Udang Yang Sempoi & Sedap, Boleh Cuba Buat Lauk Berbuka Nanti.

Udang, antara seafood yang sedap dan disukai ramai, tidak kiralah dimasak apa sekalipun pasti ramai menggemarinya. Malah udang juga lauk paling senang dimasak, anda hanya perlu ambil masa 10-15 minit saja untuk menyiapkan menu. Kalau tak percaya cuba lima cara masak udang yang korang boleh cuba masak sendiri di rumah.

UDANG SAMBAL BELACAN
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan dan toskan
- 1 biji bawang besar |dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 2.5cm halia | dikisar
- 3 sudu makan pes cili kering
- 2 sudu makan air asam jawa
- 3cm belacan
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan ketepikan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili, diikuti belacan, kacau hingga pecah minyak,
- Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
- Setelah pekat dan agak kering masukkan udang yang telah digoreng.
- Tutup api dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan.
UDANG GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN UNTUK UDANG GORENG:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 8 biji cili padi | dihiris
- 1/2 cawan susu seger
- 1 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SARANG TELUR:
- 2 biji telur kuning
- 1 sudu makan mentega
- 1 cawan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama garam dan lada sulah secukupnya. Ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang sehingga kemerahan.
- Angkat dan toskan.
- Kemudian keluarkan minyak kerana ia tidak digunakan lagi.
- Panaskan mentega dalam kuali, tumiskan bawang putih dengan cili hingga garing dan naik bau.
- Masukkan susu cair, kacau seketika. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.
- Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
- Untuk membuat sarang telur. Pukul ringan kuning telur.
- Panaskan mentega bersama minyak masak sehingga panas, tuangkan kuningan telur sedikit demi sedikit supaya telur masuk kuali halus-halus.
- Sambil itu kacau laju-laju hingga telur habis.
- Terus kacau sehingga telur kelihatan bersarang dan berwarna kuning keemasan.
- Kemudian tuangkan ke atas tapisan untuk toskan minyak.
- Akhir sekali taburkan di atas udang dan hidangkan panas-panas.

UDANG GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 4 ulas bawang merah | dikisar
- 3 ulas bawang putih | dikisar
- 1 biji bawang besar |dicincang
- 1 batang serai | dikisar
- 2 tangkai daun kari | dilurut dari tangkai
- 6 biji cili padi | dihiris
- 1 sudu makan serbuk kari
- 1 sudu teh serbuk ketumbar
- 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
- 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang yang telah dibersihkan dengan semua bahan kisar dan serbuk rempah kari, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serbuk kunyit, garam dan gula secukupnya.
- Panaskan minyak dalam kuali, goreng daun kari hingga garing dan naik bau.
- Masukkan hirisan bawang besar, diikuti udang.
- Goreng hingga udang kemerahan lebih kurang lima minit.
- Angkat dan hidangkan panas-panas.

RENDANG UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang saiz XXL | dibersih dan toskan
- 500ml santan pekat
- 2 sudu makan kerisik
- 3 sudu makan pes cili kering
- 6 ulas bawang merah | dikisar
- 4 ulas bawang putih | dikisar
- 3cm halia |dikisar
- 2cm lengkuas | dikisar
- 2 batang serai | dikisar
- 1 helai daun kunyit | dihiris
- 1 sudu makan air asam jawa
- Garam dan gula secukupnya
- Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan pes cili tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan pula santan, dan biarkan mendidih hingga kuah pekat.
- Kemudian masukkan udang, kacau rata hingga udang bertukar warna kemerahan.
- Masukkan kerisik dan air asam jawa.
- Kecilkan api biarkan mereneh seketika.
- Lengkapkan rasa dengan garam dan gula, kemudian taburkan hirisan daun kunyit.
- Sedia dihidangkan.

UDANG GORENG TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
- 500 gm udang saiz XXL | dibersihkan
- 2 sudu makan tempoyak | dibancuh dengan sedikit air
- 1 biji bawang besar | dihiris
- 1 helai daun kunyit | dihiris halus
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng dan menumis
BAHAN KISAR:
- 20 biji cili padi
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
- Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam secukupnya dan ketepikan.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga kemerahan, angkat dan toskan.
- Keluarkan sebahagian minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.
- Tumiskan hirisan bawang besar hingga layu, kemudian masukkan bahan kisar dam serbuk kunyit.
- Kacau hingga pecah minyak.
- Seterusnya masukkan bancuhan tempoyak, diikuti garam dan gula secukupnya.
- Bila kuah tempoyak agak pekat dan cukup rasa, masukkan hirisan daun kunyit dan udang.
- Tutup api dan gaul rata.
- Sedia dihidangkan.
Hanya Guna 3 Bahan, Ini Resipi Puding Biskut Cream Cracker Paling Mudah.

Sedapnya Puding Biskut Cream Cracker ni. Makan sejuk-sejuk masa cuaca panas memang layan. Rasa kongsikan resipi mudah perkongsian saudari Siti Aishah Hussin yang boleh anda dicuba. Istimewanya resipi ni hanya guna tiga bahan. Sangat simple. Cubalah, pasti puas hati.
CARA BUAT PUDING BISKUT CREAM CRACKER
BAHAN-BAHAN:
- 24 keping biskut cream cracker
- 4 biji telur
- 1/2 cawan susu pekat manis
- Pewarna kegemaran

CARA MEMASAK:
1. Rendam biskut dalam air panas sampai kembang. Toskan.
2. Masukkan biskut, telur dan susu pekat manis ke dalam pengisar. Kisar halus.
3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan setiap satu ikut warna kegemaran.
4. Tuang sedikit adunan warna pertama ke dalam loyang. Kukus 5 minit.

5. Tuang lapisan kedua. Kukus lagi lagi 5 minit. Ulang langkah sama hingga adunan habis.


6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit.
7. Angkat, sejukkan dan sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti Aishah Hussin

